Permintaan televisyen LED semakin tinggi


Rakyat Malaysia membeli lebih banyak set televisyen dan kadar ini semakin meningkat untuk televisyen yang dipertingkatkan ciri-ciri lampu latar LED dan sambungan Internet, atau gabungan kedua-duanya, menurut GfK Malaysia.

Syarikat penyelidikan pasaran terkemuka global itu mendedahkan trend pasaran televisyen di Malaysia bernilai AS$629 juta (RM1.887 bilion) dalam tempoh 12 bulan lalu.

Kepopularan televisyen LED semakin meningkat seperti yang ditunjukkan oleh pertumbuhan bulanan yang konsisten sepanjang setahun lalu.

Menurutnya, pada hari ini, lebih satu daripada tiga (37 peratus) unit dijual dalam negara adalah televisyen LED, berbanding dengan setahun lalu apabila ia hanya menyumbang 17 peratus terhadap volum jualan semua televisyen skrin rata.

"Apabila teknologi terus berkembang maju, pengurangan harga menjadikan televisyen LED lebih mampu milik dan ini adalah faktor penting yang menjadikan jualannya meningkat dalam negara.

"Kita telah menyaksikan penurunan harga televisyen secara menyeluruh.," menurut Pengurus Besar GfK Malaysia, Jennifer Chan.

Contohnya, harga bagi televisyen LED 42 inci secara purata adalah pada AS$973 (RM2,919) setahun yang lalu tetapi pada hari ini bernilai kurang 31 peratus, pada harga AS$673 (RM2,019) sahaja

Kesambungan Internet adalah ciri lain rangkaian televisyen terbaru semakin dicari oleh pengguna.

Kadar penggunaan televisyen bersambung dengan web semakin memperoleh momentum sepanjang tempoh 12 bulan yang lalu apabila hampir 215,000 buah atau 17 peratus daripada semua televisyen panel rata yang dijual.

"Akses Internet adalah aspek penting dalam teknologi moden kepada masyarakat yang membangun pada hari ini seperti yang ditunjukkan oleh alat popular terkini seperti telefon pintar, tablet, kamera dan sekarang televisyen," tambah Chan.

Tinjauan GfK Malaysia juga mendedahkan bilangan pengguna di Malaysia yang memilih saiz skrin televisyen lebih besar semakin meningkat disebabkan harganya yang menurun.

Volum jualan televisyen 40 inci dan lebih semakin meningkat membentuk 44 peratus, peningkatan sebanyak enam peratus sepanjang tempoh sebelumnya.

- UTUSAN

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran