Top Ad 728x90

Tikus dikehendaki hidup atau mati di Terengganu




Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menawarkan saguhati sebanyak RM2 bagi setiap tikus hidup atau mati yang dapat ditangkap penduduk tidak lama lagi.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata langkah itu dibuat bagi memastikan bandar raya ini bebas dari ancaman makhluk perosak itu.

Beliau berkata sehubungan itu, kerajaan negeri akan melancarkan kempen menangkap tikus secara besar-besaran di bandar raya ini.

"Kita buat kempen ini berikutan pemerhatian kita di bandar raya ini haiwan perosak itu menimbulkan ancaman kepada rakyat. Kita bimbang kerana ia boleh membawa penyakit merbahaya seperti kencing tikus.

"Program ini juga dibuat sebagai persiapan sempena Tahun Melawat Terengganu tahun hadapan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di Kuala Terengganu hari ini.

Ahmad berkata kempen itu akan diperluas ke seluruh negeri sekiranya mendapat hasil yang positif daripada kempen tersebut.

"Kita buat percubaan dulu dan bila hasilnya baik, kita lanjutkan tempoh kempen. Selain memastikan bandar raya ini bebas daripada tikus, ini dapat juga beri pendapatan sampingan kepada penduduk di Kuala Terengganu.

"Tak eloklah kalau tikus berkeliaran di dalam restoran dan tempat-tempat awam kerana ia akan membawa penyakit. Ia juga memberi imej buruk kepada bandar raya kita," katanya.

Bagaimanapun Ahmad mengigatkan penduduk supaya berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan yang perlu semasa menangkap haiwan tersebut.

- BERNAMA
 

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90