iPhone 5 tampil skrin besar


Apple kelmarin melancarkan iPhone 5, model terbaru yang ditampilkan dengan skrin lebih besar tetapi lebih tipis dan dijangka meneruskan legasi kegemilangan telefon pintar ikon yang diperkenalkan syarikat teknologi itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, berkata pelancaran itu adalah antara perkara terbesar pernah terjadi kepada iPhone sejak iPhone dilancarkan.
Syarikat teknologi berpangkalan di California itu menyifatkan iPhone 5 sebagai telefon pintar ternipis di dunia, apabila kerangka badan hasil gabungan aluminium dan kaca menjadikannya 18 peratus lebih tipis dan 20 peratus lebih ringan berbanding iPhone 4S.

Varian terbaru itu dipadankan paparan 10 sentimeter (empat inci) yang mana dalam segmen telefon pintar, saiz paparan adalah antara yang ciri penting dipertimbangkan pembeli, kata Naib Presiden Kanan Nielsen, Jeff Wender.

Dapat sambutan hangat

Pada majlis pelancaran yang mendapat sambutan hangat di sini, ketua pemasaran Apple, Phil Schiller bangga dengan model terbaru itu yang dianggapnya sebagai permata sejati.

Apple akan mula menerima tempahan mulai hari ini dan penghantaran akan dibuat mulai 21 September di Amerika Syarikat, Kanada, Britain, Perancis, Jerman, Australia, HOng Kong, Singapura serta Jepun dan telefon pintar itu akan berada di 100 negara menjelang hujung tahun ini.
iPhone 5 akan dijual kepada kalangan pelanggan di Amerika Syarikat pada harga pakej bermula AS$199 (RM610) dan diikat kontrak dua tahun dengan pengendali telekomunikasi.

Schiller berkata, iPhone yang lebih tinggi itu akan didakap kemas dalam gengaman dan secara semula jadi dijajar dengan ibu jari bagi mewujudkan kelestarian dengan rangkaian internet lebih laju dikenali LTE.

Apabila anda membawa telefon, ia seharusnya berada kemas dalam gengaman. Itulah yang kami buat dalam rekaan iPhone 5. Setiap yang anda lakukan kelihatan serba kena di atas paparan yang lebih lebar, katanya.

- BERITA HARIAN

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.