Internet Wayarles Maxis Home



MAXIS Berhad (Maxis), peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu baru-baru ini memperkenalkan pelan Internet Wayarles Maxis Home. Ia menawarkan lebih nilai untuk wang dengan lebih data selaras dengan keperluan yang kian meningkat dari pengguna kerap data tanpa wayar.

Pelan-pelan yang lebih baik itu menawarkan pelanggan dua kali ganda lebih kuota sehingga 48GB tanpa sebarang tambahan dalam yuran bulanan.

Ketua Kediaman Maxis, Ebru Dorman berkata, pihaknya gembira dapat menyediakan pelanggan dengan pelan-pelan yang dipertingkatkan dan memberikan ketenangan fikiran apabila mereka memuat turun semasa waktu luar kemuncak.

Katanya, dengan peningkatan ketara kuota waktu luar kemuncak, pelanggan boleh menjalankan lebih banyak muat turun, streaming , memuat naik video, dan lebih banyak lagi tanpa perlu bimbang tentang melebihi kuota mereka.

"Pelanggan boleh menikmati WiFi di rumah mereka dengan Internet Wayarles Tetap kami yang membolehkan lebih ramai pengguna di rumah untuk melakukan lebih banyak perkara.

''Di samping itu, mereka mendapat kelajuan dan kebolehpercayaan liputan rangkaian yang terbaik dan paling luas di negara ini," katanya,

Waktu kemuncak merujuk kepada tempoh antara pukul 8 pagi dan 2 pagi, sementara waktu luar kemuncak adalah antara pukul 2 pagi dan 8 pagi.

Dengan menawarkan penggandaan kuota data, Maxis meningkatkan peruntukan penggunaan data keseluruhan para pelanggan dan membolehkan mereka untuk melakukan lebih banyak perkara dengan sambungan Internet Wayarles Home mereka.

Pelan Internet Wayarles Maxis Home termasuk pelan 4GB pada harga RM59 sebulan, pelan 20GB pada harga RM99 sebulan dan pelan 48GB pada harga RM169 sebulan.

Dari 1 Julai 2012 dan seterusnya, pelanggan-pelanggan sedia ada Internet Wayarles Home akan secara automatik dinaik taraf untuk menikmati kuota tambahan yang bermula dari kitaran bil mereka yang berikutnya, tanpa caj tambahan.

Internet Wayarles Maxis Home boleh didapati di seluruh negara sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan Kediaman yang menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi untuk pelanggan menikmati di komputer riba, tablet dan telefon pintar.

Dengan perkhidmatan Internet Gentian Maxis, yang kini terdapat di 1.2 juta rumah dan pejabat dan perkhidmatan Internet tetap dan wayarles on-the-go dengan liputan 82 peratus penduduk,

Maxis menawarkan Internet yang pantas dan boleh dipercayai kepada hampir enam juta kediaman di negara ini.

Kedua-dua perkhidmatan ini ditawarkan bersama dengan talian telefon tetap termasuk minit percuma yang diperuntukkan kepada nombor talian tetap dan mudah alih.

Bagi melanggan pelan-pelan Internet Wayarles Home yang baru ini, pelanggan boleh mendaftar di Pusat Maxis yang terdekat, cawangan rakan kongsi eksklusif Maxis atau memohon secara online di http://maxis.com.my/home

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran