1.5 Juta Pelajar IPTA Bakal Nikmati Kad Diskaun Siswa 1Malaysia

Seramai 1.5 juta pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan menikmati kemudahan potongan harga sehingga 60 peratus ketika membeli-belah di pasaraya dan kedai terpilih apabila Kad Diskaun Siswa 1Malaysia dilaksanakan September ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penuntut akan mendapat potongan harga 10 hingga 60 peratus di 100 buah kedai terpilih termasuk pasaraya, kedai sukan, kedai cermin mata, kedai buku, kedai makanan segera dan sebagainya dengan kad tersebut.

"Kad tersebut bertujuan bagi meringankan bebanan para pelajar di samping membolehkan mereka membeli-belah dengan harga murah dan berpatutan mengikut kemampuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan wang pembiayaan pendahuluan (WPP) kepada 182 pelajar di kawasan Parlimen Bera yang berjaya ke institusi pengajian tinggi pada Sabtu.

Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera berkata pihaknya juga sedang berunding dengan Syarikat Penerbangan Malaysia dan AirAsia untuk membolehkan kedua-dua syarikat terbabit memberikan potongan harga kepada pelajar.

Katanya usaha turut diusahakan bagi menarik minat Keretapi Tanah Melayu, bas ekspres dan lain-lain syarikat korporat menyertai skim itu.

Beliau memberi jaminan penggunaan kad diskaun tersebut mempunyai ciri keselamatan tersendiri yang tertera pada kad metrik pelajar dan sah laku penggunaannya sehingga tamat pengajian mereka.

Menurut Ismail Sabri, pelajar yang terlibat dengan skim itu meliputi pelajar yang sedang menuntut di Institusi Pendidikan Guru, politeknik dan matrikulasi.

Katanya setakat ini skim tersebut hanya terhad kepada golongan mahasiswa dan tiada cadangan diperluaskan kepada pelajar sekolah.

- BERNAMA 1.5 Juta Pelajar IPTA Bakal Nikmati Kad Diskaun Siswa 1Malaysia

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran