Top Ad 728x90

UiTM perkenal program pengurusan dan sains halal

Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menjadi universiti pertama memperkenalkan kursus Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dan Sains Halal di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pengenalan kursus itu akan membantu meningkatkan pertumbuhan industri halal negara menerusi penghasilan modal insan yang lebih arif tentang sektor tersebut.

“Graduan yang lahir dari kursus ini nanti akan menjadi penghubung utama antara Halal Development Centre (HDC), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan industri yang memerlukan keperluan halal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Halal Antarabangsa 2012.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang turut hadir, berkata kursus akan ditawarkan di kampus induk di Shah Alam dan dalam proses mendapat kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pengambilan pertama dijangka September depan, membabitkan 30 lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan mengikuti pengajian asasi selama setahun sebelum meneruskan ke peringkat ijazah selama tiga tahun, katanya.

— BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90