Top Ad 728x90

, ,

Wang kertas baru dikeluarkan mulai 16 Julai 2012


Wang kertas siri baru akan berada dalam edaran mulai Isnin ini, 16 Julai 2012.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berkata, wang kertas baru tersebut adalah sah diperlakukan dan akan diedarkan bersama dengan wang kertas sedia ada.

“Wang kertas sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur dan orang ramai boleh mendapatkan wang kertas baru ini melalui urusniaga biasa mereka," katanya.

Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang kertas terbaru itu.

Ia turut menampilkan teknologi wang kertas yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air (watermark) dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna.

Golongan kurang upaya penglihatan boleh menggunakan ciri khusus seperti pengenalpastian secara sentuhan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.

Wang kertas siri baru ini terdapat dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.

BNM mengingatkan semua pihak berkaitan untuk mempercepat pengubahsuaian mesin mereka agar dapat menerima wangkertas siri baru itu untuk kemudahan orang ramai.

- UTUSAN

2 Comment:

  1. wang kertas rm100,rm50 yang lama warga miskin belum dapat mencium jauh sekali dapat memegangnya, keluar pulak wang kertas yang baru.nampak gayanya jurang warga miskin ngan yang kaya umpama orang miskin mendongak kelangit untok melihat mahligai orang kaya.inilah wasatiyyah satu malaysiaku yang miskin akan terus mendonggak memohon yang kaya tak hirau pun nak menjengah kebawah.

    BalasPadam
  2. yea!! hari ini..sape nak bagi saye wet baru..dialu-alukan

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90