Top Ad 728x90

Samsung Galaxy Beam - Telefon pintar dengan projektor


TERUS memberi yang terbaik untuk pengguna setia mereka, syarikat teknologi Samsung kali ini memperkenalkan telefon pintar terbaru dengan fungsi projektor.

Samsung Galaxy Beam yang mempunyai ketebalan hanya 12.55 milimeter (mm) merupakan projektor telefon pintar ternipis di dunia menawarkan pengguna pengalaman perkongsian paparan pada bila-bila dan di mana sahaja.

Peranti tersebut mempunyai kelebihan boleh memancarkan paparan dengan kecerahan 15 lumen pada permukaan rata bersaiz sehingga 50 inci daripada jarak dua meter.

Menerusinya, pengguna dapat menonton filem berdefinisi tinggi (HD) dan muzik video, bermain permainan video serta membuat persembahan slide pada skrin lebih besar dan fleksibel.

Bagi menyokong operasi itu, model berkenaan dilengkapi teknologi bateri 2,000 mAh untuk menjalankan fungsi projektor selama lebih kurang tiga jam.

Melalui produk unik ini, pengguna tidak perlu lagi membawa sebarang peralatan sokongan audio visual setiap kali melakukan tugasan luar.

Fungsi pengimejannya pula dilengkapi kamera belakang lima megapiksel bersama lampu flash dan kamera hadapan untuk panggilan video beresolusi 1.3 megapiksel.

Daripada sudut teknikal, peranti tersebut dipacu pemproses dua teras 1 GHz, sistem operasi Android 2.3 Gingerbread dan paparan antara muka responsif.

Anda yang bercadang mendapatkan Samsung Galaxy Beam ini, ia dijual pada harga pasaran RM1,599. Maklumat lanjut, sila layari laman web www.samsung.com/my

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90