Top Ad 728x90

,

Awasi pihak salah guna surat akuan Bank Negara

Bank Negara Malaysia memberi amaran kepada orang ramai supaya berwaspada dengan syarikat atau individu yang menyalahgunakan surat perakuannya untuk mendapatkan pelaburan dalam skim kewangan membabitkan emas dan logam berharga lain.

Amaran itu dikeluarkan selepas bank pusat itu menerima banyak pertanyaan berhubung syarikat yang mendakwa sebagai institusi berjadual dengan Bank Negara yang membolehkan mereka menerima pelaburan orang ramai.
“Bank Negara ingin menegaskan bahawa di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, sesebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pemajakan, pemfaktoran, kewangan pembangunan atau kredit, hanya menerima perakuan bertulis daripada kami.

“Surat perakuan itu yang dikeluarkan oleh kami bukan lesen perniagaan atau kelulusan Bank Negara terhadap perniagaan berjadual seperti dinyatakan dalam surat perakuan terbabit, atau apa juga perniagaan lain yang dijalankan oleh institusi terjadual berkenaan,” katanya.

Bank Negara menegaskan, senarai institusi berjadual yang mendapat perakuan daripada Bank Negara disimpan bagi tujuan perangkaan semata-mata.

Maklumat lanjut

“Jika sesebuah institusi berjadual sudah tidak lagi menjalankan perniagaan berjadualnya, Bank Negara akan menarik balik Surat Perakuan berkenaan,” katanya.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk kepada Peringatan Semua Pengguna Kewangan yang terdapat di laman web Bank Negara di www.bnm.gov.my.

Senarai peringatan itu dikumpulkan berdasarkan pertanyaan orang ramai ke atas Bank Negara terhadap modus operandi dan kegiatan sesebuah individu atau entiti perniagaan.

Ia juga mengandungi maklumat kesan berurusan dengan individu tidak bertauliah, jenis kegiatan dan modus operandi biasa yang digunakan oleh pengendali aktiviti haram termasuk menawarkan produk atau perkhidmatan melalui laman sesawang.

Senarai itu mempunyai pautan ke laman sesawang pengawal selia lain seperti Suruhanjaya Sekuriti (SC), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Peringatan Semua Pengguna Kewangan boleh menghubungi Bank Negara di BNMTELELINK: 1-300-88-5465.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90