Top Ad 728x90

,

Bajet 2013: Bantuan Pelajar RM100 dan Baucer Buku RM250 diteruskan

Kerajaan amat prihatin terhadap kebajikan pelajar terutama mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah. Kerajaan sentiasa menyediakan peruntukan khusus kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang merangkumi bantuan geran per kapita, bantuan makanan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, pembelian buku teks dan bantuan bayaran tambahan persekolahan. Untuk ini, sebanyak 2.6 bilion ringgit diperuntukkan pada tahun 2013.

Pada pembentangan Bajet 2012, kerajaan telah mengumumkan bantuan persekolahan 100 ringgit kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah. Bagi meringankan beban persekolahan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, Kerajaan sekali lagi akan meneruskan pemberian bantuan persekolahan 100 ringgit kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Bantuan ini akan dibayar mulai Januari 2013 dan bermanfaat kepada 5.4 juta pelajar melibatkan peruntukan sebanyak 540 juta ringgit.

Kerajaan akan meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar IPT dan pra-universiti. Suka saya mengumumkan, bahawa nilai baucar akan ditingkatkan daripada 200 ringgit kepada 250 ringgit. Langkah ini melibatkan peruntukan 325 juta ringgit dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara.

Kerajaan juga amat prihatin akan bebanan kos pendidikan tinggi anak-anak. Bagi membantu meringankan tanggungan kewangan ibu bapa, Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai sedia ada bagi pendidikan tinggi anak-anak sebanyak 4,000 ringgit seorang sekarang ini, dinaikkan kepada 6,000 ringgit mulai tahun taksiran 2013. Langkah ini menunjukkan komitmen dan tumpuan Kerajaan ke atas pelaburan bagi meningkatkan tahap pendidikan generasi muda yang akan memberi manfaat kepada negara pada masa hadapan.

- BERNAMA

8 Comment:

  1. maaflah, nak menyampuk sedikit. ramai pelajar universiti merasakan baucar buku ini sering diedarkan pada waktu yang kurang sesuai. pelajar universiti bukan seperti pelajar sekolah yang urusan pembelian buku boleh dibuat di mana-mana sahaja dan tajuk tidak sekompleks pelajar universiti. kalau pelajar tersebut silap beli, habislah. ada yang gunakan baucar ini untuk membeli novel dan barangan yang mereka kira tidak diperlukan pun untuk urusan pembelajaran di universiti. seolah-olah kerajaan sekadar membazirkan duit sahaja. bukankah lebih elok sekiranya baucar ini diedarkan dalam minggu pertama atau kedua kemasukan pelajar ke semester baru?
    :) renung2kan..

    yvonette lim ky lyn

    BalasPadam
  2. Nama saya Muhammad Najib bin Hassan. saya inign menanyakan bilakah tarikh bagi bantuan RM100 kepada Sekolah menengah? Sekolah saya berada di kawasan Hulu Langat selangor

    BalasPadam
  3. bila tarikh baucer buku diagihkan ke setiap universiti?

    BalasPadam
  4. salam.. sy nor artikah husin.. knapa masih sekarang kami pelajar poly tech mara kl masih xdpt baucer bku rm250 n kad siswa?

    BalasPadam
  5. assalamualaikum.. sy nurazlin jamil ingin bertanya.. perlu ke hadkan 80% baucer tuh tok buku ilmiah & 20% tok stationary... utk ipt laen mybe diorg untung ley bli buku tok blaja.. tp kami dr UiTM dah tgh sem.. buku sume dah ada,, tok buat assignment kitorang perlukan a4 paper, test pad, pen & sbagainya... so kalu 20% aka rm 50 tok stationary mcm x cukup... 1 bundle test pad tu paling murah pon rm10.00 ke atas... nak save baucer tok bli buku tok next sem, da tamat tempoh la plak baucer tuh... na bli next sem punya buku sekarang, x pasti na bli buku ape... so, perlu ke hadkan penggunaan baucer itu..? tp na buat mcm mana... dah nama pown baucer buku kan... tp sbb ni la saya rasa lagi ramai takkan tebus baucer tu... (ini hanya pandangan saya)

    BalasPadam
  6. kenapa pelajar kolej komuniti tidak diberi bantuan baucer buku ini ?? mohon pihak kerajaan mengambil tindakan

    BalasPadam
  7. assalaualaikum..saya norisa, pelajar pra-u, ingin menanyakan bilakah pelajar2 pra-u akan dapat baucer buku? kami sangat memerlukan banyak alat2 tulis dan keperluan lain untuk belajar dan melaksanakan pbs. ramai ibu bapa sering bertanya bilakah akan dapat baucer tersebut kerana ramai antara ibu bapa pelajar sekolah kami berpendapatan rendah. br1m pun x dpt membantu dgn banyak..terima kasih (tawau)

    BalasPadam
  8. sy muhamie hafizan dri melaka dn bljr di M.E.A technologi centre negeri sembilan...thun lpas bntuan baucer sy x dpt oleh phak kolej dengan mengatakan tidak layak dan sebagainyer...kli nie sy rsau prkra yg smer akn berulang...boleh sy tahu dimana untk membuat sebarang prtanyaan dan tindakan..susulan tentang kes sy ini...

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90