Top Ad 728x90

Felda tampung kos pinjaman PTPTN

Felda akan menampung sebahagian kos pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diberikan kepada anak-anak peneroka Felda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, keputusan tersebut adalah sebahagian langkah Felda untuk memperluaskan peranan agensi berkenaan sesuai dengan prinsip berkongsi kekayaan.

Beliau berkata, Felda dijangka memperuntukkan RM15 juta bagi menampung kos berkenaan untuk tahun pertama.

“Felda bersetuju untuk berkongsi beban pembiayaan PTPTN dengan menampung sebahagian kos pinjaman yang diberikan khusus untuk anak-anak Felda dan sebahagian lagi dibiayai PTPTN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri di Kampung Tasik Tok Lebai di Besut semalam.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.

Menurut Najib, keputusan Felda itu juga dapat membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan selain mencerminkan kejayaan Felda khususnya dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) dalam Bursa Malaysia.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan keputusan Felda untuk memperluaskan skim latihan kemahiran yang dianjurkan oleh agensi itu kepada anak-anak bukan peneroka Felda.

Katanya, seramai 2,000 peserta akan diberi peluang untuk mengikuti kursus-kursus latihan dan kemahiran seperti program di bawah skim Malaysia Airlines (MAS) yang menawarkan kursus kejuruteraan penyenggaraan pesawat serta institusi-institusi lain.

- KOSMO!

1 Comment:

  1. Adakah sebahagian kos pinjaman PTPTN yang ditampung FELDA ini melibatkan anak-anak FELDA yang telahpun menamatkan pengajian tetapi masih mempunyai baki pinjaman dengan pihak PTPTN?

    >SHAKIROH SHAWAKIR BINTI SALLEH<

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90