19 Julai Diisytihar Hari Pesara Awam

Setiap 19 Julai, Malaysia akan meraikan Hari Pesara Penjawat Awam sebagai menghargai jasa pesara penjawat awam dalam membantu membangunkan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kerajaan telah membela kebajikan lebih 400,000 pesara penjawat awam dengan baik dan berharap pihak lain turut menunjukkan keprihatinan terhadap mereka.

Ketika berucap merasmikan Perhimpunan Perdana Pesara Kerajaan 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan.

"Sebagai Perdana Menteri dan wakil kerajaan, sokongan tuan-puan semua amat besar ertinya (bagi kami)," katanya kepada kira-kira 3,500 pesara penjawat awam dari seluruh negara yang menghadiri majlis itu.

Pada majlis sama, Najib turut melancarkan Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia (Kupekmas) yang akan menjadi perantara pesara penjawat awam dengan kerajaan serta membela nasib mereka.

Turut hadir Presiden Kupekmas Datuk Omar Osman yang juga Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

- MSTAR 19 Julai Diisytihar Hari Pesara Awam

1 comment... add one now

TIUB BOCOR TIUB BOCOR 19 July, 2012
Kita telah sedia ada Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Malaysia dan macam-macam yang timbul menjelang kempen senyap PRU-13 ini. Apapun perjuangan terhadap pesara kerajaan hendaklah diteruskan terutamanya menikmati bonus hari raya, pelarasan gaji tahunan, peningkatan kadar imbuhan dengan dengan mengambil kira kenaikan taraf hidup tuntutan kewangan semasa, pelbagai kemudahan prasana awam, layanan dalam komuniti sosial dan kesihatan, perjumpaan sosial dan wacana keilmuan.

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.