PANDUAN PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM GRED W41

Kepada calon yang akan menghadapi Peperiksaan Online Jawatan Penguasa Kastam Gred W41 pada 6 Sep 2014 boleh menyertai group : https://groups.google.com/forum/#!forum/penguasakastamw41

Anda akan menerima info dan maklumat terkini melalui e-mail.

Program Asas Vokasional (PAV) diperluas ke 150 sekolah mulai 2014

on Tuesday, September 4, 2012

Program Asas Vokasional (PAV) khusus untuk pelajar Tingkatan Satu yang mendapat keputusan kurang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dilaksana sepenuhnya mulai 2014, membabitkan 4,500 pelajar.

Ia lanjutan kejayaan projek rintis PAV di 15 sekolah terpilih bermula awal tahun ini yang mendapat sambutan menggalakkan ibu bapa, termasuk pelajar berminat menyambung sesi persekolahan dalam bidang vokasional.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata usaha sedang dilakukan untuk memperlengkapkan kemudahan prasarana seperti kelas dan alat pembelajaran supaya perluasan ke 150 sekolah dapat dilaksana.

Usaha sedang dilakukan untuk memperlengkapkan kemudahan prasarana seperti kelas dan alat pembelajaran supaya perluasan ke 150 sekolah dapat dilaksana”. - Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran

Kurang tenaga pengajar

Katanya, kementerian juga sedang membuat permohonan bagi mendapatkan tenaga pengajar yang masih kurang, khususnya bagi mengajar PAV.

“Tahun ini Kementerian Pelajaran Malaysia membelanjakan kira-kira RM29 juta untuk menambah alat dan kelengkapan di 150 sekolah, manakala tambah ruang dilaksanakan tahun depan.

“Dari segi pemilihan pelajar, ketika ini kita utamakan pelajar yang amat memerlukan iaitu kurang baik pencapaian dalam akademik supaya mereka boleh tumpu kepada bidang kemahiran,” katanya kepada BH, semalam.
Program PAV yang dirangka khusus untuk pelajar menengah rendah berusia 13 hingga 15 tahun antara lainnya bertujuan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Pelajar di Tingkatan Satu akan diajar enam bidang asas vokasional antaranya kejuruteraan, pertanian dan ekonomi rumah tangga, manakala pengkhususan dalam 20 bidang pilihan boleh dibuat apabila berada di Tingkatan Dua.

Melalui PAV juga, pelajar ditawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap dua apabila menamatkan pembelajaran Tingkatan Tiga sebelum boleh memilih sama ada mahu ke alam kerjaya atau menyambung pengajian di Giat Mara, Institut Latihan Perindustrian (ILP) atau Kolej Vokasional.

- BERITA HARIAN
Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

zurina m shamsuudin
saya ibu kpd pelajar y mendpt keputusan kurang cemerlang dlm upsr, ingin memasukan ank saya ke tingkatan 1 pav vokasional,saya cari borang dalam web x jumpa, kt mana nk dftr ank pav tgkatan 1 n bila tarikh tutup pndaftaran tuk 2014.TQ


Saturday, November 23, 2013 at 11:35:00 AM GMT+8
hiezam said...

perlu diingatkan, pendidikan vokasional bukan hanya utk murid yang kurang cemerlang. Ianya untuk murid yang ada kecenderungan di bidang teknikal


Saturday, November 23, 2013 at 9:59:00 PM GMT+8

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© INFO PENGUASA KASTAM & JAWATAN KOSONG TERKINI @ MY ADHA | Hakcipta Terpelihara 2008 - 2014
D.I.Y Themes ByBelajar SEO