Bajet 2013: Guru menganggur dapat perhatian

Nasib 10,200 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang sehingga kini masih belum ditawarkan pekerjaan sebagai guru akan diketahui pada pembentangan Bajet 2013, 28 September ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan sesuatu yang akan mengubah nasib mereka.

Jalan penyelesaian

Kementerian akan mencari penyelesaian masalah ini, bagaimanapun graduan perlu bersabar menantikan pengumuman itu.

Semoga ada berita gembira, katanya pada sidang media selepas merasmikan Politeknik Nilai, di Nilai, semalam. Politeknik ke-23 itu ditubuhkan pada April 2007.

Sebelum ini, media melaporkan, 13,000 graduan pendidikan yang mengajar Sains dan Matematik di seluruh negara mula menerima kesan penurunan pelajar mengambil jurusan berkenaan sehingga ada yang terpaksa mengikuti latihan semula subjek lain.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, Politeknik Premier iaitu Politeknik Ungku Omar, Perak; Politeknik Johor Bahru (Johor) dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Selangor akan menyediakan lebih 10 program pengajian peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan.
Beliau berkata, program itu akan dilaksanakan sama ada secara berkembar atau anugerah bersama dengan institusi lain atau program pengajian yang dibangun dan dilaksanakan oleh politeknik.

Penambahan program ijazah di politeknik dibuat kerana permintaan lepasan pelajar politeknik ke institusi pengajian tinggi (IPT) semakin ramai. Daripada 12,000 permohonan hanya 3,000 saja diterima.

Selain itu, dengan adanya lebih banyak program, usaha mengiktiraf politeknik menjadi universiti yang menawarkan program berasaskan kemahiran pasti dapat direalisasi, katanya.

- BERITA HARIAN Bajet 2013: Guru menganggur dapat perhatian

2 comments.. read them below or add one

Najiah Shaharain Najiah Shaharain 21 September, 2012
NAJIAH BT SHAHARAIN: ada jugak graduan yg ambik kursus penguruan tidak mendapt tempat dlm bidang perguruan yer..?dan bagaimana pula nasib graduan yang bukan dalm bidang perguruan ..tetpi berminat utk menjadi seorg guru..?
AnonymousAnonymous 21 September, 2012
saya NURULSAIDA RoSLINDA...berminat sangat nak tahu berkaitan kerjaya sebagai guru KAFA khasnya di WILAYAH PERSEKUTUAN KL..apakah akan mendapat pembelaan yang sewajarnya?

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.