Hati-Hati Dengan Ubat Palsu Yang Boleh Membunuh

Beberapa ubat palsu yang dijual di negara ini adalah berbahaya dan boleh membunuh, menurut Kementerian Kesihatan.

Bahagian penguatkuasaan farmasi berkata, satu rang undang-undang sedang digubal untuk meningkatkan hukuman bagi penjualan ubat-ubat palsu.

Pengarah bahagian, Mohd Hatta Ahmad berkata, ubat perangsang seks, penahan sakit dan campuran ubat batuk merupakan antara ubat yang dipalsukan dan dijual pada harga lebih murah berbanding yang asli.

Beliau memberitahu The Star bahawa bahagian itu mendapati ubat palsu dan seumpamanya seperti ubat titis mata, pencegah kuman dan demam, turut dijual di gerai tepi jalan dan kedai perubatan tradisional.

Beliau berkata, produk palsu berkenaan telah dirampas sama ada ia dihasilkan secara tempatan atau dibawa dari negara-negara seperti Indonesia, Thailand, Filipina, India dan China.

Mohd Hatta memberi amaran bahawa memakan ubat perangsang seks palsu yang mengandungi ‘slidenafil’, ‘tadafil’ dan ‘verdanafil’ atau ubat pelansing yang mengandungi ‘sibutramine tanpa pengawasan yang betul daripada doktor perubatan’ boleh mengakibatkan kesan yang serius.

“Ubat palsu ini juga boleh mengakibatkan kematian kerana ia memusnahkan organ-organ penting badan dan dilaporkan turut menyebabkan gangguan mental,” katanya.

Mohd Hatta menegaskan bahawa semua produk farmaseutikal mestilah berdaftar dengan kementerian sebelum ia boleh dipasarkan.

Mengenai rang-rang undang baru itu, Mohd Hatta berkata, ia akan menentukan dengan jelas tentang produk perubatan palsu dan mengenakan hukuman 10 kali lebih daripada hukuman semasa.

Berdasarkan statistik bahagian itu menunjukkan penjualan ubat-ubatan palsu tidak meluas, dan kebanyakkannya melibatkan di luar kaunter dan ubat preskripsi untuk kepentingan tertentu seperti Viagra dan Cialis.

“Kajian baru-baru ini mendedahkan kelaziman ubat-ubatan palsu adalah antara 3 peratus dan 6 peratus di pasaran,” kata Mohd Hatta.

- MSTAR Hati-Hati Dengan Ubat Palsu Yang Boleh Membunuh

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.