Top Ad 728x90

,

PAS Akan Tanding Di 70 Kerusi Parlimen

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, partinya akan bertanding di sekurang-kurangnya 70 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang dan sudah pun hampir selesai mengenalpasti calon-calonnya.

Kata Mohamad Sabu lagi, sebahagian besar calon PAS untuk kerusi parlimen adalah terdiri daripada teknokrat atau golongan profesional.

Bercakap dalam satu temuramah dengan portal berita Malaysian Insider, Mohamad Sabu menambah, sehingga kini sudah hampir 90 peratus isu pembahagian kerusi telah pun diselesaikan dengan anggota komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain iaitu DAP dan PKR.

Pada pilihan raya umum 2008, PAS bertanding di 66 kerusi daripada keseluruhan 222 buah kerusi Dewan Rakyat dan menang 23.

Jelas Mohamad Sabu, ramai muka baru akan diletakkan bertanding di Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Selangor.

PAS berazam untuk menambah peruntukkan kerusi mereka dengan harapan akan berpeluang untuk memenangi lebih banyak kerusi dan mengepalai PR ke Putrajaya.

Buat masa ini mereka berada di kedudukan ketiga selepas PKR yang mempunyai 27 kerusi dan DAP, 28.

Menurut Mohamad Sabu lagi, hanya tinggal kerusi di Sabah dan Sarawak sahaja yang masih belum selesai dan masih dirunding.

Portal berita itu juga melaporkan yang Mohamad Sabu sendiri akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang, iaitu kerusi yang suatu ketika dahulu pernah disandang oleh presiden parti Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Dan bagi memberi laluan kepada Mohamad Sabu, penyandang kerusi itu sekarang, Dr Mohd Hayati Othman, dilaporkan akan bertanding kerusi dewan undangan negeri.

- MSTAR

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90