Top Ad 728x90

TM UniFi terus berkembang

KUALA LUMPUR 22 Julai - Perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) Telekom Malaysia Bhd. (TM), UniFi melepasi paras 400,000 pelanggan lebih awal daripada sasaran iaitu pada hujung tahun ini.

Menurut kenyataan, kejayaan itu lebih bermakna apabila ia dicapai dalam tempoh kurang daripada tiga bulan selepas langganan UniFi mencecah 300,000 pelanggan.

Pada masa ini, UniFi ditawarkan di 83 kawasan meliputi lebih 1.222 juta premis termasuk 63 kawasan di Lembah Klang, tiga di Pulau Pinang, dua di Kedah, sembilan di Johor, dua di Melaka, dua di Negeri Sembilan, satu di Perak dan yang terbaru, satu di Terengganu.

TM berkedudukan baik untuk mencapai sasaran 1.3 juta premis sedia dipasang menjelang akhir 2012.

Ketua Pegawai Eksekutif TM., Datuk Seri Zamzamzairani Mohd. Isa berkata, beliau amat gembira kerana perkhidmatan utama TM telah berjaya melepasi paras 400,000 pelanggan seluruh negara.

"Kawasan liputan UniFi semakin meluas, dengan Terengganu menjadi yang terbaru awal bulan ini. Ini terus membuktikan bahawa TM sememangnya adalah pembekal jalur lebar nombor satu negara.

"Kami ingin berterima kasih kepada lebih daripada dua juta orang pelanggan kami kerana terus mempercayai dan ia juga dicapai tidak lama selepas TM menerima pengiktirafan Anugerah Reader's Digest 2012 Jenama Dipercayai dan Anugerah 2012 Frost & Sullivan Asia Pacific ICT Fixed Broadband Provider of the Year," katanya.

Tambah Zamzamzairani, perkhidmatan UniFi mereka terus menerima sambutan hangat, melepasi sasaran yang ditetapkan, iaitu lima bulan lebih awal daripada yang dijangkakan.

"Perkembangan terbaru ini merupakan petanda baik bagi TM dan kami menjangkakan momentum ini akan berterusan. Perkhidmatan ini juga terus menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa, yang terbaru apabila Informa Telecoms & Media menyatakan bahawa Malaysia mendahului dalam revolusi Rangkaian Jalur Lebar Negara di Asia Pasifik dengan pelaksanaan HSBB, menewaskan Singapura dan Australia.

"Ini bertepatan dengan komitmen kami sebagai peneraju jalur lebar di Malaysia dengan semakin ramai pelanggan yang meletakkan kepercayaan mereka kepada TM kerana jalur lebar adalah kepakaran kami," jelasnya.

UniFi merupakan perkhidmatan tiga serangkai pertama dengan nilai terbaik di Malaysia yang terdiri daripada Internet berkelajuan tinggi, video (Televisyen Protokol Internet atau IPTV) dan suara, dengan kelajuan dari 5Mbps sehingga 20Mbps menerusi teknologi fiber (Fibre-to-the-Home atau 'FTTH').

HyppTV - perkhidmatan TV berbayar terbaru di Malaysia - boleh ditonton tanpa mengira keadaan cuaca menerusi pakej-pakej kediaman UniFi.

Pada masa ini, HyppTV menawarkan 90 saluran (termasuk 13 saluran HD) kepada pelanggan yang terdiri daripada 19 saluran percuma, 36 saluran premium, 17 genre Video-On-Demand (VOD) dan 18 saluran interaktif.

Semua pakej UniFi turut disertakan dengan akses WiFi di lebih daripada 23,000 lokasi TM WiFi seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai UniFi, layari www.tm.com.my

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90