Pos Malaysia lancar perkhidmatan pajak gadai Islam, Arrahnu@POS

BANGI 8 Ogos - Pos Malaysia Berhad hari ini melancarkan satu lagi perkhidmatan iaitu pajak gadai Islam di bawah jenama ArRahnu@POS, yang merupakan pilihan perkhidmatan mudah, mematuhi aspek Syariah dan bagi menukar barang kemas kepada bentuk wang tunai.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D"Cruz yang melancarkan perkhidmatan itu di sini hari ini berkata, ia bakal memberi faedah terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan peniaga kecil yang memerlukan sumber pembiayaan segera, mudah dan pada kadar yang berpatutan.

"Pos Malaysia merupakan sebuah agensi di bawah kementerian, jadi orang ramai lebih yakin kerana kerajaan secara tidak langsung terlibat dalam menjamin keselamatan barang kemas yang disimpan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan itu di cawangan Pos Malaysia Bandar Baru Bangi.

Maglin berkata, buat masa ini dua cawangan menawarkan perkhidmatan tersebut iaitu di sini serta di Kuala Terengganu yang telah memberi pinjaman wang berjumlah lebih RM600,000 sejak beroperasi Julai lalu.

- UTUSAN Pos Malaysia lancar perkhidmatan pajak gadai Islam, Arrahnu@POS

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran