Tablet Nexus 7 mula dipasarkan


Tokyo: Google Inc mula memasarkan tablet Nexus 7 di Jepun sekali gus menghangatkan lagi persaingan dengan Sony Corp.

Sony Corp juga mengeluarkan tablet dengan menggunakan sistem operasi (OS) yang dibangunkan enjin pencarian nombor satu dunia itu.
Susulan hasrat untuk mengembangkan operasi dalam segmen tablet, Google berharap langkah itu menjamin kedudukannya sebagai peneraju perkhidmatan dalam talian khusus untuk pengguna.

Ia katanya, sejajar dengan peningkatan penggunaan tablet sebagai gerbang ke web dan kandungan berasaskan web seperti video dan muzik dalam talian.

Harga jualan bagi tablet 7 inci, 16 megabit yang dilancarkan di Google Play website semalam itu bermula pada harga 19,800 yen (RM765.50).

Mula dipasarkan 2 Oktober

Peranti itu akan mula dipasarkan di rangkaian gedung elektronik menjelang 2 Oktober.
Jepun adalah negara pertama di Asia selain Australia yang mula memasarkan peranti itu.

Berdasarkan lama web Google Play, peranti itu kini sudah pun di pasarkan di beberapa negara lain termasuk Perancis, Jerman, Sepanyol, Kanada, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.

OS Android, milik Google dalam yang digunakan secara meluas dalam telefon pintar dan peranti kini memiliki lebih 500 juta pengguna, kata Pengerusi Eksekutif Google, Eric Schmidt yang menambah beliau menjangkakan mencatatkan pertumbuhan dalam pasaran telefon pintar khususnya di Jepun.

“Ini adalah platform penentuan dan ia akan menentukan pertempuran saingan dalam industri ini,” kata Schmidt dalam sidang media di Tokyo.

- REUTERS  


0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran