Harga Rokok Naik 20 Sen pada 22 Oktober 2012

British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai Isnin, 22 Oktober 2012.

"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat-kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012.

"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata pengarah urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.

Harga baharu rokok, bermula Isnin, 22 Oktober 2012, adalah seperti berikut:

Rangkaian DUNHILL RM10.20

Rangkaian KENT RM10.20

Rangkaian PETER STUYVESANT RM8.70

Rangkaian PALL MALL RM8.70

PALL MALL Biasa RM10.60

BENSON & HEDGES RM10.20

LUCKY STRIKE PLAIN RM10.60

ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.60

- MSTAR Harga Rokok Naik 20 Sen pada 22 Oktober 2012

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran