Tiada Kenyataan Rasmi Haram Loket Beradioaktif

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LEMBAGA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menafikan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pengharaman pemakaian beberapa loket yang mengandungi radiokatif semula jadi.

Setiausaha Eksekutifnya Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pengharaman barang itu seperti didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) 5 September lalu.

Terdahulu, akhbar menyiarkan kenyataan Presiden CAP S.M. Mohamed Idris yang menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penjualan loket radioaktif oleh sebuah syarikat jualan langsung yang dikatakan mempunyai paras radiasi melebihi tahap dibenarkan.

"LEMBAGA, sebagai pihak berkuasa di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 sedang meneliti perkara ini dengan lebih lanjut bagi menjamin keselamatan orang awam sebelum membuat keputusan muktamad," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang andaian terhadap perkara ini dan bagi sesiapa yang berhasrat menggunakan loket itu, mereka hendaklah merujuk pihak pengeluar terlebih dahulu untuk tatacara pemakaiannya sehingga kenyataan rasmi dikeluarkan pihaknya kelak.

- BERNAMA Tiada Kenyataan Rasmi Haram Loket Beradioaktif

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.