Perkhidmatan kesihatan reproduktif percuma sempena Hari Bapa 2012

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menawarkan Perkhidmatan Kesihatan Reproduktif percuma bermula 17 hingga 23 Jun ini sempena sambutan Hari Bapa 2012.

LPPKN dalam satu kenyataan hari ini, berkata tawaran perkhidmatan selama seminggu itu bertujuan menghargai jasa dan penglibatan kaum bapa dalam pembangunan kanak-kanak.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah kaedah perancang keluarga (kecuali implanon), saringan kesejahteraan wanita dan lelaki yang terdiri daripada tekanan darah, indeks jisim badan, ujian glukosa dan kolestrol, pemeriksaan payudara, "pap smear" dan testis serta kaunseling individu dan keluarga.

Perkhidmatan boleh didapati pada hari bekerja di semua Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara.

- BERNAMA Perkhidmatan kesihatan reproduktif percuma sempena Hari Bapa 2012

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran