Top Ad 728x90

,

Kementerian Kewangan lancar mytradelink

Kementerian Kewangan melancarkan portal kemudahan dagangan terbaharu, mytradelink bagi menghubungkan komuniti perdagangan dengan agensi kerajaan dan perniagaan yang terlibat dalam dagangan dan logistik global. Portal itu boleh dilayari di: http://www.mytradelink.gov.my

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, portal itu merupakan inisiatif kerajaan yang diterajui oleh kementerian berkenaan dan dikendalikan oleh Dagang Net Technologies Sdn. Bhd.

Menurut beliau, mytradelink adalah platform tunggal bagi membolehkan komuniti perdagangan melakukan pertukaran dokumen untuk memenuhi keperluan proses dagangan pengawal selia untuk eksport, import dan transit menerusi Internet.

"Dengan adanya kemudahan portal ini, pertukaran dokumen dagangan antara sektor dagangan awam dan swasta serta komuniti logistik dapat dilaksanakan secara elektronik dengan selamat dan cekap melalui akses tunggal," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran portal itu.

Tambahnya, dengan mytradelink, semua dokumen perdagangan boleh disedia, dihantar dan diluluskan secara dalam talian - seperti transaksi biasa.

Selain itu, mytradelink turut menawarkan hab maklumat perdagangan dan membolehkan pengguna menyelaras aktiviti transaksi.

Terdahulu dalam ucapannya, Siang Chai berkata, kerajaan akan terus menyediakan pelbagai kemudahan perdagangan membolehkan golongan peniaga meluaskan empayar perniagaan ke luar negara.

Menurut beliau, penerokaan perdagangan itu perlu kerana ia bakal memberi sumbangan kepada negara melalui cukai.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90