Top Ad 728x90

Majikan Dinasihat Periksa Ijazah Pekerja

Majikan dinasihat membuat pemeriksaan terhadap latar belakang bakal pekerja mereka bagi mengelak daripada mengambil kerja mereka yang memiliki ijazah palsu.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung menegaskan terdapat laporan mengenai kes penjualan ijazah palsu termasuk yang dikeluarkan oleh universiti asing yang tidak wujud serta ijazah palsu yang kononnya dikeluarkan oleh universiti tempatan.

"Saya nasihatkan majikan supaya melakukan pemeriksaan terhadap latar belakang pekerja jika mempunyai alasan kukuh yang mereka mungkin memiliki ijazah palsu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Bandar Sunway.

Sementara itu, Timbalan Pendaftar Unit Perhubungan Awam Universiti Sains Malaysia (USM) Mohamad Abdullah berkata universiti itu sentiasa menjalin hubungan baik dengan para majikan.

"Terdapat majikan yang menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat mengenai bakal pekerja mereka tetapi kebanyakannya ialah syarikat Singapura. Syarikat tempatan ada berbuat demikian tetapi tidak banyak," katanya.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90