PM jemput rakyat kemuka idea mengenai Bajet 2013 secara online

Datuk Seri Najib Razak mempelawa rakyat Malaysia menyumbang idea, berkongsi cadangan dan pendapat mereka mengenai Bajet 2013 secara online bermula hari ini sehingga 29 Julai.

Perdana Menteri berkata, platform itu adalah peluang bagi semua rakyat Malaysia mengemukakan idea dan input mereka untuk pertimbangan Kementerian Kewangan.

Orang ramai boleh menyuarakan pendapat mereka dengan mengklik bahagian yang disediakan pada entri terbaharu blog beliau www.1malaysia.com.my yang bertajuk 'Bajet 2013: Saya Hargai Cadangan Anda'.

"Pada 28 September akan datang, saya akan membentangkan Bajet Negara untuk tahun 2013 bagi pihak kerajaan persekutuan selaku menteri kewangan.

"Pada saya, adalah penting agar rakyat diberikan peluang untuk menyuarakan cadangan dan pendapat mereka tentang cara terbaik untuk bawa negara kita ini ke hadapan di pentas dunia dari segi sosial dan ekonomi.

"Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya amat berharap agar dapat menerima idea-idea baharu yang bernas serta penyelesaian yang berpotensi daripada rakyat Malaysia," kata Najib dalam blog beliau hari ini.

Perdana Menteri berkata, platform itu akan memberi tumpuan terhadap beberapa topik iaitu kos sara hidup, keselamatan awam, harga hartanah, peranan belia dalam kreativiti dan juga isu-isu yang mempengaruhi kehidupan rakyat.

"Pada masa ini, kurang daripada 10 peratus rakyat Malaysia yang membayar cukai. Oleh itu cabaran utama bagi kita adalah untuk memperluas dan mengubah sumber pendapatan negara bagi memastikan defisit bajet dikekalkan pada paras boleh urus agar perbelanjaan tidak melebihi kemampuan kita," katanya.

Untuk mencapai matlamat ini, beliau berkata, kerajaan perlu memberikan tumpuan terhadap perangsangan pelaburan dalam negeri serta menarik pelaburan asing melalui Program Transformasi Ekonomi.

"Kita sudah pun membuat permulaan yang kukuh di mana LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) tahun lalu telah mengumpul sebanyak RM110 bilion hasil, dan ini membolehkan kita membiayai perkhidmatan-perkhidmatan utama bagi kebajikan rakyat seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) dan baucar buku.

"Bagi mengekalkan momentum ini, kita perlukan semua rakyat Malaysia untuk menyumbang idea mereka, dan oleh itu saya ingin menjemput anda semua untuk turut serta dalam perbincangan Bajet 2013 ini," katanya.

- BERNAMA PM jemput rakyat kemuka idea mengenai Bajet 2013 secara online

1 comment... add one now

lawrence bonifacelawrence boniface 17 July, 2012
disini saya mencadangkan agar pihak kwsp dapat meloggarkan syarat2 bagi pengeluaran dan pinjamn bagi orang yang memerlukan untuk membuat renovasi rumah yang sudah uzur.

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran