PAKEJ PANDUAN DAN TIPS MENJAWAB SOALAN TEMUDUGA JAWATAN SPA

Kepada calon yang akan menghadiri temuduga jawatan PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27 dan jawatan SPA yang lain, boleh mendapatkan
Panduan Lulus Temuduga Kerja kerja di : http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=my



50,000 pelajar politeknik diberi kelonggaran

on Friday, August 10, 2012

PUTRAJAYA 7 Ogos - Sebanyak 50,000 lepasan sijil politeknik dan kolej komuniti dibenar Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) memulakan pengajian peringkat diploma mereka dari semester ketiga.

Ketua Pengarah Jabatan pengajian Politeknik (JPP) Mejar (K) Md. Nor Yusof berkata, dengan kemasukan secara "point of entry" itu, lulusan tidak perlu memulakan pengajian dari semester pertama sebagaimana biasa.

Mereka diberi kelonggaran itu mulai sesi Jun ini dan dilaksanakan hingga 2014, katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Langkah itu kata, beliau membolehkan pelajar mengikuti pengajian tahap diploma selama empat semester sahaja berbanding enam pada kebiasaannya.

Md. Nor berkata keputusan MQA itu adalah susulan permohonan khas JPP yang mahu memastikan kebajikan lulusan sijil politeknik dijaga. "Perubahan ini perlu dilakukan bagi memastikan graduan politeknik dapat memenuhi kehendak industri dan sesuai dengan keperluan pasaran kerja semasa," katanya.

Menerusi "point of entry", kredit peringkat sijil pelajar dipindahkan terus kepada peringkat diploma untuk bidang yang sama, sekali gus memendekkan masa pengajian pelajar terbabit.

Md Nor berkata, pihaknya telah mengeluarkan garis panduan pelaksanaannya kepada semua 30 politeknik di negara ini.

— BERNAMA
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© MY ADHA - JAWATAN KOSONG TERKINI DAN SUMBER MAKLUMAT | Hakcipta Terpelihara 2008 - 2013
D.I.Y Themes ByBelajar SEO