Top Ad 728x90

, ,

Pengeluaran KWSP Kekal Pada Usia 55 Bagi Swasta

Usia untuk pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi sektor swasta masih pada 55 tahun, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata kerajaan belum bercadang mengubah peraturan itu pada masa ini, sekalipun usia persaraan untuk pekerja sektor tersebut dilanjutkan daripada 55 kepada 60 tahun berkuat kuasa Januari depan.

"Lanjutan daripada keputusan kerajaan melanjutkan umur bersara swasta, ada ura-ura mengenai pengeluaran KWSP dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 60. Pada peringkat ini kerajaan tidak bercadang melaksanakan sistem itu," katanya kepada pemberita, di sini Sabtu.

Beliau sebelum itu menyampaikan sumbangan kain jubah, kurma, dan air zamzam kepada anggota jawatankuasa masjid bagi kawasan parlimen Tambun, di sini.

Mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Ahmad Husni berkata perkara itu adalah antara aspek yang diteliti dalam Belanjawan 2013.

"Keputusan (pemberian kedua) tertakluk bahawa perbelanjaan mengurus mesti dibiayai hasil pendapatan kerajaan, yang mana hasil itu mesti melebihi perbelanjaan mengurus," katanya.

Beliau juga berkata belanjawan kali ini bertumpu kepada aspek inisiatif mengurangkan beban rakyat ekoran peningkatan kos sara hidup yang berpunca daripada kenaikan harga barang makanan.

Ahmad Husni kemudian meluangkan masa menziarah pemberita sambilan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Tajul Safuan Abu Hassan yang dirawat di KPJ Ipoh Specialist di sini selepas mengalami 'congestive heart failure'.

Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Tajul Safuan yang kini beransur pulih.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90