Top Ad 728x90

Manchester City tewaskan Malaysia 3-1

by

Status Manchester City sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) ternyata amat berat untuk dihadapi oleh skuad kebangsaan apabila tewas 3-1 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Anak buah Datuk K. Rajagobal harus mengakui City lebih bertenaga dan mempunyai kelebihan dari segi fizikal sehingga tidak mampu untuk menyekat Sergio Aguero, Carlos Tevez dan Adam Johnson mencatat nama sebagai penjaring gol.

Aksi separuh masa pertama jelas dikuasai anak buah Roberto Mancini dan 52,000 penonton menjadi saksi bagaimana skuad kebangsaan gagal mempamerkan corak permainan yang sama ketika mereka tewas tipis 1-2 kepada Arsenal, Selasa lalu.

Aguero memecah kebuntuan jaringan dan menghukum kealpaan benteng pertahanan Malaysia apabila melakukan gerakan solo sehingga ke dalam petak penalti sebelum menolak bola masuk ke dalam gawang menewaskan Farizal Marlias pada minit ke-17.

Tiga minit selepas rehat, City menambah gol menerusi Tevez diikuti dengan gol ketiga Johnson pada minit ke-51.

Selepas itu perlawanan agak hambar ekoran kedua-dua pasukan melakukan beberapa pertukaran sehinggalah pada minit ke-87 pemain gantian Malaysia, Azamuddin Mohd. Akil berjaya menjaringkan gol saguhati selepas melakukan rembatan dari dalam petak penalti sebaik sahaja menerima hantaran Mahali Jasuli.

Selepas perlawanan semalam pasukan kebangsaan akan berangkat ke Austria Sabtu ini dan berada di negara Eropah itu selama seminggu untuk menjalani latihan serta mengadakan perlawanan persahabatan di sana.

- UTUSAN

Jawatan Kosong di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) - Julai 2012

by
JAWAPAN:
1. JURUTERA GRED J41
2. SETIAUSAHA PEJABAT GRED N27
3. JURUTEKNIK GRED J17
4. JURUTEKNIK PERUBATAN GRED U19
5. ATENDAN KESIHATAN GRED U3
6. PEKERJA AWAM KHAS (TUKANG JAHIT) GRED R3
7. TUKANG K3 GRED R9
8. TUKANG K2 GRED R11

IKLAN JAWATAN:
http://spj.ummc.edu.my/

BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://spj.ummc.edu.my/StatusPermohonan.aspx

TARIKH TUTUP : 5 Ogos 2012

Kelibat UFO Dilihat Di Sunway Dipaparkan di YouTube

by
Rakaman video di You Tube mengenai kelibat UFO dilihat di Sunway Mentari telah menjadi buah mulut orang ramai.

Bagaimanapun, kesahihan tersebut telah dinafikan oleh pakar yang menjelaskan bahawa apa yang berlaku hanyalah satu fenomena alam.

Juruvideo, John Tan melihat cahaya bintang yang sangat terang dan berseri serta kelipan cahaya lampu berwarna warni ketika dia sedang menikamati makan malam di Sunway dua minggu lalu.

Dengan peralatan ditangan dia terus merakamkan insiden tersebut dengan disertakan komentar lucu daripada rakan-rakan yang turut serta dalam makan malam bersamanya.

Sehari kemudian, pada 15 Julai, dia telah memuat naik rakaman video tersebut di YouTube dan ia telah dilihat oleh sekurang-kurang 1,000 pengunjung sehingga kini.

"Cahaya lampu itu berkedip di sana untuk tempoh dua jam selepas kami perkatama kali melihatkan pada kira-kira pukul 9 malam.

"Selepas memerhatikannya lebih kurang satu jam, kami masuk ke dalam kereta dan cuba mencari daripada mana punca lampu itu bagaimanapun kami tidak dapat mencarinya," kata John, 29.

Dia turut menolak kemungkinan ia merupakan fenomena tersebut satu permainan.

"Adalah mustahil jika ia satu permainan kerana mana ada bateri normal dapat bertahan lama seperti itu," katanya.

Bagaimanapun, seorang pengulas YouTube menjelaskan teori yang mengatakan bahawa ia hanyalah layang-layang yang diterangkan, Tan enggan menerima pendapat tersebut sebaliknya dia menegaskan bahawa malam tersebut tidak ada angin langsung.

Ketika dihubungi, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata memberitahu masih terlalu awal untuk menyatakan layang-layang terlibat dalam fenomena tersebut.

"Orang tidak akan bermain layang-layang pada waktu malam kerana tidak ada angin," kata Ketua Pengarah Angkasa, Dr Mustafa Din Subari.

Bagaimanapun, beliau agak skeptikal dengan dakwaan kewujudan makhluk asing yang mempunyai senjata canggih untuk turun dan membuat lawatan ke Bumi

"Ini bukan kali pertama rakyat Malaysia menyaksikan fenomena sebegitu. Ia terjadi sekali sekala," katanya.

Sementara itu, angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata sudah pasti ada satu penjelasan logik mengenai apa yang berlaku.

"Satu daripada alasan kami pergi ke angkasa adalah untuk melihat sama ada terdapat bentuk hidupan lain di luar sana. Makhluk asing atau tidak, tidak ada bukti lagi dan kami masih mencarinya," katanya.

Ketika ini rakaman video misteri Tan masih belum diterangkan dan perkara sebenar belum dapat dirungkaikan.

- MSTAR

Legoland Malaysia dibuka 15 September 2012

by

Legoland Malaysia, taman tema baru yang terletak di Iskandar Malaysia, Johor Bahru bakal dibuka kepada orang ramai pada 15 September ini.

Ketua Pegawai pembangunan Theme Attractions and Resorts Sdn. Bhd., Muhammad Zainal Ashikin berkata, taman tema itu telah 98 peratus siap dengan sebahagian besar infrastruktur dan permainan sudah pun dipasang.

"Kami kini di dalam proses untuk meletakkan sentuhan terakhir dengan pengujian permainan, pemasangan 15,000 model-model Lego menggunakan 50 juta kepingan Lego dan proses terakhir pengindahan taman mengikut tema," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Legoland Malaysia adalah taman tema pertama seumpamanya di rantau ini, diuruskan oleh Theme Attractions and Resorts, sayap operasi dan pengurusan Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) bagi Bahagian Rekreasi dan Pelancongan.

Taman tema Legoland itu adalah keenam di dunia selepas Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland California, Legoland Deutschland dan Legoland Florida.

Legoland Malaysia itu turut dibangunkan bersama Merlin Entertainments dengan kos RM720 juta di kawasan seluas 31 hektar di Medini North, pusat gaya hidup Iskandar Malaysia.

Muhammad Zainal berkata, pihaknya menyasarkan sejumlah sejuta pelancong pada tahun pertama operasi Legoland Malaysia.

Menurut beliau, setakat ini hampir 63,000 pas tahunan dan pas harian telah dijual kepada orang ramai sejak ia dilancarkan lewat tahun 2011.

Mengulas mengenai perkembangan projek-projek lain di sekitar Legoland, Muhammad Zainal menambah, pihaknya juga merancang pelbagai pembangunan lain seperti taman tema air dan Hotel Legoland pada 2014.

- UTUSAN

Budak hidap tujuh penyakit perlu bantuan

by
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang menghidap tujuh jenis penyakit, memerlukan sumbangan orang ramai untuk membeli peralatan perubatan membabitkan kos RM22,600.

Aqil Harits Mohd Najib, anak juruteknik pendingin hawa, Mohd Najib Husain, dan suri rumah, Noriah Abdullah, disahkan menghidap lumpuh otak (cerebral palsy) sejak berusia sembilan bulan.

Noriah berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu lahir tidak cukup bulan dan diserang lumpuh otak selepas lambat mendapat rawatan demam kuning.

"Ketika berusia setahun pula, anak saya disahkan menghidap Laryngomalacia, iaitu masalah saluran pernafasan yang sempit sehingga dia terpaksa menggunakan banyak tenaga untuk menyedut oksigen.

"Justeru, Aqil menjalani pembedahan 'tracheostomy' yang mana lehernya ditebuk dan dipasang tiub bagi memudahkan dia bernafas," katanya ketika hadir bersama suami dan anaknya itu di Balai Berita Kuala Lumpur.

Tidak dapat makan menerusi mulut, kerap sawan

Selain itu, Aqil Harits juga menghidap penyakit gastro-esophageal reflux, epilepsi, central sleep apnea, insomnia dan pneumonia yang berulang, menyebabkannya tidak dapat makan menerusi mulut, kerap sawan, sukar tidur, nafas sering terhenti ketika tidur dan mengalami radang paru-paru.

Noriah berkata, bagi menampung kos rawatan Aqil Harits yang mencecah RM3,000 sebulan, mereka hanya bergantung kepada pendapatan suaminya yang kurang RM2,000 sebulan, selain menerima bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sumbangan zakat.

Untuk mengurus dan merawat Aqil Harits di rumah, mereka memerlukan lapan peralatan perubatan yang menelan perbelanjaan berjumlah RM22,600 di mana RM10,000 daripadanya sudah disumbangkan Garden International School.

Orang ramai yang ingin menderma baki RM12,600 diperlukan, boleh menyerahkan cek atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd serta menulis nama Aqil Harits Mohd Najib di belakang cek dan menghantarnya kepada Juruwang, Jabatan Kewangan/Unit Kebajikan NSTP, The New Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

Program Rakan Cop ditambah baik

by
Program Rakan Cop yang bertujuan menggalak penyertaan masyarakat membantu polis memerangi jenayah akan ditambah baik dan diperkukuh setelah terbukti menjadi antara medium yang paling berkesan mengurangkan kadar jenayah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu dapat dilihat daripada 1,538 laporan jenayah yang dihantar ahli Rakan Cop menerusi khidmat pesanan ringkas sepanjang bulan ini, sebanyak 1,013 telah diambil tindakan.

"Pihak polis yakin dengan kemampuan ahli-ahli Rakan Cop dalam menyalurkan maklumat serta mengambil tindakan segera terhadap setiap laporan yang dibuat.

''Sumbangan ahli-ahli Rakan Cop amat penting dalam usaha menangani jenayah," katanya kepada pemberita semasa mengadakan tinjauan mesra di kawasan perumahan Taman Jasmin, Senawang di Seremban.

Hishammuddin berkata, sejajar dengan perbincangan yang dilakukan dalam makmal 2.0 Pelan Transformasi Kerajaan baru-baru ini, beberapa fokus akan diberikan terhadap usaha penambahbaikan dan pengukuhan program Rakan Cop.

Beliau berkata, antaranya menambah bilangan ahli Rakan Cop, menambah perkakasan dan perisian komputer serta penyelarasan unit program itu, di samping memperhebatkan promosi mengenai Rakan Cop dan menyalurkan maklumat jenayah secara berkala kepada ahli-ahli.

Hishammuddin berkata, penambahbaikan itu amat penting terutama dalam menangani trend baru perlakuan jenayah dalam masyarakat.

"Dalam soal ini kita amat perlukan sokongan dan penglibatan menyeluruh daripada setiap ahli dalam Rakan Cop yang berbeza-beza latar belakang, untuk bekerjasama dengan pihak polis," katanya.

Katanya, sejak diperkenalkan 2004, keahlian Rakan Cop kini hampir mencecah 500,000 orang seluruh negara dengan keahlian tertinggi di Perak, diikuti Kuala Lumpur dan Selangor.

Mengenai tinjauan mesra itu, Hishammuddin berkata ia bertujuan memperoleh sendiri maklumat daripada masyarakat mengenai keadaan sebenar dan permasalahan memerangi kejadian jenayah di tempat mereka.

"Di sini saya dapati keadaan kejiranan dan Kelab Rukun Tetangganya sangat bagus dalam melakukan pemantauan, cuma ada beberapa masalah yang kita kenal pasti seperti kawasan gelap, masalah pekerja asing, yang mana kita akan lihat nanti bagaimana untuk memastikan masyarakat di sini selesa," katanya.

- BERNAMA

Buta akibat letupan mercun bola

by

ALOR SETAR – Seorang pemuda bersama anak jirannya yang berusia lapan tahun terpaksa dirawat di hospital malam kelmarin selepas sumbu mercun yang dipasang jatuh ke dalam bungkusan 40 biji mercun bola sebelum berlaku letupan kuat di Kampung Kuala Kangkong di sini.

Dalam kejadian pada pukul 7 malam kelmarin, pekerja syarikat percetakan, Mohd. Sohibollah Saad, 27, buta mata kiri akibat letupan tersebut sementara jirannya, Tuah Mohd. Hafiz Mohd. Razli cedera di muka dan beberapa anggota badan.

Kejadian tersebut berlaku di hadapan rumah Mohd. Sohibollah di Kampung Kuala Kangkong.

Kedua-dua mangsa yang dibawa ke sebuah klinik berdekatan kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini dengan ambulans berikutan kecederaan mereka serius.

Mohd. Sohibollah terpaksa menjalani pembedahan mata kiri dan kini dilaporkan stabil. Bagi Tuah pula, nasib kanak-kanak itu lebih baik apabila dia dibenarkan pulang selepas diberi rawatan.

Mohd. Sohibollah menceritakan, kejadian berlaku ketika dia bermain mercun bola di depan rumahnya selepas membelinya di bazar Ramadan di Tandop di sini.

“Pada mulanya saya bermain seorang diri tetapi anak jiran (Tuah) datang dan minta nyalakan api pada satu mercun bola yang dipegangnya.

“Ketika sumbu mercun dicucuh tiba-tiba ada api terpercik dan terjatuh ke dalam bungkusan 40 biji mercun bola sebelum meletup serentak,” katanya semasa ditemui di HSB di sini.

Sebaik letupan berlaku, Mohd. Sohibollah berasa sakit pada mata kiri dan penglihatannya menjadi kabur.

“Saya nampak anak jiran itu tercampak beberapa meter dan pengsan. Saya meminta pertolongan jiran untuk menghantar kami ke klinik,” ujarnya.

Katanya, doktor yang merawatnya sudah membayangkan dia mungkin hilang penglihatan mata kiri.

Sementara itu, Pengarah HSB, Datuk Dr. Juita Ghazalie memberitahu, Mohd. Sohibollah dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan mata kiri serta perlu menjalani rawatan lanjut di wad mata HSB.

“Tuah pula cedera pada mata, muka dan paha kanan dan hanya mendapatkan rawatan pesakit luar,” tambah beliau.

- KOSMO!

Malu Dengan Status Perkahwinan Punca Kelahiran Anak Tidak Didaftar - Jabatan Pendaftaran Negara

by
Malu dan tidak faham undang-undang antara punca ibu bapa lewat atau tidak mendaftarkan kelahiran anak-anak mereka sehingga berlaku kes kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Jariah Mohd Said berkata terdapat ibu bapa yang berkahwin dengan warga asing atau mempunyai anak tidak sah taraf tidak tahu bahawa setiap kelahiran wajib didaftarkan.

"Kadang-kadang ada kes ibu tak tahu mana bapa dia, ada juga kes yang melibatkan pasangan belum berkahwin. Jadi mereka nak datang ke JPN malu sebab takut nanti orang tanya itu dan ini kerana ia soal maruah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program 'Street Children' di Chow Kit Bersama Ketua Pengarah Pendaftaran Negara di sini Isnin.

Jariah berkata mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959, setiap kelahiran di negara ini sama ada warganegara atau bukan warganegara mesti didaftarkan dan JPN akan mengeluarkan sijil lahir kepada kanak-kanak berkenaan.

Jariah berkata untuk kes membabitkan ibu warganegara Malaysia dan bapa pula tidak dapat dikesan, taraf warganegara kanak-kanak itu secara automatik mengikut warganegara ibu.

"Jadi tarafnya kita lihat pada ibunya. Jika ibunya warganegara, anak jadi warganegara tapi hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan seperti sijil lahir ibu, kad pengenalan, saksi untuk menentukan ibu itu lahir di Malaysia," katanya.

Jariah berkata pemberian dokumen pengenalan diri bagi kes sedemikian melibatkan pelbagai prosedur termasuk mengadakan temuduga untuk mengelak penyelewengan.

Mengenai kes di Chow Kit, beliau berkata setakat ini terdapat kira-kira 1,000 kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri di sekitar kawasan itu dan 600 daripadanya berdaftar dengan Pusat Aktiviti Kanak-kanak, Yayasan Chow Kit.

Pada majlis hari ini Jariah menyerahkan dokumen pengenalan diri kepada 15 kanak-kanak dengan sembilan daripadanya Sijil Lahir Bukan Warganegara, Sijil Lahir Warganegara (tiga), dan masing-masing satu untuk Sijil Lahir Belum Ditentukan Warganegara, Sijil Anak Angkat dan Sijil Warganegara.

- BERNAMA

Anak pisang tumbuh dalam buah kelapa

by

POKOK SENA - Seorang penoreh getah terkejut apabila mendapati anak pokok pisang tumbuh di dalam buah kelapa yang ditemui berhampiran rumahnya di Kampung Lubuk Pak Samad, Bukit Payung di Pokok Sena, Kedah.

Che Mohd. Nor Abd. Rahman, 58 berkata, buah kelapa itu ditemuinya akhir bulan lalu ketika menebas semak di tepi parit untuk membuat pagar berhampiran rumah.

Ujarnya, pada mulanya, dia mahu mencantas tanaman itu, namun tidak jadi kerana ternampak anak pisang yang tumbuh dalam buah kelapa.

"Saya kemudian mengorek tanaman ini dan dipindahkan ke dalam besen bagi melihat perkembangan tumbesarannya.

"Saya juga memanggil beberapa jiran, mereka pelik kerana tidak pernah melihat tanaman berbeza hidup 'bersama'.

"Apabila dibelek pada ekor kelapa itu tumbuh anak pisang manakala pada bahagian kepala tumbuh anak kelapa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Lubuk Pak Samad, Bukit Payung, di sini semalam.

Menurutnya, ketika ini benih pisang itu mempunyai tiga helai daun sementara kelapa itu tumbuh lima helai daun.

"Saya merasakan sukar untuk anak pisang masuk ke dalam kelapa kerana kulitnya keras tetapi mungkin ia boleh menusuk dari dalam kelapa kerana sabut yang lembut.

"Sejak menemuinya kira-kira 200 penduduk kampung dan orang luar datang melihat keganjilan ini. Mereka pelik dan membelek daunnya selain merakamkan gambar," katanya.

Katanya, selepas ini, dia merancang untuk mengalihkan semula tanaman itu ke tanah di tepi parit rumahnya bagi melihat proses pertumbuhannya.

"Saya merasakan usia tanaman itu tiga bulan kerana ketika tempoh itu, baru selesai menabur benih padi dan anaknya ada ternampak kelapa itu tumbuh mata.

"Ada pengunjung yang datang beritahu ia pisang hutan manakala buah itu dari kelapa kampung," katanya.

- UTUSAN

Kes mati mengejut kakitangan TV9

by
Petaling Jaya: Polis setakat ini mengklasifikasikan kematian kakitangan TV9, Nur Syaleza Jaffar, 29, di rumahnya di Pangsapuri Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya, malam kelmarin sebagai mati mengejut.
Ditemui tak sedarkan diri

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata Nur Syaleza, ditemui tidak sedarkan diri oleh suaminya, Norazman Bashah, dalam salah sebuah bilik di kediaman pasangan itu jam 7 malam.

“Suaminya kemudian menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan dan wanita itu dikejarkan ke Hopsital Sungai Buloh (HSB) sebelum disahkan meninggal dunia. Siasatan awal polis mendapati tidak ada unsur jenayah dan buat masa ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya semalam.

Polis sudah merakam percakapan dari suaminya selain keterangan beberapa saksi termasuk jiran mangsa.

Bapanya, Jaffar Bakri, 60, yang ditemui di bilik mayat HSB berkata, dia dimaklumkan mengenai kematian jam 9.30 malam sebelum bergegas ke hospital berkenaan dari Segamat, Johor.

“Nur Syaleza ada menghubungi saya Jumaat lalu dan kami berbual seperti biasa dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya.

Kali terakhir bertemu anak keduanya itu ketika dia pulang ke kampung bersama suami dan anak lelakinya berusia tiga tahun, sebulan yang lalu namun tidak melihat sesuatu yang mencurigakan.

Sementara itu polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya atau menghubungi Rakan Cop Polis Selangor, talian 03-20529999 bagi membantu siasatan.

- BERITA HARIAN

Wang Kertas Siri Baru Boleh Digunakan Di Mesin Tiket LRT dan Monorel

by
Wang kertas siri baru yang dikeluarkan Bank Negara sejak 16 Julai lepas boleh digunakan di mesin-mesin pembelian tiket transit aliran ringan (LRT) dan monorel bagi urusan pembelian token dan penambahan nilai Kad MyRapid.

Ketua Komunikasi Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana)Masnizam Hisham berkata mesin-mesin pembelian tiket itu menerima wang kertas RM50, RM20, RM5 dan RM1 lama dan baharu sejak wang kertas baharu dikeluarkan secara rasmi.

"Begitu juga dengan syiling-syiling baharu. Ia diterima oleh mesin-mesin pembelian tiket kami," katanya dalam satu kenyataan.

Masnizam berkata Prasarana dibekalkan oleh Bank Negara dengan wang-wang kertas baharu sebelum pengedaran bagi menjalankan ujian terhadap sistem dan persiapan bagi menghadapi urusan berkenaan.

Prasarana, syarikat induk kepada RapidKL, mempunyai 286 mesin pembelian tiket yang ditempatkan di stesen-stesen LRT dan monorel.

- BERNAMA

Pakej Celcom untuk Samsung Galaxy SIII

by

SYARIKAT peneraju telekomunikasi Celcom Axiata Berhad (Celcom), baru-baru ini mengumumkan pelan data bersama peranti telefon pintar Samsung Galaxy SIII.

Kolaborasi bersama Samsung Malaysia Electronics itu bakal memberi pelanggan Celcom pengalaman mobiliti terbaik selain liputan rangkaian menyeluruh.

Menurut Pengarah Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin, kerjasama tersebut dilihat sebagai pelengkap kepada aktiviti berhubung menggunakan model telefon pintar terbaru Samsung itu.

‘‘Ini contoh sinergi terbaik dalam usaha menyediakan perkhidmatan telekomunikasi ke peringkat optimum memandangkan bilangan pengguna telefon pintar di negara ini semakin meningkat.

‘‘Pada masa depan, Celcom akan terus menambah baik servis data dan suara bagi memberi lebih nilai kepada pelanggan kami,’’ jelasnya pada pengenalan pelan tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi pakej itu, pengguna boleh mendapatkan peranti Samsung Galaxy SIII dengan tawaran harga RM1,398 berbanding harga pasaran RM2,199 bersama komitmen bulanan serendah RM88.

Kesemua pakej yang ditawarkan didatangkan dengan sokongan perkhidmatan streaming, pelayaran, akses hiburan dan maklumat tanpa had, aktiviti muat turun dan muat naik berkelajuan pantas serta servis suara berdefinisi tinggi (HD).

Produk telefon pintar Samsung Galaxy SIII tersebut kini boleh diperolehi daripada cawangan kedai Blue Cube di seluruh Malaysia atau layari laman web www.celcom.com.my/smartphones

Rebut kelebihan Ramadan

by
Oleh Mohd Ali Muhamad Don
Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam,
UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.

Pada Ramadan, masyarakat Islam digalakkan memperbanyak bersedekah, menyediakan juadah berbuka puasa dan menghulurkan apa juga bantuan yang terdaya bagi mencontohi perbuatan Baginda Nabi SAW yang sangat pemurah.

Begitu juga kewajipan bersegera menunaikan fardu zakat fitrah bagi yang berkemampuan tidak harus dilengah-lengahkan.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa daripada kalangan mukmin memberi makanan kepada mukmin yang kelaparan maka Allah SWT akan memberinya makanan buah-buahan syurga pada hari kiamat. Sesiapa daripada kalangan mukmin memberi minuman kepada mukmin yang kehausan maka Allah SWT akan memberinya khamar syurga yang termeterai bekasnya pada hari kiamat. Sesiapa daripada kalangan mukmin memberi pakaian kepada mukmin yang tidak berpakaian maka Allah SWT akan memberinya pakaian syurga yang berwarna hijau.” (Riwayat al-Tirmiziy dan Abu Daud)

“Tidaklah berkumpul suatu kaum di rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan saling mempelajarinya kecuali akan turun kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat Allah SWT, malaikat akan menyertai mereka dan Allah SWT membanggakan mereka di kalangan malaikat yang ada di sisinya.” (Riwayat Abu Daud)

Baginda SAW pernah ditanya sedekah yang paling afdal dan Baginda menjawab, sedekah pada Ramadan.

Selain itu kelebihan, Ramadan juga dibahagi-bahagikan kepada nikmat beroleh rahmat Allah SWT pada 10 hari pertama, ganjaran pengampunan dosa pada 10 hari berikut dan akhirnya pembebasan daripada api neraka di 10 terakhir.

Kelebihan Ramadan jadi motivasi muslimin beramal

Semua kelebihan ini motivasi untuk muslimin beramal memenuhi Ramadan dengan aktiviti bermanfaat. Diriwayatkan juga apabila tiba Ramadan, pintu langit, pintu syurga, pintu rahmat dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan dibelenggu.
Masyarakat Islam diseru berusaha bersungguh-sungguh memenuhi seluruh Ramadan dengan pelbagai kegiatan ibadah yang memiliki ganjaran hebat. Ganjaran bertadarus al-Quran contohnya mampu memberi ketenangan dan menarik rahmat Allah SWT.

Ini dinyatakan dalam riwayat: “Tidaklah berkumpul suatu kaum di rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan saling mempelajarinya kecuali akan turun kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat Allah SWT, malaikat akan menyertai mereka dan Allah SWT membanggakan mereka di kalangan malaikat yang ada di sisinya.” (Riwayat Abu Daud)

Ramadan juga bulan pengampunan dosa yang memberi peluang individu Muslim melipatgandakan usaha memohon keampunan seterusnya bertaubat dan tidak lagi mengulangi dosa itu.

Kelebihan yang tiada tolok bandingnya terdapat pula pada malam lailatulqadar. Berjihad mencari lailatulqadar adalah kemuncak daripada segala amal kebajikan dilakukan sejak hari pertama Ramadan.

Pada malam itu dosa sesiapa beristighfar diampunkan, doa dan permohonan kepada sesiapa yang ikhlas menadah tangan kehambaan diperkenankan.

Malah pahala beribadah menyamai 1, 000 bulan iaitu seolah-olah 83 tahun umur manusia bakal diraih insan terpilih beroleh nikmat beribadah pada malamnya. Ini juga peluang keemasan yang perlu diraih setiap Muslim.

Ia tiba setahun sekali dan tiada sesiapa yang boleh menjangka akan memperoleh lagi kenikmatan seperti ini pada tahun mendatang.

- BERITA HARIAN

Tip kekal cantik sepanjang Ramadan

by
MESKIPUN terpaksa menahan lapar dan dahaga pada siang hari sepanjang bulan Ramadan ini, ia bukanlah alasan untuk kamu mengabaikan penampilan diri.

Berikut beberapa tip menarik bagi mengelakkan wajah kusam dan tubuh badan kurang bermaya sewaktu berpuasa.

1 Minum air secukupnya - Jus buah-buahan adalah pilihan yang tepat untuk berbuka puasa kerana kadar gula yang cukup untuk memberikan tenaga segera kepada tubuh. Namun, jangan lupa untuk minum banyak air putih ketika bersahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi.

2 Gizi seimbang - Jauhi makanan yang mengandung kadar gula tinggi pada saat sahur, kerana tubuh kamu akan cepat merasa lapar setelah makanan habis dicerna oleh tubuh.

3 Rawatan muka - Bagi mengelakkan muka kelihatan kusam, gunakan masker wajah untuk memberi vitamin pada kulit kamu. Jika kekurangan bajet, kamu boleh membuat masker sendiri dengan menggunakan putih telur.

4 Pelembap - Pada bulan puasa, tubuh akan kekurangan kandungan air sehingga menyebabkan kulit mudah kering. Oleh itu, gunakan pelembap wajah yang mempunyai kandungan air yang tinggi.

5 Pelembap bibir - Bibir kering, mengelupas dan pecah adalah masalah yang biasa berlaku pada bulan Ramadan. Jadi, pastikan kamu selalu membawa pelembap bibir ke mana-mana pun. Kamu juga boleh memilih pelembap yang berwarna bagi mengelakkan bibir kamu kelihatan pucat.

6 Losyen badan - Bukan sahaja wajah, kulit badan juga akan mengalami kekeringan akibat kekurangan air. Kamu boleh menggunakan losyen yang mengandungi minyak almond, zaitun atau shea butter untuk melembapkan seluruh badan.

7 Skrub - Jangan lupa skrub wajah dan badan pada bulan puasa ini kerana kulit kering akan menyebabkan lebih banyak sel kulit mati sehingga kulit kelihatan kusam.

- UTUSAN

FORMAT SOALAN EXAM PEPERIKSAAN AKAUNTAN W41

by

FORMAT SOALAN EXAM / PEPERIKSAAN AKAUNTAN W41
http://www.peperiksaanakauntan.com/hop.php?ref=my


Peperiksaan ini mengadungi lima seksyen iaitu:

(i) Seksyen A - Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

(ii) Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah

(iii) Seksyen D - Esei Bahasa Melayu

(iv) Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris

SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING

Masa: 40 minit
Bilangan Soalan: 50

Tujuan seksyen

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai bidang perakaunan, ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi maklumat dan komunikasi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Soalan-soalan akan ditarafkan adalah perlu diketahui oleh calon-calon yang mempunyai Ijazah dalam bidang perakaunan.

SEKSYEN B - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa: 45 minit

Bilangan Soalan: 40

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;

(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

(iii) Konsep-konsep Matematik dan Perakaunan Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Soalan-soalan akan ditarafkan adalah perlu diketahui oleh calon-calon dalam bidang perakaunan.

SEKSYEN C - ESEI BAHASA MELAYU

Masa: 1 jam
Bilangan Soalan: 3 jawab 1
Panjang Esei: Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Cara-cara untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.” Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu.

SEKSYEN D - ESEI BAHASA INGGERIS

Masa : 1 jam
Bilangan Soalan : 3 jawab 1
Panjang Esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang memerlukan pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Electronic Government in Malaysia.” Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

Panduan, Tips dan Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan ini boleh diperolehi di dalam Pakej Panduan Peperiksaan Akauntan W41 di: http://www.peperiksaanakauntan.com/hop.php?ref=my




JAWATAN AKAUNTAN W41
http://myadha.blogspot.com/2012/07/jawatan-akauntan-w41.html

Soal Jawab Agama : Basuh solekan sebelum wuduk

by
Bersama Dr Salam

SOALAN:

SAYA musykil mengenai solat saya sama ada diterima Allah atau sebaliknya kerana saya mengambil wuduk tanpa mencuci solekan yang ada pada wajah.

Pada mulanya, ada antara kawan saya kata ia dibolehkan kerana yang penting niat, tetapi ada juga yang berkata ia tidak sah kerana air wuduk tidak sampai ke kulit.

Jadi adakah saya betul-betul perlu membersihkan solekan dulu sebelum berwuduk atau adakah cara lain yang membolehkan solat saya diterima kerana pekerjaan saya sebagai kerani memerlukan saya bersolek.

Begitu juga di malam hari, saya perlu bersolek kerana saya menjalankan perniagaan pakaian dan aksesori wanita seperti menjual pakaian wanita Muslimah, tudung dan jubah.

JAWAPAN:

BERWUDUK termasuk salah satu cara bersuci dengan menggunakan air bagi menghilangkan hadas kecil dengan cara-cara tertentu (lihat al-Quran, al-Ma’idah (5): 6).

Apa yang penting dalam berwuduk ialah air sampai ke semua anggota wuduk, contohnya air sampai ke muka apabila membasuhnya, begitu juga dengan kedua-dua tangan sehingga ke siku dan seterusnya. Sekiranya ada halangan dan air tidak sampai ke muka, wuduk itu tidak sah. Bagi wanita yang bersolek, mereka hendaklah memastikan air boleh sampai ke anggota wuduk ketika membasuhnya.

Sekiranya seseorang itu menggunakan jenis solekan yang kalis air (lihat, http://waterproofmineralmakeup.com/), maka hendaklah mencucinya terlebih dulu sebelum berwuduk.

Begitu juga dalam kes anda di atas. Islam tidak menghalang wanita bersolek atau berhias (Arab, Tabarruj). Bagaimanapun, ia hendaklah dalam keadaan sederhana dan tidak bertujuan menarik perhatian orang terutama kaum lelaki.

Ini kerana ia mengundang fitnah pada diri sendiri dan orang di sekeliling yang melihat kita. Berhias untuk suami pula sangat digalakkan kerana dapat merapatkan hubungan suami isteri.

- HARIAN METRO

Tiada logo rasmi Hari Kemerdekaan 2012 kecuali logo 1Malaysia

by

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim menjelaskan, tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia seperti sambutan pada tahun lalu.

Beliau berkata, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema “55 Tahun Merdeka Janji Ditepati".

"Bahan hiasan yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi," katanya dalam satu kenyataan.

Rais berkata, akan ada beberapa bahan promosi lain dipaparkan menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September.

- BERNAMA

Formula kejayaan Dr Tengku Asmadi

by

AIR MUKANYA tenang, bersifat kebapaan dan mempunyai intonasi suara yang lembut - membuatkan hati mudah terusik ketika mendengar ceramah motivasinya.

Inilah kelebihan Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad, 48.

Kepayahan waktu kecil banyak mengajar Pengarah Urusan dan Perunding Motivasi MAP Trading & Consultancy Sdn. Bhd. (MAP) ini erti kehidupan yang sedikit sebanyak mempengaruhi personalitinya.

Beliau bertekad melakukan perubahan taraf hidup dan akhirnya berjaya!

Ketika dalam tahun dua pengajian ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan di Universiti Sains Malaysia (USM), beliau bertanya dekan cara melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) di bawah pembiayaan universiti.

"Saya diberitahu untuk mendapat tawaran tersebut, seseorang itu mestilah pelajar terbaik dalam jurusan yang diambil.

"Justeru, saya bekerja keras untuk mendapat keputusan baik dan selepas meraih ijazah, memohon menjadi felo di USM dan melanjutkan pelajaran ke Australia. Disebabkan keputusan cemerlang, saya tidak perlu menjalani program itu, sebaliknya terus membuat PhD," katanya.

BerubahSelesai menamatkan PhD pada 1993, Tengku Asmadi bertugas sebagai pensyarah USM di kampus kejuruteraan di Tronoh, Perak. Waktu itu, beliau mula menjalankan bisnes kecil-kecilan menerusi perniagaan jualan langsung (MLM) bagi menambah pendapatan.

"MLM lah yang banyak mengasah bakat saya bercakap di depan orang ramai. Selepas itu, saya mula memenuhi permintaan untuk berceramah dan menyedari bakat bidang itu.

"Saya sebenarnya seorang yang pemalu tetapi berusaha memperbaiki kelemahan itu," ujarnya.

Pada 1995, beliau nekad berhenti sebagai pensyarah dan mula menganjurkan program motivasi pelajar pada tahun berikutnya.

" Saya diberi peluang muncul di kaca televisyen membicarakan mengenai anak pada tahun 2000. Saya bersyukur kerana selepas itu peluang semakin terbuka luas dan muncul memberikan motivasi pelajar di hampir semua rangkaian televisyen tempatan," katanya

PoligamiPada masa lapang, beliau lebih suka menghabiskan masa bersama keluarga.

Bagi lelaki yang mempunyai dua keluarga, cabaran paling sukar adalah membahagikan masa secara adil. Namun, tidak bagi Tengku Asmadi.

Beliau menggunakan sistem giliran dua hari bagi setiap isterinya.

"Ada yang menggunakan sehari untuk setiap hari bagi setiap keluarga. Bagi saya, masa itu tidak mencukupi. Maklumlah saya mempunyai anak-anak yang juga mahukan kualiti masa bersama saya. Kadang-kadang ada urusan yang perlu saya lakukan bersama keluarga yang mungkin mengambil sedikit masa. Faktor-faktor inilah yang menyebabkan saya memperuntukkan masa dua hari.

"Jika ada kecemasan yang berlaku, saya akan mengutamakan hal tersebut. Jadi, tiada masalah kerana isteri-isteri saya sangat memahami," ujarnya yang sudah 10 tahun berpoligami.

Sayangnya, isteri pertama beliau, Norsarina Zakaria tidak sempat bersama untuk sesi fotografi Pancawarna lantas dia mencadangkan ia dilakukan di kediaman Tun Nurul Huda Abdul Rahim, 29.

Bagi Tengku Asmadi, itulah yang dikatakan muafakat kerana setiap kali mahu menyelesaikan masalah, beliau akan bertanyakan pendapat kedua-dua isterinya.

"Untuk berpoligami sebenarnya bukan mudah. Yang paling utama, si suami perlu mempunyai kekuatan mental. Jika tiada kekuatan, mudahlah bagi seorang lelaki melafazkan cerai.

"Selain itu, lelaki juga perlu mempunyai kesabaran tinggi dan ilmu untuk membina hubungan keluarga yang baik selain kebijaksanaan untuk melaksanakan poligami," katanya.

- MINGGUAN MALAYSIA

Biar bersederhana semasa berbuka puasa

by
Oleh Mohd Shukri Hanapi

Amalan boros tidak dapat dielakkan setiap kali menjelang Ramadan. Boros dalam aspek makanan dan minuman, terutama sekali ketika membuat persiapan berbuka puasa, sama ada ketika membeli atau menyediakan makanan dan minuman melebihi keperluan hingga tidak mampu dihabiskan.
Seperti biasa, ketika berbuka dapat disaksikan ramai yang menikmati juadah seperti berpesta makanan dengan pelbagai macam hidangan. Tidak keterlaluan jika dikatakan majlis berbuka sering dijadikan acara ‘membalas dendam.’

Akibat makan terlalu banyak ketika berbuka, apabila hendak melaksanakan ibadah, mata mulai berat akhirnya menggagalkan mereka melaksanakan ibadah sunat yang amat dituntut pada Ramadan ini.

Meskipun berbelanja itu menjadi hak seseorang, tetapi hakikatnya Islam memandang perkara ini sebagai pemborosan melampau yang membawa kepada pembaziran. Bahkan ia telah melebihi had kecukupan atau keperluan seseorang.

Membeli pelbagai jenis makanan dan minuman kadangkala agak keterlaluan dan melampaui batas. Bagaimana ruang perut manusia yang begitu sempit dapat dimasukkan semua jenis makanan dan minuman, sekali gus akan berbaki atau lebihan makanan dibuang.

Untuk bersederhana ketika berbelanja untuk majlis berbuka puasa atau membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri, kita perlu berusaha mengehad dan mengawal kemahuan diri yang tidak terhad terlebih dulu.
Caranya ialah dengan berusaha menghapuskan nafsu jahat seperti nafsu ammarah, lawwamah atau mulhamah dan menggantikannya dengan nafsu baik (mahmudah), seperti nafsu mutmainnah, radhiyah, mardhiyah dan kamilah.

Hal ini boleh dilakukan dengan membersihkan hati (tazkiyah al-nafs). Apabila kemahuan mampu dihadkan, kepenggunaan pun dapat dihadkan. Akhirnya hal ini membawa kepada sikap berjimat cermat dan mengguna sekadar keperluan untuk memenuhi kemudahan hidup.

Justeru, mereka tidak lagi berbelanja atau mengguna secara berlebih-lebihan (boros) sehingga membawa kepada pembaziran. Amat mendukacitakan apabila pembaziran dilakukan ketika ada segelintir ahli masyarakat terlalu memerlukan bantuan.

Kedua, sentiasa mengingati dan mengenangkan nasib saudara seagama yang berbuka puasa atau menyambut Aidilfitri dalam keadaan serba kedaifan.

Mereka juga ingin menjamah makanan yang lazat dan pakaian baru seperti orang lain.

Namun, kedaifan mereka membuatkan mereka berbuka dan beraya dengan makan dan pakai apa saja yang ada. Oleh itu, alangkah baiknya jika kita menghapuskan amalan pemborosan dan pembaziran dengan menggalakkan amalan kebajikan seperti bersedekah. Sedikit bantuan atau sumbangan dihulurkan, Allah SWT akan menyediakan ganjaran pahala berlipat kali ganda.

Amalan sebegini secara tidak langsung akan menggambarkan tujuan sebenar Allah SWT mensyariatkan puasa Ramadan, seterusnya melahirkan masyarakat penyayang dan berwawasan.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan berikanlah kepada keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang Muslim dan orang yang dalam perjalanan; dan janganlah kamu membelanjakan (hartamu) secara membazir (boros).” (Surah al-Isra’, ayat 26)

Allah SWT menggalakkan amalan bersedekah dan melarang amalan berbelanja secara berlebihan sehingga membawa kepada pembaziran. Oleh itu, marilah bersama meninggalkan sesuatu yang keji dan mengamalkan yang baik lagi terpuji.

- BERITA HARIAN

Risiko hipoglisemia ketika berpuasa

by
Apakah yang dimaksudkan hipoglisemia?

Menurut Pakar Buah Pinggang, Hospital Pakar DEMC, Shah Alam, Dr. Rashidi Saidin, hipoglisemia merujuk kepada keadaan apabila kandungan glukosa berkurangan dalam darah dan berada di bawah paras normal.

"Tanda-tanda hipoglisemia termasuklah rasa gelisah dan tidak tentu arah, lemah, teramat lapar, berpeluh, pucat, berdebar-debar, menggeletar, denyutan nadi terlalu laju dan tidak sedarkan diri sekiranya terlalu serius. "Pengetahuan mengenai tanda-tanda komplikasi kesihatan ini sangat penting untuk difahami pesakit untuk mengelakkan sebarang masalah serta komplikasi lebih teruk," ujarnya.

Siapa yang berisiko?

Salah satu punca hipoglisemia berlaku adalah ia ada kaitan dengan jenis ubat yang diambil oleh pesakit untuk mengawal paras glukos dalam darah. Dua jenis ubat yang selalu digunakan di hospital iaitu metformin dan sulfonylurea. Metformin yang berfungsi memperbaiki paras glukos dalam darah tanpa merangsang pengeluaran insulin mampu meminimumkan atau tidak mendatangkan risiko hipoglisemia.

Sulfonylurea pula boleh menyebabkan risiko ketara hingga tercetusnya hipoglisemia kerana ia merangsang pengeluaran insulin selagi berada dalam badan.

Dr. Rashidi turut menasihatkan, seelok-eloknya sebelum menjalani ibadat puasa, mereka yang berisiko khususnya pesakit diabetes berjumpa dengan doktor supaya perubahan dos ubat dan insulin dapat dilakukan mengikut keadaan kesihatan mereka.

- MINGGUAN MALAYSIA

Pembukaan Sukan Olimpik London 2012 Meriah

by

LONDON - Dengan kata-kata "Selamat Petang, Mr. Bond", Ratu Elizabeth buat pertama kali mempamer bakat lakonannya di sisi Daniel Craig dan sekali gus membuka tirai upacara pembukaan Sukan Olimpik London 2012.

Pengarah yang memenangi Oscar, Danny Boyle menerusi filem Slumdog Millionaire selalu berkata, dia tidak mampu menyaingi bajet besar pengarah House of Flying Daggers, Zhang Yimou yang diberi tanggungjawab bagi mengendalikan upacara pembukaan pada Temasya Beijing 2008.

Sebaliknya, pengarah itu memanfaatkan kelebihan dimiliki menampilkan ikon Britain, JK Rowling membaca cerita dongeng Peter Pan, telatah Mr. Bean yang berpura-pura mengalunkan muzik, Chariot of Fire dan bintang bola sepak, David Beckham memandu bot laju merentas Sungai Thames membawa obor Olimpik.

Dengan alunan bacaan puisi karya Shakespeare dan disusuli juara Tour de France, Bradley Wiggins membunyikan loceng terbesar di dunia, upacara pembukaan Olimpik bermula.

Berbeza dengan persembahan warna-warni Zhang Yimou di Beijing empat tahun lalu, Boyle lebih selesa menggunakan pendekatan lembut menerusi latar set perkampungan Inggeris yang mencetuskan nostalgia di jiwa para hadirin.

Bermula dari situ, dia kemudiannya mengetengahkan suasana Revolusi Industri, dengan serombong yang mengeluarkan asap di seluruh stadium sambil diiringi bunyi gendang.

Pada upacara pembukaan juga, alunan muzik yang menjadi halwa telinga para penonton merupakan ramuan yang cukup penting. Boyle memanfaatkan populariti penyanyi The Beatle, Paul McCartney yang tampil mendendangkan lagu Hey Jude.

Setelah perarakan masuk negara-negara peserta, obor Olimpik dibawa mengelilingi stadium oleh tujuh atlet muda.

Hati para tetamu turut tersentuh apabila menyaksikan legenda tinju, Muhammad Ali menjadi tetamu khas bagi mengiringi bendera Olimpik yang dibawa masuk ke stadium untuk dikibarkan.

Acara pembukaan bermula pada pukul 9 malam (waktu tempatan) di Stadium Olimpik yang boleh memuat 80,000 penonton yang terletak di Stratford, Timur London. Ribuan peserta mengambil bahagian untuk membuat persembahan yang mempersonakan selama dua jam.

Dengan bertemakan Isles of Wonder digambarkan transformasi yang dialami negara tersebut bermula dari zaman revolusi perindustrian di abad ke-18 sehinggalah ia mencapai pemodenan dan perubahan pesat. Mengakhiri segmen pertama, lima bulatan yang melambangkan simbol Olimpik dinaikkan di tengah-tengah stadium sebelum ketibaan Ratu Elizabeth 11 pada 9.30 malam.

Pada pukul 10.30 malam, perarakan kontinjen dari 204 negara yang mengambil bahagian pun bermula didahului oleh kontinjen Afghanistan. Kontinjen Malaysia yang mengandungi 22 atlet dan pegawai dengan diketuai Ketua Kontinjen Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan pembawa Jalur Gemilang, Pandelela Rinong berarak lalu pada 11.13 malam.

Kontinjen Malaysia, bagi peserta lelakinya memakai baju kebangsaan berwarna kuning dan berjalur hitam yang melambangkan warna 'Harimau Malaya' serta bertanjak sementara peserta wanita berbaju kurung dan berselendang.

- UTUSAN

Lajim Ukim Letak Jawatan Dalam Umno & Pengerusi BN Beaufort

by

KOTA KINABALU: Datuk Seri Lajim Ukim pada Sabtu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta merta.

Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno.

"Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau.

"Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan...kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," katanya.

Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan program khas serta pengisytiharan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas Jaya, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah.

- BERNAMA

Manusia Pertama Sembuh HIV

by

TIMOTHY RAY BROWN, 47, menjadi satu-satunya manusia dalam sejarah yang sembuh daripada jangkitan HIV selepas menjalani pembedahan pemindahan sumsum tulang daripada individu yang kebal terhadap virus itu.

Dia disahkan menghidap HIV sekitar tahun 1995 ketika menuntut di Berlin, Jerman dan diberitahu hanya mampu hidup selama dua tahun lagi.

Brown yang terkenal dengan jolokan ‘Berlin Patient’ berasal dari bandar raya Seattle, Washington, Amerika Syarikat (AS). Dia menjadi popular selepas beberapa doktor cuba mengaplikasikan teknik yang unik itu dengan menggunakan penderma kebal HIV untuk menjalani satu pemindahan sel induk bagi mengubati penyakit leukemia Brown.

Sejak tahun 2007, dia telah menjalani dua pembedahan pemindahan sumsum selepas doktornya, Gero Huetter melakukan ujian ke atas lebih 70 penderma untuk menentukan keserasian mereka dengan Brown. Penderma itu juga menunjukkan keputusan negatif dalam ujian HIV.

“Saya disembuhkan daripada HIV. Dahulu saya mempunyai HIV, tetapi kini tidak lagi. Saya menjadi bukti bahawa AIDS boleh diubati. Sungguh mengagumkan apabila dapat sembuh daripada jangkitan HIV,” kata Brown.

Kombinasi terapi antivirus yang muncul di pasaran dunia membolehkan jangkitan HIV yang dihidap berjuta-juta penduduk dunia dirawat.

Terapi itu dapat mengekang kuman HIV di dalam badan Brown tetapi dia memilih untuk menemui seorang doktor pada tahun 2006 selepas mengalami kelesuan yang berpanjangan.

Gen CCR5

Dia kemudian disahkan menghidap leukemia dan menjalani rawatan kemoterapi yang menyebabkannya mengalami pneumonia manakala darahnya mengandungi bakteria beracun.

Dalam usaha menyelamatkan nyawa Brown, doktornya, Huetter, mendapat idea untuk melakukan pembedahan pemindahan sumsum tulang dengan menggunakan penderma sel induk yang memiliki gen mutasi reseptor chemokine C-C jenis 5 (CCR5).

Mereka yang ada gen CCR5 kebal terhadap jangkitan HIV kerana sel mereka tidak boleh ditembusi virus tersebut.

Namun, manusia yang mempunyai gen CCR5 jarang ditemui. Dipercayai cuma satu peratus penduduk dunia khususnya mereka yang tinggal di rantau Eropah Utara memiliki keupayaan tersebut.

Idea Huetter adalah untuk cuba menyembuhkan leukemia dan HIV menerusi pembedahan transplan itu. Prosedur itu berjaya dan Brown didapati bebas daripada kuman maut itu.

Brown pada Selasa lalu mengumumkan pelancaran Yayasan Timothy Ray Brown untuk meningkatkan penyelidikan ubat-ubatan di Washington, ketika AS menjadi tuan rumah kepada mesyuarat saintifik terbesar di dunia mengenai HIV/AIDS.

“Pada dasarnya saya merancang mencari penderma bagi mendapatkan dana untuk membantu penyelidikan,” kata Brown sambil menambah bahawa dia merancang untuk mengabdikan hidupnya dalam usaha mencari penawar kepada virus maut itu untuk orang lain.

“Saya berhenti mengambil ubat HIV pada hari saya melakukan pemindahan dan sejak itu, saya tidak pernah mengambil apa-apa ubat HIV lagi. Saya hidup untuk menjadi bukti bahawa mungkin terdapat penawar untuk AIDS,” jelasnya.

Seorang pengarah perubatan bank tali pusat, StemCyte di AS, Dr. Lawrence Petz memberitahu, julat kesepadanan antara si penderma dengan orang yang ingin diderma tidak perlu terlalu rapat.

Petz berkata, pemindahan sumsum tulang yang dijalani Brown menjadi rumit kerana sel stem darah datang daripada penderma dewasa.

“Apabila melakukan pemindahan sel stem, kesepadanan yang sangat rapat diperlukan antara penderma dan penerima tetapi dengan pemindahan melalui darah tali pusat, ia tidak memerlukan kesepadanan yang sebegitu.

“Ia juga jauh lebih mudah untuk mendapatkan penderma yang sepadan,” ujar Petz.

Walau bagaimanapun, daripada 17,000 sampel darah tali pusat, hanya 102 daripadanya membawa gen yang kebal terhadap penyakit HIV. Untuk itu, Petz berkata, bank darah tali pusat perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Pemindahan

“Buat masa ini, tiada cara lain yang dapat menyembuhkan beberapa pesakit selain menggunakan darah tali pusat,” beritahu Petz kepada Fox News.

Pemindahan darah tali pusat pertama ke atas pesakit HIV dari Belanda telah dijalankan beberapa minggu lalu dan pasukan Petz mempunyai satu lagi pemindahan yang telah diatur untuk seorang pesakit di Sepanyol akhir bulan ini.

“Ia akan mengambil masa yang lama sebelum penyelidik dapat mengenal pasti sama ada rawatan itu memberikan perbezaan kepada pesakit HIV.

“Setakat ini tiada keputusan muktamad lagi, tetapi kami yakin proses ini bakal memberi faedah kepada pesakit,” beritahu Petz.

Sementara itu, dua cara utama dikenal pasti untuk mengubati penyakit AIDS berdasarkan kisah-kisah menakjubkan daripada sekumpulan kecil orang di seluruh dunia yang mendakwa telah berjaya mengatasi penyakit itu.

Walaupun terdapat kemajuan dalam merawat berjuta-juta orang dengan menggunakan ubat antiretroviral, pakar mengatakan penyembuhan adalah lebih penting.

Ini kerana kadar jangkitan HIV mengatasi keupayaan pakar untuk mengubati pesakit berkenaan.

“Bagi setiap seorang yang memulakan terapi antiretroviral, dua individu baharu pula akan dijangkiti HIV,” ujar penyelidik daripada Institut Penyelidikan AIDS (IrsiCaixa) di Sepanyol, Javier Martinez-Picado pada Persidangan Antarabangsa AIDS di Washington, Selasa lalu.

Kira-kira 34 juta orang di seluruh dunia hidup dengan HIV dan telah menyebabkan kira-kira 30 juta kematian akibat AIDS sejak penyakit itu dikesan pada tahun 1980-an.

Dengan pengambilan ubat antiretroviral, ia membantu lebih ramai pesakit untuk terus menjalani kehidupan biasa berbanding sebelum ini, tetapi dadah jenis itu sangat mahal dan perlu diambil seumur hidup.

“Saintis kini boleh membayangkan penawar daripada dua perspektif yang berbeza, sama ada dengan cara membasmi virus itu daripada badan seseorang atau membentuk badan pesakit untuk mengawal virus itu.

“Ini mungkin menjadi pesakit pertama yang pernah didokumenkan sembuh daripada jangkitan HIV,” rujuk Javier kepada Brown, pesakit HIV pertama yang sembuh daripada virus pembunuh itu.

- KOSMO!

PM Najib antara 25 Pemimpin Dunia Paling Aktif Di Twitter

by
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disenaraikan sebagai seorang daripada 25 pemimpin dunia yang paling aktif berhubungan di Twitter, dalam laporan yang diterbitkan oleh Burson-Marsteller.

Laporan yang diterbitkan baru-baru ini, dikenali sebagai Twiplomacy, merupakan kajian pertama seumpamanya di peringkat global mengenai pemimpin-pemimpin dunia di Twitter.

Laporan itu meletakkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai pemimpin dunia yang perkembangannya paling banyak diikuti di Twitter manakala akaun Najib sebagai nombor 2 di Asia dan nombor 17 di dunia daripada 254 ketua kerajaan dan negara dan institusi mereka.

Ia juga menyenaraikan Najib sebagai pemimpin dunia keenam paling popular yang "tweets properly" hanya 30 daripada 254 ketua negara dan kerajaan yang sebenarnya menulis entri mereka sendiri di Twitter.

Najib mula menulis di Twitter pada 23 Sept, 2008 dan setakat hari ini, beliau mempunyai 767,679 pengikut di Twitter dan menulis 2,675 tweets dan 81 'following'. Ini menjadikan beliau setakat ini pemimpin paling popular di Asia di Twitter, per kapita (1 dalam 37) dan selesa dalam kedudukan 10 terbaik di peringkat global.

Menurut laporan itu, Najib juga mengikuti perkembangan beberapa pemimpin antarabangsa dan serantau dan dihubungkan dengan @bluehousekorea, @karimmassimov_e dan @number10gov. Laporan itu juga menyatakan Najib ialah antara pemimpin yang cepat memanfaatkan kemudahan Twitter.

"Perdana Menteri Malaysia Najib Razak aktif berhubung dengan audien beliau.

Beliau tweets secara peribadi dan mendekati setengah juta pengikutnya dengankuiz dan sweepstakes. "Sebanyak 17 peratus daripada tweets beliau ialah perbualan dan termasuk jawapan," menurut laporan itu yang boleh dilayari di twiplomacy.com. Mei lepas, beliau menganjurkan majlis sarapan pagi dengan pengikutnya yangke-500,000 dan tiga pengikut Twitter yang lain. Twiplomacy melaporkan yang beliau mengabadikan majlis itu dengan memuat naikgambar tetamunya menerusi Twitpic dan video YouTube. Najib memanfaatkan teknologi untuk mendekati secara peribadi sepertimenjawab soalan di Facebook dan Twitter beliau, baik secara langsung atau sesisoal jawab yang dirancang terlebih dahulu seperti #TanyaNajib dan 1MalaysiaRoundtables.

Beliau juga menganjurkan majlis dengan rakan online di seluruh negara, yangbermula dengan majlis minum petang di kediaman rasmi beliau, Seri Perdana dankemudiannya diperluaskan kepada majlis pertemuan.

Daripada segi politik dan kerajaan, Perdana Menteri menggunakan media sosial untuk bertanyakan kepada rakyat Malaysia bagi mendapatkan sebarang cadangan dan idea untuk Belanjawan 2013 serta input bagi Akta Harmoni Nasional, yang akan menggantikan Akta Hasutan yang digubal pada zaman penjajah. Ini disusuli pengumuman oleh kerajaan pada awal Julai bahawa semua jabatandan agensi kini perlu mendapatkan pandangan orang ramai sebelum mencadangkan draf pindaan terhadap undang-undang sedia ada atau memperkenalkan Rang Undang-Undang baharu.

Platform online MyIdeas diperkenalkan kepada rakyat untuk mengemukakan ideamereka dengan yang terbaik dipilih menjadi dasar-dasar kerajaan.

- BERNAMA

Singkir Uban dengan Nutri M Black Shampoo

by

Uban yang memutih di kepala tidak semestinya petanda sudah berusia. Sebaliknya ia juga tanda penyakit yang perlu dirawat.

Kulit kepala yang kurang sihat, cara pemakanan dan stres adalah punca utama rambut beruban.

Uban juga adakalanya boleh menyebabkan kurang keyakinan diri, menjejas hubungan antara pasangan dan mengundang stres yang seterusnya membawa kepada satu lagi masalah iaitu keguguran rambut dan botak.

Merawat dan mencegah ada ketikanya lebih memudaratkan memandangkan terdapat banyak produk rawatan rambut berasaskan bahan kimia yang sebenarnya merosakkan struktur sel dan pertumbuhan rambut.

Tetapi kini penyelesaiannya sudah ada. Nutri M Black Shampoo yang dikeluarkan oleh Nutri Enterprise iaitu sebuah syarikat bumiputera yang pakar dalam pengeluaran siri produk penjagaan rambut dengan rumusan 100 peratus herba mampu menjadi penyelesai bagi masalah rambut beruban dengan cara yang murah, mudah dan berkesan.

Dihasilkan dari 19 jenis herba terpilih antaranya minyak kelapa, daun urang aring dan kayu beluru yang juga dikenali sebagai sintok mampu menyingkir uban dalam masa sepantas 10 minit. Ia semudah rutin cucian biasa dan hasilnya dapat dilihat pada cucian pertama.

Ia juga mampu mengurangkan kelemumur dan hanya perlu digunakan seminggu sekali pada bulan pertama dan dua minggu sekali pada bulan seterusnya.

Untuk mendapatkan kesan yang optimum, pengguna dicadangkan mencuba syampu Nutri M Anti Hairloss Regimen yang boleh digunakan setiap hari bagi melambatkan proses pertumbuhan uban seterusnya mengelak dan mengatasi keguguran dan kebotakan rambut di samping menjadikan rambut lebih lembut, kuat, sihat dan bersinar.

Pati bunga safron, estrak daun pudina dan akar ginseng adalah bahan utama yang terdapat dalam syampu ini selain sembilan herba terpilih yang dirumus khas bagi memberi kesan yang pantas dan menyejukkan kulit kepala

Gel esen yang didatangkan bersama syampu Nutri M Anti Hair Loss Regimen pula berfungsi mempercepatkan proses pertumbuhan rambut bagi semua peringkat usia lelaki dan wanita serta boleh digunakan setiap kali selepas mencuci rambut tanpa perlu dibilas.

Kesemua produk keluaran Nutri Enterprise disahkan bebas dari bahan kimia dan mendapat kelulusan dari Biro Pengawalan Farmasuetikal Kebangsaan,Kementerian Kesihatan. Kandungan herba yang terdapat dalam syampu Nutri M adalah bersifat telap air dan boleh digunakan tanpa was was.

Keterangan lanjut mengenai produk dan senarai pengedar sila layari http://nutri-m.blogspot.com atau http://www.facebook.com/nutrienterprise

Tindakan tegas terhadap penjawat awam beli ijazah palsu

by
Tindakan tegas akan dikenakan terhadap penjawat awam yang didapati membeli ijazah palsu, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata polis masih menyiasat perkara itu dan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang memilih jalan mudah tanpa perlu menghadiri kuliah, mengambil ujian dan menghantar kertas kerja untuk memperolehi ijazah.

"Setakat ini tiada kes melibatkan penjawat awam yang terlibat di dalam pembelian ijazah palsu. Jika hasil siasatan mendapati ada di antara penjawat awam yang terlibat, tindakan tegas akan diambil serta merta," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Program Transformasi Pegawai ke Luar Negara di Kuala Lumpur.

Program lima hari itu dihadiri 117 penjawat awam yang bakal melanjutkan pelajaran ke beberapa universiti di luar negara dalam tempoh terdekat bagi peringkat Sarjana dan Sarjana Muda.

Sebelum ini, media melaporkan ijazah itu dikeluarkan atas nama lima universiti luar negara termasuk tiga yang disahkan tidak wujud.

Lima universiti itu ialah University Of Rockhampton (tidak wujud), Harvey International University (tidak wujud), Cannington Brook University (tidak wujud), Glastonbury University (United Kingdom) dan Charles Molnar University (Hungary).

- SINAR HARIAN

Lubang Neraka Dunia di Turkmenistan

by

BAGI umat Islam, neraka merupakan tempat orang berdosa mendapat seksaan pada hari akhirat kelak.

Begitupun, penduduk bandar kecil Derweze di Turkmenistan gempar dengan kemunculan sebuah ‘lubang neraka’ berhampiran kediaman mereka sejak tahun 1971 hingga sekarang.

Lokasi itu merujuk kepada sebuah lubang api yang luas ternganga sehingga ia digelar Pintu Neraka.

Menurut penduduk, lubang itu seluas dua padang bola sepak. Kedalamannya mencapai 30 meter manakala apinya masih bernyala sehingga hari ini.

Lubang itu ditemui oleh sekumpulan ahli geologi semasa era Soviet Union ketika mereka melakukan aktiviti penggalian bawah tanah menggunakan jentera berat.

Semasa kerja-kerja giat dijalankan, tidak semena-mena permukaan tanah di tapak penggalian itu runtuh menyebabkan kesemua peralatan menggerudi jatuh ke dalam sebuah lubang yang besar.

Pada masa yang sama, lubang itu mengeluarkan api yang bahangnya boleh dirasai hingga beberapa ratus meter jauhnya.

Api itu tidak pernah padam walaupun semasa hujan lebat. Malah, ukuran diameternya semakin membesar setiap tahun.

Sebuah akhbar Finland, Ammennusatia pernah menyiarkan sebuah artikel yang menyebut ia bukan sekadar sebuah lubang biasa.

Menurut akhbar itu, kumpulan ahli geologi itu mendakwa mendengar suara seperti jeritan ribuan manusia yang sedang diseksa meminta tolong manakala sebahagian yang lain kedengaran seperti orang Islam sedang bertahlil.

Rakaman

Bunyi rakaman yang didakwa daripada Pintu Neraka itu masih boleh didengar di Youtube dengan pengendali klip video itu mendakwa ia sebenarnya suara roh orang mati di alam barzakh.

“Ia cukup menakutkan kami tentang kehidupan yang terdapat di lubang itu,” jelas ketua projek di Derweze, Dr. Dmitri Azzacov.

Azzacov menggunakan sejenis mikrofon sensitif yang berperanan mendengar bunyi atau pergerakan di dalam bumi.

“Apa yang kami dengar ibarat satu perkara logik yang tidak masuk akal. Saya seorang pengikut setia fahaman komunis yang tidak mempercayai agama dan hari pembalasan.

“Tetapi setelah mendengar jeritan itu saya mula mempercayai adanya Tuhan serta soal dosa dan pahala,” kata Azzacov.

Dia juga melihat pada waktu malam gas terang berbentuk seperti jin yang mempunyai dua sayap pada bahagian kiri dan kanan badannya terbang.

“Kejadian itu menakutkan sehingga ramai penduduk bertempiaran lari,” kata seorang saksi, Bjarne Nummedal yang mengatakan lembaga itu hilang beberapa minit kemudian.

Namun, misteri itu disangkal oleh sebuah laman berita www.truthorfiction.com yang mengatakan kisah tersebut rekaan semata-mata dan disensasikan oleh media pada awal 1990-an.

Menurut wartawan laman web itu, Rich Buhler, lubang itu sememangnya wujud tetapi ia terhasil disebabkan simpanan gas asli yang besar di Derweze.

“Mereka menyalakan api untuk memastikan gas asli yang tercemar itu tidak merebak dan membahayakan masyarakat sekeliling. Soal jeritan seperti penghuni neraka itu tidak benar sama sekali,” katanya.

Ujarnya, cerita itu sengaja direka oleh kumpulan pelampau agama untuk menakut-nakutkan manusia.

“Artikel itu memang ada disiarkan oleh akhbar Ammennusatia tetapi ia berdasarkan surat pembaca yang menulis pengalamannya.

“Setelah disiasat, penulis artikel berkenaan juga tidak dapat dikesan manakala cerita itu ditokok tambah,” kata Buhler.

Malangnya, Buhler tidak cuba mencari Azzacov serta menguji kebenaran foto dan rakaman suara aneh itu.

- KOSMO!

Bedil Bukit Pak Apil di Kuala Terengganu tanda berbuka dan imsak

by
BAGI penduduk sekitar Kuala Terengganu, mereka tidak perlu menatap jam atau mendengar laungan azan untuk menentukan sudah tiba waktu berbuka sepanjang bulan Ramadan.

Begitu juga apabila ingin mendapatkan kepastian tibanya waktu imsak untuk mula menahan diri daripada segala yang ditegah sambil bersiap menunaikan solat subuh.

Mereka hanya perlu mendengar ledakan bedil dari Bukit Pak Apil yang menyajikan kelainan Ramadan di Kuala Terengganu dan suasana itu sangat istimewa bagi sesetengah orang.

Satu bedilan dilepaskan apabila tiba waktu berbuka, sekali lagi permulaan imsak dan permulaan detik hari baru untuk berpuasa yang menjadi tradisi sejak lebih lima dekad lalu.

Difahamkan tradisi bedilan ini menyusul selepas penggunaan genta atau loceng besar di Bukit Puteri ketika zaman Sultan Zainal Abidin Ketiga dari 1881 hingga 1918.

Seorang pesara, Ibrahim Omar, 75, memberitahu bunyi bedil dari Bukit Pak Api itu cukup sinonim dengan Ramadan di Kuala Terengganu.

''Malah tidak keterlaluan dikatakan, menjadi tidak sempurna jika dentuman bedil tersebut tidak kedengaran sepanjang bulan puasa dan jadi kenangan bagi mereka yang pernah berada di sini," katnya.

Kemeriahan Ramadan lebih terserlah dengan bunyi ledakan bedil yang dipanggil 'bedil puasa' dan 'bedil raya' di mana dentumannya boleh kedengaran sehingga jarak 10 kilometer.

Seperti lazimnya, pada petang, sehari sebelum 1 Ramadan, sebanyak tujuh das tembakan bedil dilepaskan sebagai peringatan kepada umat Islam tentang bermulanya puasa pada keesokannya.

Selain waktu berbuka puasa, dua das lagi akan kedengaran pada waktu sahur dengan tembakan pertama sebagai 'amaran' sebelum disusuli dentuman kedua menandakan waktu imsak.

Pihak polis dipertanggungjawab untuk menyeliakan tembakan bedil itu yang dikendalikan sebuah syarikat pengeluar bunga api dengan menggunakan bunga api bersaiz 12 inci untuk menghasilkan bunyi padat.

Besi paip besar digunakan melancarkan bunga api ke udara. Sebanyak lapan batang paip dipacak di atas tanah dengan sebatang paip menghasilkan satu letupan.

Ini bermakna, untuk berbuka puasa, hanya sebatang paip digunakan dan dua batang paip untuk waktu imsak.

Bagi menandakan esok mula berpuasa atau hari raya, kesemua lapan batang paip akan digunakan.

Untuk proses letupan bedil ini, pelancar akan digunakan untuk menembak bunga api dan pelancar ini dikawal alat kawalan yang diletak 30 meter dari jarak pelancar tadi.

Sejurus suis dipicit, satu bunyi kecil kedengaran dan dalam masa lima saat selepas itu, bunga api akan terpancar di udara disusuli bunyi padat.

Bagi sesiapa yang pernah merasai pengalaman melihat bedil sejak zaman kecil lagi, mereka pasti tidak lupa kenangan manis sewaktu bersorak gembira dengan berlari sekeliling kampung sambil menjerit: " Horey... horey... esok puasa, esok raya", tatkala kedengaran bunyi dentuman bedil itu.

- UTUSAN

Penyakit Kulit Psoriasis

by

Anggaran tiga peratus rakyat Malaysia alami kegatalan, trauma psikologi akibat penyakit kulit kronik

Berdepan situasi menakutkan apabila mengalami masalah kulit berair dan kemerah-merahan serta rasa gatal yang melampau. Selain itu, kulit pesakit bagai bersisik terutama apabila suhu meningkat.

Cuaca panas juga memberi kesan hingga kulit mereka berparut selain mengalami masalah ketidakselesaan fizikal.

Malah, penyakit itu mengundang keresahan, ketara, berulang dan menyakitkan hingga remaja ini mengalami trauma psikologi. Malu berhadapan khalayak ramai. Fungsi asas diri mereka seperti berjalan atau tidur juga terjejas akibat masalah yang dihadapi itu.

Bagi segelintir individu, masalah kulit itu mungkin dianggap biasa atau bermusim. Namun, sebenarnya ia adalah psoriasis. Ia adalah sejenis penyakit kulit biasa yang menjejaskan kitaran hidup sel kulit akibat sel tumbuh dengan cepat pada permukaan kulit, membentuk sisik tebal, berkilat yang gatal, kering, kemerah-merahan dan kadang kala menimbulkan rasa sakit berlarutan.

Laporan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Psoriasis menyebut, penyakit kronik berkaitan imuniti ini biasanya muncul pada peringkat umur antara 15 hingga 25 tahun. Namun, ia boleh bermula pada sebarang peringkat umur.

Mengikut laporan Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM), kira-kira tiga peratus rakyat Malaysia menderita akibat psoriasis – penyakit kulit kronik yang dikaitkan dengan berbagai beban fizikal dan emosi. Pesakit psoriasis di seluruh dunia pula dianggarkan mencecah 125 juta orang.

Daripada jumlah itu, dianggarkan hampir satu per empat daripada mereka menghidap psoriasis peringkat sederhana hingga serius serta perlu diberi perhatian. Penasihat Perubatan Kehormat, Persatuan Psoriasis Malaysia, Dr Steven Chow Kim Weng, berkata secara psikologi, derita akibat psoriasis menyebabkan pesakit kurang yakin dengan imej sendiri, rendah diri, kemurungan, hilang identiti serta berdepan konflik pemencilan sosial.

Dr Steven berkata, berdasarkan kajian Persatuan Pesakit Psoriasis Persekutuan Eropah terhadap 18,000 pesakit psoriasis, 77 peratus daripada mereka mengakui psoriasis membawa impak besar serta mengganggu kehidupan harian.

“Pesakit perlu sedar Psoriasis bukan penyakit berjangkit dan tidak boleh sembuh. Namun, ia dapat dikawal melalui rawatan jangka panjang.

“Walaupun simptom psoriasis hanya ada pada kulit badan, namun ia bukan penyakit di luar badan saja. Sebaliknya, ia berpotensi tinggi menyebabkan penyakit kardiovaskular dan arthritis psoriatik (gejala sakit atau bengkak pada sendi).

“Kulit kepala, lutut dan siku termasuk kuku dan tulang antara bahagian badan yang berisiko dihidapi dan penumbuhan plak pada tangan dan kaki menyukarkan pesakit melakukan sesetengah pekerjaan, senaman atau aktiviti.

“Pengalaman merawat pesakit yang menderita psoriasis sederhana hingga serius selama beberapa tahun memberi perspektif bahawa penyakit ini bukan saja menjejaskan hubungan sosial pesakit, malah menimbulkan perspektif negatif terhadap keadaan diri mereka. Justeru, rawat penyakit ini secara berkala,” katanya.

Dr Steven berkata, psoriasis terbahagi kepada beberapa jenis iaitu psoriasis bertompok (paling lazim) dan guttate psoriasis (biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak).

Ada juga psoriasis tahap kronik sehingga memerlukan rawatan di hospital antaranya erythrodermic psoriasis; Lampin psoriasis; Pustular psoriasis (teruk hingga menimbulkan kesakitan); Guttate psoriasis dan Plaque psoriasis (bertompok dan timbul).

Sehubungan itu, masyarakat dinasihat mendapatkan pemeriksaan perubatan menyeluruh dari pakar kulit atau mencuba kaedah rawatan inovatif biologik dan berkualiti tinggi. Salah satu pilihan yang ada ialah inovasi terbaru syarikat farmaseutikal, Janssen. Ubat baru ini dikenali sebagai Ustekinumab (atau dulu dikenali sebagai Stelara) iaitu sejenis ubat preskripsi untuk merawat plak psoriasis sederhana hingga serius.

Ustekinumab atau Stelara dikatakan menyediakan pilihan rawatan yang selamat dan berkesan untuk kulit yang lebih licin dan kelegaan daripada simptom seperti ketebalan plak, kulit bersisik dan kemerahan. Stelara adalah rawatan biologi bagi psoriasis yang boleh diterima dalam dos suku tahunan (setiap 12 minggu) iaitu sebanyak empat suntikan setahun selepas dua dos permulaan.

Simptom psoriasis
Keguguran sisik pada kulit
Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

Tip rawatan dan ubat melegakan;

Pelembap

Penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa.

Gunakan pengganti sabun seperti krim akueus atau salap pelembap

Gunakan sarung tangan

Potong pendek kuku jari tangan dan kaki bagi mengelakkan menggaru dan kulit tidak rosak

Ubatan dan krim. Saranan doktor antaranya;
Krim berasaskan coal tar (arang), kortison atau jenis pelembap.
Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol
Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA

Kunjungi klinik berdekatan dan berjumpa doktor bagi menilai keadaan anda. Mulakan rawatan bersesuaian dan jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada tahap kronik penyakit anda.

Perlu diingati! Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ia tidak boleh sembuh namun, dapat dikawal menerusi rawatan jangka panjang.

- BERITA HARIAN

Kembar Siam berjaya dipisahkan di Hospital Kuala Lumpur

by

KUALA LUMPUR 27 Julai - Kegembiraan jelas terpancar di wajah bapa kepada pasangan kembar Siam lelaki berusia 15 bulan, Azli Sabran, 40, setelah anaknya selamat dipisahkan menerusi pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 15 Julai lalu.

Kembar tersebut, Muaiman dan Muaimin yang lahir pada 14 April 2011 merupakan pasangan kembar Siam yang mempunyai tiga kaki, bercantum tulang pelvik di bahagian pinggul, tidak mempunyai saluran dubur selain berkongsi usus dan saluran kencing.

Menurut Azli, kedua-dua anaknya itu kini berada dalam keadaan stabil, namun masih lemah ekoran pembedahan tersebut yang turut mengakibatkan luka besar di bahagian badan.

"Sebelum ini, saya dan keluarga amat risau dengan keadaan mereka, namun bersyukur dan lega setelah pembedahan selamat dan perkembangan kesihatan mereka juga adalah positif setiap hari sejak pembedahan itu.

"Namun, mereka masih belum dapat dibawa pulang ke kampung di Felda Pemanis 2, Segamat, Johor memandangkan perlu menjalani rawatan susulan, termasuk pembedahan menampal kulit dalam masa tiga bulan ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di HKL, di sini hari ini.

Muaiman dan Muaimin dipisahkan menerusi pembedahan selama 24 jam melibatkan 19 pakar dari tiga bahagian iaitu Ortopedik, Pembedahan Plastik dan Pembentukan Semula serta Pediatrik selain dibantu lebih 30 jururawat.

Pembedahan yang dibiayai kosnya oleh HKL itu diketuai oleh Pakar Bedah Kanak-kanak, Datuk Dr. Zakaria Zahari.

Menurut Azli, kejayaan pembedahan anak kembarnya itu merupakan berita gembira yang disifatkan sebagai kurniaan Ilahi sempena Ramadan dan paling membahagiakan isterinya, Nazillah Abdullah, 38, yang selama ini mengimpikan anak mereka memiliki kehidupan normal seperti bayi lain.

Katanya, selepas dua hari anaknya dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Johor, kedua-duanya telah dipindahkan ke HKL untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi membolehkan pembedahan dilakukan segera.

"Sejak dalam kandungan iaitu ketika berusia lapan bulan, saya dan isteri telah mengetahui anak yang bakal dilahirkan adalah kembar, namun reda dan menganggapnya sebagai ketentuan Allah.

"Sejarah keturunan kami memang tiada yang dilahirkan kembar. Diharapkan kedua-duanya akan sembuh dan boleh menjalani hidup seperti kanak-kanak lain," katanya.

Sementara itu, Zakaria berkata, pihaknya akan melakukan pembedahan kecil ke atas pasangan kembar siam itu bagi mengawal sistem kencing dan pembedahan tampalan kulit (skin grafting) untuk merawat luka besar akibat pembedahan terdahulu.

"Untuk tempoh jangka panjang, kedua-dua mereka dijangka menjalani proses pemulihan untuk anggota badan.

"Ini kejayaan terbaru HKL dalam pemisahan kembar siam membabitkan prosedur dan kemahiran yang kompleks tetapi tanpa bantuan mana-mana pakar dari luar negara," katanya.

- UTUSAN

Motorola RAZR MAXX - Bateri tahan lama

by

PENGGUNA telefon pintar kini boleh berbual dan melayari Internet dengan lebih lama tanpa perlu runsing kehabisan bateri pada gajet mobiliti mereka.

Ini kerana, produk selular terbaru yang diperkenalkan Motorola menerusi model RAZR MAXX mempunyai kelebihan kuasa sehingga 17 jam hanya dengan sekali cas.

Menurut Pengurus Negara Peranti Motorola Mobility Asia Tenggara, Ankur Bhandari, kehebatan kuasa bateri itu menjadikan model tersebut berada dalam kelasnya tersendiri.

‘‘Kelebihan seumpama ini pasti dinantikan oleh kebanyakan pengguna selain rekaannya juga bergaya dan menarik,’’ katanya pada pengenalan model itu di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Motorola RAZR MAXX disokong oleh sistem operasi Android 2.3 (Gingerbread) yang boleh dinaik taraf kepada Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) secara dalam talian.

Seperti model-model RAZR terdahulu, peranti berkenaan disempurnakan dengan reka bentuk nipis iaitu hanya 8.99 milimeter (mm) dan ringan.

Binaan rangka gajet tersebut diperbuat daripada aluminium berukir yang cukup elegan dan cantik.

Malah, menerusi materi fiber kukuh Kevlar dan cermin paparan berteknologi Corning Gorilla menjadikannya tahan lasak, kalis air dan anti calar.

Kelebihan lain keluarga RAZR ini adalah mempunyai skrin Super Amoled termaju 4.3 inci, kamera lapan megapiksel untuk rakaman video format 1080p dan kamera web hadapan definisi tinggi (HD).

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk unik ini di pasaran dengan tawaran harga RM1,688.

- UTUSAN

1,246 lagi ditawar ke IPTA 2012/2013 bagi Tawaran Kedua

by
Seramai 1,246 pelajar tingkatan enam dan matrikulasi yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 2.8 ke atas akan ditawarkan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Pengumuman itu dibuat Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan syarat semua pelajar terbabit tidak boleh memilih bidang dan universiti yang ditawarkan.

Katanya, surat tawaran akan dikeluarkan pada pertengahan Ogos ini dan kesemua mereka yang menerima tawaran itu boleh mendaftar masuk pada 1 dan 2 September ini.

"Kesemua mereka dijamin dapat menyambung pengajian di IPTA dengan syarat mereka terima apa sahaja bidang atau universiti mana yang kita tawarkan kerana ia bergantung kepada kekosongan yang ada.

"Ini memandangkan sebelum ini kebanyakan mereka yang gagal dalam kemasukan terdahulu disebabkan ketika mengisi borang permohonan rata-rata mereka menyatakan mereka tidak akan menerima tawaran selain yang diminta," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Perasmian Kompleks Penyelidikan Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) serta Institut Akuakultur Tropika (Akuatrop) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bernilai RM32.6 juta di Kuala Terengganu.

- UTUSAN

UTM Terima 2,800 Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Daripada 34,000 Yang Memohon

by
Seramai 2,800 lepasan diploma, matrikulasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)bagi sesi akademik 2012/2013, mulai 2 September ini.

Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Zaini Ujang berkata, daripada jumlah itu, 500 calon adalah lepasan diploma manakala 2,300 lagi lepasan matrikulasi dan STPM.

"Pihak UTM menerima 34,000 permohonan, bagaimanapun hanya 2,800 sahaja yang dipilih untuk mengikuti pengajian," katanya kepada pemberita.

Zaini berkata, kualiti kesemua pelajar berkenaan mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif 3.71 dengan 450 daripada mereka mencapai gred penuh 4.00.

Beliau berkata, sesi kali ini juga menyaksikan 30 pelajar mengikuti kursus yang baru ditawarkan iaitu program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Nuklear.

- BERNAMA

Buku : Pantun untuk Majlis dan Acara Rasmi

by

Buku : Pantun untuk Majlis dan Acara Rasmi

Pantun adalah satu keindahan seni bahasa berirama. Maksud yang ingin kita sampaikan mudah difahami sambil dinikmati keindahan bahasanya. Walaupun kandungannya kadang kala berupa kritikan tajam dan pedas, namun maksud yang ingin disampaikan dapat diterima dan menjadi lunak pada pendengaran kita.

Buku ini menghimpunkan 900 pantun yang indah bagi menghiasi majlis dan acara rasmi supaya lebih berseri-seri. Pantun dalam buku ini dapat disesuaikan untuk pelbagai majlis dan boleh diolah semula mengikut kesesuaian majlis. Pantun ini dicipta khusus untuk membolehkannya digunakan dalam majlis-majlis kontemporari. Dendangan pantun dalam satu-satu majlis memuliakan lagi majlis-majlis yang sudah sedia mulia.



ISI KANDUNGAN:



Bahagian 1: Pengenalan



Bab 1: Keindahan Pantun

Bab 2: Tip Berpantun

Bab 3: Bahasa Berirama dan Pantun

Bab 4: Seni Membawa Majlis

Bab 5: Peraturan Memilih Pakaian

Bab 6: Fungsi Skrip Pembawa Majlis

Bab 7: Persediaan Sebelum Majlis

Bab 8: Peraturan Sosiobudaya dan Sosiolinguistik Melayu

Bab 9: Penggunaan Kata Ganti Nama Melayu

Bab 10: Majlis Persandingan Melayu



Bahagian 2: Pantun



Pantun 1: Pantun Kad Undangan



Pantun Kad Undangan Majlis Hari Jadi Sultan

Pantun Kad Undangan Majlis Perkahwinan

Pantun Kad Undangan Majlis Perpisahan

Pantun Kad Undangan Majlis Penyampaian Anugerah

Pantun Kad Undangan Majlis Menyampaikan Hadiah Pemenang Sayembara Sastera

Pantun Kad Undangan Majlis Perasmian Seminar Ilmu

Pantun Kad Undangan Majlis Perasmian Masjid Baru

Pantun Kad Undangan Majlis Perasmian Bangunan Baru

Pantun Kad Undangan Majlis Perasmian Jambatan Baru

Pantun Kad Undangan Majlis Perasmian Pameran Kraftangan

Pantun Kad Undangan Majlis Perasmian Pameran Muzium

Pantun Kad Undangan Majlis Perasmian Pameran Lukisan

Pantun Kad Undangan Majlis Perasmian Masjid Baru

Pantun Kad Undangan Majlis Perasmian Bangunan Perpustakaan Desa

Pantun Kad Undangan Majlis Perasmian Bangunan Baru

Pantun Kad Undangan Majlis Perasmian Jambatan Baru



Pantun 2: Pantun Pembukaan dan Penutup Majlis



Pantun Memulakan Majlis

Pantun Berterima Kasih kepada Penganjur atas Undangan

Pantun Berterima Kasih kepada Vip yang Sudi Datang Merasmikan Majlis

Pantun Berterima Kasih kepada Pihak yang Memberi Derma dan Sumbangan

Pantun Berterima Kasih kepada Pihak yang Sudi Menaja Projek Sosial

Pantun Memulakan Jamuan Makan

Pantun Menyampaikan Cenderamata

Pantun Menutup Majlis



Pantun 3: Pantun Menyambut Tetamu


Pantun Menyambut Orang Kenamaan

Pantun Menyambut Ketibaan Tetamu Terhormat Wanita

Pantun Menyambut Menteri dan Timbalan Menteri

Pantun Menyambut Menteri Besar dan Ketua Menteri

Pantun Menyambut Wakil Rakyat dan Senator

Pantun Menyambut Pengarah Jabatan

Pantun Menyambut Mufti, Kadi, dan Imam Besar

Pantun Menyambut Duta-Duta Asing

Pantun Menyambut Tetamu Istimewa yang Diraikan

Pantun Menyambut Wakil kepada Orang Kenamaan



Pantun 4: Pantun Raja-Raja Melayu



Pantun Menyambut Raja-Raja

Pantun Memuji Kemuliaan Status Raja-Raja Melayu

Pantun Memuji Keturunan Raja-Raja yang Terkenal

Pantun Memuji Daulat Raja

Pantun Memuji Raja Sebagai Payung Negeri

Pantun Memuji Raja Sebagai Penaung Agama

Pantun Memuji Raja Sebagai Penjaga Adat Melayu

Pantun Memuji Raja yang Berhati Mulia

Pantun Memuji Raja yang Berhati Rakyat

Pantun Memuji Keadilan Raja

Pantun Memuji Permaisuri

Pantun Memuji Kejelitaan Permaisuri

Pantun Memuji Kejelitaan Puteri-Puteri Raja

Pantun Memuji Kesudian Raja Turun Berjumpa Rakyat

Pantun Memuji Raja yang Pemurah dan Baik Hati



Pantun 5: Pantun Bertunang



Pantun Pembuka Kata

Pantun Pihak Lelaki

Pantun Pihak Perempuan



Pantun 6: Pantun Majlis Perkahwinan dan Persandingan dalam Dewan



Pantun Memulakan Majlis

Pantun Mempersilakan Pengantin Naik Pelamin

Pantun Memulakan Acara Doa

Pantun Mempersilakan Pengantin Turun dari Pelamin

Pantun Mempersilakan Tetamu Makan

Pantun Memulakan Acara Memotong Kek

Pantun Ibu dan Bapa Pengantin Menyampaikan Ucapan

Pantun Mengakhiri Majlis



Pantun 7: Pantun Majlis Perkahwinan di Rumah



Pantun Memulakan Majlis

Pantun Acara Silat

Pantun Makan Beradab

Pantun Bersyukur Dapat Menantu

Pantun Memuji-Muji Menantu

Pantun Memuji-Muji Tuah Menjadi Mertua



Pantun 8: Pantun Majlis Keluarga



Pantun Kad Undangan Majlis Ulang Tahun Perkahwinan

Pantun Kad Undangan Majlis Hari Jadi

Pantun Hari Jadi Anak

Pantun Majlis Khatam Quran

Pantun Majlis Meraikan Masuk Rumah Baru

Pantun Majlis Hari Keluarga Besar

Pantun Aqiqah dan Potong Jambul



Pantun 9: Pantun Hari-Hari Kebesaran



Pantun Hari Kebangsaan

Pantun Hari Raya

Pantun Rumah Terbuka Hari Raya

Pantun Tahun Baru Cina

Pantun Hari Krismas

Pantun Hari Deepavali

Pantun Hari Gawai

Pantun Hari Peladang



Pantun 10: Pantun Majlis Keraian Pejabat



Pantun Meraikan VIP Bersara

Pantun Meraikan VIP Bertukar Tempat Kerja

Pantun Meraikan VIP Baru yang Mengambil Jawatan Kosong

Pantun Meraikan Staf yang Akan Bersara

Pantun Meraikan Staf yang Dinaikkan Pangkat

Pantun Meraikan Staf yang Pergi Berkursus ke Luar Negara

Pantun Meraikan Staf yang Dihantar Bertugas di Luar Negara

Pantun Meraikan Staf yang akan Naik Haji

Pantun Meraikan Staf-Staf yang Baru Naik Pelamin



Pantun 11: Pantun Jabatan Kerajaan



Pantun Meraikan Penerima Bintang Kehormat dan Panggilan 'Datuk', 'Tan Sri' dan Lain-Lain

Pantun Menyambut Kepulangan Misi Negara

Pantun Misi Perdagangan

Pantun Menyambut Misi Negara Asing

Pantun Majlis Pecah Tanah

Pantun Majlis Menandatangani MOU Kerjasama

Pantun Majlis Penyerahan Kenderaan Kementerian Kesihatan (Ambulans)

Pantun Majlis Penyerahan Kenderaan Polis (Kereta Ronda, Motosikal Trafik)

Pantun Meraikan Pasukan Sukarelawan yang Dihantar Bertugas Membantu Mangsa Bencana di Luar Negara



Pantun 12: Pantun Korporat



Pantun Majlis Menandatangani Penyerahan Kontrak

Pantun Majlis Menyampaikan Surat Pelantikan Agen dan Wakil-Wakil Syarikat

Pantun Majlis Penyerahan Kenderaan Bisnes (Bas Pelancongan, Teksi, Lori)

Pantun Hari Keluarga Korporat



Pantun 13: Pantun Angkatan Bersenjata



Pantun Hari Tentera

Pantun Hari Tentera Udara

Pantun Hari Tentera Laut

Pantun Hari Tentera Darat

Pantun Menyambut Panglima Angkatan Tentera

Pantun Meraikan Anggota Tentera yang Dihantar Bertugas Sebagai Tentera Pengaman di Zon Bahaya

Pantun Menyambut Wira Negara Pulang dari Misi

Pantun Majlis Penyerahan Pesawat Angkatan Tentera Udara (Jet Pejuang, Helikopter)

Pantun Majlis Penyerahan Kapal Tentera Laut (Kapal Selam, Kapal Peronda)

Pantun Majlis Penyerahan Kenderaan Angkatan Tentera Darat (Kereta Kebal, Lori Tentera)



Pantun 14: Pantun Pasukan Pakaian Seragam (Penjawat Awam)



Pantun Hari Polis

Pantun Hari Kastam

Pantun Hari Bomba

Pantun Hari Jururawat

Pantun Hari Imigresen



Pantun 15: Pantun Majlis Sekolah



Pantun Hari Guru

Pantun Memuji Guru Cemerlang

Pantun Majlis Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang

Pantun Memujuk Pelajar yang Tidak Menerima Hadiah Kecemerlangan

Pantun Meraikan Pelajar-Pelajar yang Dihantar Belajar di Luar Negara

Pantun Memulakan Acara Sukan Tahunan

Pantun Menutup Sukan Tahunan

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG

Majlis Menyampaikan Watikah Pelantikan Pelajar Sebagai Kapten Sekolah, Pasukan Pengawas dan Lain-Lain Jawatan Penting



Pantun 16: Pantun Nasihat Kepada Pelajar



Tema: Gunakan Pusat Sumber

Tema: Jaga kebersihan sekolah

Tema: Belajar Rajin-Rajin

Tema: Masuk Kelab dan Persatuan

Tema: Jangan Bising

Tema: Hormati Guru

Tema: Jaga Harta Sekolah

Tema: Jangan Bermusuh

Tema: Tolong Kawan Belajar

Tema: Sikat Rambut

Tema: Jaga Tutur Kata kepada Kawan-Kawan

Tema: Rajin Membaca Buku

Tema: Aktif Bersukan

Tema: Jangan Dengki Sesama Kawan

Tema: Jangan Mencuri

Tema: Jangan Datang Lambat

Tema: Dengar Nasihat Guru

Tema: Jangan Malu Bertanya

Tema: Berkongsi Nota

Tema: Jangan Rosakkan Buku yang Dipinjam

Tema: Jaga Kebersihan Tandas

Tema: Letakkan Basikal Elok-Elok

Tema: Jangan Naik Motosikal Laju-Laju

Tema: Jangan Belajar Saat-Saat Terakhir

Tema: Jangan Merokok

Tema: Jangan Curi Makanan di Kantin

Tema: Jangan Kedekut

Tema: Jangan Berbohong

Tema: Dengar Nasihat Ibu Bapa

Tema: Hormat kepada Pengawas

Tema: Jaga Akhlak

Tema: Jaga Batas Pergaulan antara Pelajar Lelaki dan Perempuan

Tema: Jangan Lawan Cakap Guru

Tema: Buat Semua Kerja Sekolah

Tema: Jaga Disiplin Waktu

Tema: Sentiasa Berbaris

Tema: Jangan Buli Pelajar Lain

Tema: Jangan Conteng Dinding

Tema: Digalakkan Memakai Tudung

Tema: Beri Kerjasama kepada Guru



Pantun 17: Pantun Antarabangsa



Pantun Hari Wanita Antarabangsa

Pantun Hari Kanak-Kanak
Pantun Hari Kesihatan Sedunia

Pantun Hari Alam Sekitar

Pantun Hari Ibu



Pantun 18: Pantun Pertandingan



Pantun Pertandingan Lumba Kereta F1

Pantun Pertandingan Tarik Tali

Pantun Pertandingan Memasak

Pantun Pertandingan Kucing

Pantun Pertandingan Merbuk

Pantun Pertandingan Wau

Pantun Pertandingan Gasing

Pantun Pertandingan Silat

Pantun Pertandingan Melukis

Pantun Pertandingan Membaca Sajak

Pantun Pertandingan Berpantun

Pantun Pertandingan Membaca Syair

Pantun Pertandingan Nasyid

Pantun Pertandingan Syarahan

Pantun Pertandingan Bahas

Pantun Pertandingan Kukur Kelapa

Pantun Pertandingan Pakaian Beragam

Pantun Pertandingan Merentas Desa

Pantun Pertandingan Rumah Cantik

Pantun Pertandingan Membuat Kek

Pantun Pertandingan Perahu Dayung

Pantun Pertandingan Wajah Seiras Ibu dan Anak

Pantun Pertandingan Kembar Wajah Seiras

Pantun Pertandingan Bayi Comel

Pantun Pertandingan Gubahan Bunga

Pantun Pertandingan Menganyam Ketupat
Pantun Pertandingan Buah-Buahan

Pantun Pertandingan Lembu dan Kambing

Pantun Pertandingan Kampung Indah

Pantun Pertandingan Pakaian Muslimah

Pantun Pertandingan Kuih Tradisional

Pantun Pertandingan Kraftangan

Pantun Pertandingan Mengait Benang



Pantun 19: Pantun Kempen



Pantun Majlis Pelancaran Kempen Kebersihan

Pantun Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya

Pantun Majlis Pelancaran Kempen Membaca

Pantun Majlis Pelancaran Kempen Penyusuan Ibu

Pantun Majlis Pelancaran Kempen Penjagaan Alam Sekitar

Pantun Majlis Pelancaran Kempen Mendaftarkan Anak Kurang Upaya

Pantun Majlis Pelancaran Kempen Pendaftaran Undi

Pantun Majlis Pelancaran Kempen Kibarkan Bendera

Pantun Majlis Pelancaran Kempen Cintai Sungai

Pantun Majlis Pelancaran Kempen Belilah Barangan Tempatan

Pantun Majlis Pelancaran Kempen Jimat Cermat

Pantun Majlis Pelancaran Kempen Bersenam

Pantun Majlis Pelancaran Kempen Kurangkan Makan Gula

Pantun Majlis Pelancaran Kempen Buku Hijau

Pantun Majlis Pelancaran Kempen Anti Denggi

Pantun Majlis Pelancaran Kempen Kitar Semula

Pantun Majlis Pelancaran Kempen Anti Dadah



Pantun 20: Pantun Sukan



Pantun Sukan Perlawanan Persahabatan

Pantun Sukan Orang Kurang Upaya

Pantun Sukan Warga Emas

Pantun Sukan Air

Pantun Sukan Regata

Pantun Sukan Kampung

Pantun Sukan Kalah Mati

Pantun Sukaneka

Pantun Menyambut Ahli Sukan yang Pulang Membawa Kemenangan

Pantun Meraikan Pasukan Sukan yang Menang Perlawanan Persahabatan dengan Pasukan Organisasi Lain



Pantun 21: Pantun Motivasi



Pantun Jangan Mudah Mengaku Kalah

Pantun Jangan Mudah Putus Asa

Pantun Jangan Mudah Patah Semangat

Pantun Jangan Lari dari Masalah

Pantun Jangan Malu Mencuba

Pantun Jangan Takut Gagal

Pantun Jangan Menyerah kepada Nasib

Pantun Cabar-Mencabar



Pantun 22: Pantun Mengenang Budi



Pantun Terima Kasih kepada Doktor yang Merawat

Pantun Terima Kasih kepada Jururawat yang Menjaga

Pantun Terima Kasih kepada Rakan Sekerja yang Banyak Membantu

Pantun Terima Kasih kepada Guru yang Mendidik Anak Sehingga Lulus Peperiksaan dengan Cemerlang

Pantun Terima Kasih kepada Ketua yang Banyak Memberi Tunjuk Ajar

Pantun Terima Kasih kepada Pemberi Bantuan Semasa Susah

Pantun Terima Kasih kepada Pemberi Nasihat yang Baik

Pantun Terima Kasih kepada yang Mendoakan



Pantun 23: Pantun Nasihat



47 Pantun Nasihat


Buku ini boleh diperolehi secara online di : http://www.bookcafe.com.my/en/teknikal-and-profesional/pantun-untuk-majlis-dan-acara-rasmi-hard-cover-en.html

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90