PAKEJ PANDUAN DAN TIPS MENJAWAB SOALAN TEMUDUGA JAWATAN SPA

Kepada calon yang akan menghadiri temuduga jawatan PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27 dan jawatan SPA yang lain, boleh mendapatkan
Panduan Lulus Temuduga Kerja kerja di : http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=my





Tamrin Ghafar Sertai PAS

on Sunday, August 12, 2012


PETALING JAYA: Anak bekas Timbalan Menteri Tun Ghafar Baba Datuk Mohd Tamrin Ghafar Baba menjadi ahli Umno veteran kedua meninggalkan parti itu dalam bulan Ramadan tahun ini apabila beliau menyertai PAS secara rasmi pada Sabtu, malam.

Beliau menyerahkan borang keahlian seumur hidup kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis yang diadakan di Taman Melewar, Gombak.

Akhir Julai lalu, bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan meninggalkan Umno.

Tamrin sebelum ini sering dilihat hadir ke program anjuran PAS sebelum memutuskan meninggalkan Umno.

Beliau juga pernah mendakwa Umno semakin hilang arah daripada perjuangan asal.

Sebelum ini beliau pernah menjadi ahli Parlimen Batu Berendam Melaka (kini Bukit Katil) dari tahun 1986 sehingga 1995 dan pernah memegang jawatan pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Tamrin ketika dihubungi mStar Online, Sabtu, enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut sehinggalah beliau menghantar borang keahliannya malam tadi.

Bapanya, Ghafar, adalah orang kuat Umno yang bersama parti itu semenjak zaman pemerintahan perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, dan pernah menjadi ketua menteri Melaka di zaman bapa kemerdekaan Malaysia itu.

Pada 26 Jun lalu, Tamrin telah diminta oleh jawatankuasa disiplin Umno untuk menghantar surat tunjuk sebab kerana mengkritik kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak secara terbuka.

- MSTAR
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© MY ADHA - JAWATAN KOSONG TERKINI DAN SUMBER MAKLUMAT | Hakcipta Terpelihara 2008 - 2013
D.I.Y Themes ByBelajar SEO