30 peratus lepasan SPM cemerlang akan diserap sebagai guru pelatih

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, 30 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan cemerlang dan berminat dengan bidang perguruan akan diserapkan sebagai guru pelatih mulai tahun depan. Menurut Timbalan Perdana Menteri, sebelum ini, mereka yang dipilih adalah dalam kalangan mereka dengan keputusan 6A atau 7A, namun kelayakan itu akan dinaikkan kepada 9A. "Hampir 400,000 menduduki SPM dan kita ambil yang terbaik sekiranya mereka berminat. Hanya 30 peratus yang cemerlang akan dipilih dengan syarat lebih ketat. "Ini sasaran baru supaya guru-guru yang terlatih adalah yang terbaik, kita akan mulakan kriteria ini tahun depan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Perhimpunan Guru Muda 1Malaysia (GM1M) peringkat Zon Selatan di Johor Bahru. Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud dan Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Md. Hasidin Zaini. Muhyiddin turut merasmikan laman Facebook GM1M sebagai medium untuk semua guru muda di negara ini berhubung selain berkongsi pendapat mengenai perkara-perkara berkaitan. Sementara itu, pada sidang akhbar selepas majlis berkenaan, beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya sudah memperoleh data daripada pembentangan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang akan digunakan sebagai asas peningkatan kualiti tenaga pendidik. "Satu perkara yang kita akan tumpukan adalah meningkatkan kualiti pengajaran guru bahasa Inggeris yang kini berjumlah hampir 70,000 orang. Latihan-latihan tertentu telah dibuat dan kita ada piawaian yang akan kita gunakan berdasarkan Cambridge Placement Test sebagai ukuran," katanya. Muhyiddin turut mengumumkan penambahan 25 pembantu guru bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat tahun hadapan sebagai tambahan kepada 50 sukarelawan sedia ada di sekolah-sekolah terpilih. - UTUSAN 30 peratus lepasan SPM cemerlang akan diserap sebagai guru pelatih

3 comments.. read them below or add one

Baby Chello Baby Chello 05 March, 2013
Slm sejahtera Admin. Saya merupakan pelajar SPM 2011. Saya amat meminati bidang perguruan dan amat meminati kursus perguruan lepasan SPM ini..utk pngetahuan, keputusan spm 2011, saya telah mendapat 9A 1B (aliran Sains Tulin), dan saya sangat berminat untuk menjadi guru. Tetapi,saya tidak berjya menempatkan diri dlm KPLSPM pada tahun yang lalu. Adakah saya masih mempunyai peluang untuk memohon semula KPLSPM pada tahun ini? Dan adakah saya juga berpeluang untuk bersaing dengan pelajar cemerlang SPM 2012 untuk menerima tawaran kplspm? Sejujurnya, saya sangat meminati kursus perguruan ini. Saya berharap pihak admin dapat memberikan info tentang pertanyaan saya. Terima kasih.
Baby Chello Baby Chello 05 March, 2013
Slm sejahtera Admin. Nama saya Vianica Jimal. Saya merupakan lepasan pelajar SPM 2011. Saya amat meminati bidang perguruan dan amat meminati kursus perguruan lepasan SPM ini..utk pngetahuan, keputusan spm 2011, saya telah mendapat 9A 1B (aliran Sains Tulin), dan saya sangat berminat untuk menjadi guru. Tetapi,saya tidak berjaya menempatkan diri dlm kplspm pada tahun yang lalu. Adakah saya masih mempunyai peluang untuk memohon semula KPLSPM pada tahun 2013 ini? Dan adakah saya juga berpeluang untuk bersaing dengan pelajar cemerlang SPM 2012 untuk menerima tawaran KPLSPM? Bagaimana dgn ujian M-Test? Sejujurnya, saya sangat meminati kursus perguruan ini. Saya berharap pihak admin dapat memberikan info tentang pertanyaan saya. Terima kasih.
Baby Chello Baby Chello 05 March, 2013
Keputusan SPM penuh saya ialah 3A+, 4A, 2A-, 1B (9A 1B).

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran