PANDUAN TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

Kepada calon yang akan menghadiri temuduga jawatan PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27, boleh mendapatkan
Panduan Lulus Temuduga Kerja kerja di : http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=my



Setem Kad Ucapan Perayaan Tidak Lebih 50g Hanya 50 Sen - Pos Malaysia

on Monday, July 23, 2012

Sempena musim perayaan, Pos Malaysia hanya mengenakan kadar 50 sen bagi mengepos semua kad ucapan perayaan yang tidak melebihi 50 gram ke semua destinasi dalam negara.

Tawaran tersebut akan bermula esok sehingga 16 Feb tahun depan yang meliputiperayaan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina, menurut Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Datuk Khalid Abdul Rahman dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Beliau berkata, tawaran istimewa ini akan membolehkan rakyat Malaysia menghantar lebih banyak kad ucapan kepada sahabat handai dan sanak saudara pada kadar lebih rendah berbanding pos biasa.

"Kadar rata pada musim perayaan itu adalah 16 hingga 28 peratus lebih murah berbanding pos biasa yang beratnya tidak melebihi 50 gram," katanya.

Beliau berkata, orang ramai digalakkan mengepos kad-kad ucapan Hari Raya Aidilfitri sebelum 13 Ogos ini bagi memastikan kad ucapan yang dihantar tiba kedestinasi sebelum sambutan Syawal.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi Pos Malaysiadi talian 1-300-300-300 atau di www.pos.com.my atau mendapatkan maklumat lanjut dengan berkunjung ke pejabat pos berdekatan.

- BERNAMA
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© MY ADHA - JAWATAN KOSONG TERKINI DAN SUMBER MAKLUMAT | Hakcipta Terpelihara 2008 - 2013
D.I.Y Themes ByBelajar SEO