SPA: Calon Gagal Diberi Peluang Sekali Lagi



PUTRAJAYA: Kira-kira 46,921 calon yang lulus dalam peperiksaan memasuki perkhidmatan awam dan program pusat penilaian (PAC)tetapi belum berjaya dilantik,masih berpeluang mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkatadaripada jumlah itu 40,424 ialah calon yang lulus peperiksaan dan selebihnya 6,501 calon lulus PAC.

"Calon-calon itu akan dipanggil semula untuk ditemu duga tanpa perlumenduduki peperiksaan atau PAC semula sekiranya terdapat kekosongan," katanyakepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan jawatankuasa khas mengkajipenyertaan kaum Cina dalam perkhidmatan awam di sini, Rabu.

Mahmood berkata peluang itu hanya layak kepada mereka yang lulus peperiksaandan PAC dari tahun 2008 hingga 2012 sahaja.

Sementara itu, Mahmood berkata dua kumpulan terdiri daripada pegawai SPAakan dihantar ke China dan India untuk mendapatkan maklumat mengenai pelantikanpenjawat awam di negara berkenaan. Beliau berkata ia bagi membolehkan SPA mencari kaedah lain bagaimana menarik minat lebih ramai kaum Cina dan India menyertai perkhidmatan awam.

Mengikut statistik untuk Julai dan Ogos 2012 berlaku peningkatan dalampermohonan daripada kaum Cina berbanding bulan yang sama tahun lepas.

Pada Julai sebanyak 3,543 (2012) dan 1,447 (2011) manakala pada Ogos 2,930(2012) dan 1,282 (2011); kaum India pula bulan Julai sebanyak 6,638(2012) dan2,277 (2011),untuk Ogos sebanyak 4,830 (2012) dan 2,472 (2011).

- BERNAMA
SPA: Calon Gagal Diberi Peluang Sekali Lagi

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran