Top Ad 728x90

Pos Malaysia perkenal perniagaan baru

KUALA LUMPUR 14 Jun - Pos Malaysia Bhd. (Pos Malaysia) bakal memperkenalkan teras barisan perniagaan baru membabitkan pengenalan perniagaan pajak gadai Islam, insurans dan pengurusan surat korporat menjelang 2017.

Syarikat juga akan memperkenalkan perniagaan penyata dan pembayaran bil secara elektronik, pengurusan dokumen, perkhidmatan mengambil barangan dan kurier di peringkat serantau.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Khalid Abdol Rahman berkata, langkah itu bagi memastikan syarikat berada di tahap yang lebih tinggi selain masih relevan pada masa hadapan.

Malah, katanya, Pos Malaysia juga akan mengekalkan perniagaan surat, kurier dan runcitnya yang mana perniagaan surat menyumbang sebanyak 62 peratus kepada Kumpulan setakat ini.

Jelas beliau, teras perniagaan baru itu akan membabitkan empat bidang utama iaitu komunikasi dan penyelesaian pengagihan, penyelesaian pusat sehenti, penyelesaian rangkaian pembekalan dan penyelesaian digital.

Khalid memberitahu, pengenalan barisan perniagaan baru itu adalah sejajar dengan pelan strategik lima tahun syarikat bermula tahun depan.

"Pengenalan barisan perniagaan baru ini telah memperlihatkan syarikat melakukan transformasi daripada perniagaan berasaskan fizikal kepada digital.

"Kami akan menggunakan hampir sepenuhnya aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam perniagaan baru yang akan diperkenalkan.

"Pada tahun ini, kami telah memasuki gelombang kedua transformasi perniagaan,'' katanya selepas membentangkan prestasi kewangan Pos Malaysia dalam tempoh 15 bulan bagi tahun berakhir 31 Mac 2012.

Prestasi kewangan bagi tempoh 15 bulan dibuat berikutan Pos Malaysia menukar tarikh tahun kewangan berakhir daripada 31 Disember kepada 31 Mac, bermula tahun ini.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90