Bajet 2013: Bakal Pegawai ATM Disyarat Ada Ijazah Sarjana Muda Kepujian

 Individu yang berminat untuk menjadi pegawai dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disyaratkan memiliki kelulusan ijazah sarjana muda kepujian dalam mana-mana bidang sebelum menyertai pasukan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu,berkata syarat baharu itu bertujuan memastikan ATM mempunyai modal insanberpengetahuan dan berkemahiran tinggi sesuai dengan keperluan semasa duniaketenteraan.

Ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, Najib berkatakerajaan juga menetapkan bagi askar laskar, kelayakan masuk minimum turut ditingkatkan ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma berdasarkan skop dan bidang tugas.

Terdahulu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempraktik syarat kemasukansebagai pegawai dalam pasukan itu perlu memiliki kelulusan sekurang-kurangnyaijazah sarjana muda dalam mana-mana bidang bermula tahun lepas.

Sebelum ini pegawai yang dilantik ke dalam pasukan ATM hanya memegang SPMatau setaraf dengannya.

Perdana Menteri berkata keunikan dalam perkhidmatan ATM juga diambil kiradan untuk itu kerajaan bersetuju meningkatkan peluang kenaikan pangkatanggotanya melalui kaedah 'time-based' di mana anggota berpangkat prebet bolehdinaikkan ke pangkat Lans Koperal dan Lans Koperal ke Koperal dalam tempoh lapantahun.

Najib berkata kenaikan pangkat itu juga turut mengambil kira prestasi sertasyarat-syarat tertentu yang telah dipenuhi anggota berkenaan.

Beliau berkata penambahbaikan skim perkhidmatan ATM juga bagi membolehkansetiap anggota meningkatkan peluang memajukan diri dalam kerjaya selainmemotivasikan anggota ATM.

"Usaha ini akan memberi faedah kepada seramai 78,123 anggota dan melibatkanperuntukan sebanyak RM107 juta," katanya.

- BERNAMA

Bajet 2013: Bakal Pegawai ATM Disyarat Ada Ijazah Sarjana Muda Kepujian

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.