Hospital Pengajar UniSZA Dijangka Siap 2015 di Terengganu



KUALA TERENGGANU: Hospital pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) berharga RM150 juta dijangka siap pada 2015, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata dengan adanya hospital itu akan membolehkan Unisza menawar program peringkat pasca siswazah seterusnya melahirkan lebih ramai pakar perubatan di negara ini.

"Pada masa ini Unisza mempunyai Fakulti Perubatan dan kerajaan telah bersetuju membina hospital yang boleh memuatkan 100 katil di kampus Unisza Gong Badak. "Pembinaan akan bermula selepas selesai proses (tawaran) tender yang dijangka tamat pertengahan tahun depan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unisza di sini, Isnin.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Unisza, Datuk Zolkipli Abdul dan Naib Canselor Unisza, Datuk Profesor Dr Alias Daud.

Unisza bakal menjadi universiti kelima di negara ini memiliki hospital sendiri selain Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Mohamed Khaled berkata pembinaan hospital itu akan dapat memantapkan lagi peranan fakulti perubatan di Unisza untuk memberi perkhidmatan kepada pesakit.

Mengulas mengenai keperluan pembinaan hospital pengajar di setiap universiti yang mempunyai fakulti perubatan di negara ini, beliau berkata ia bergantung kepada kemampuan kerajaan.

"Kementerian akan mengemukakan permohonan (untuk membinanya) secara berperingkat. Namun (kos pembinaan) hospital ini bukannya murah, ia mahal dan ia bergantung kepada kemampuan kerajaan. "Kerajaan sudah bersetuju membina sebuah hospital pengajar khas untuk kanak-kanak di UKM dan selain itu kerajaan juga sudah membina hospital veterinar di Universiti Putra Malaysia (UPM)," katanya.

Antara universiti yang mempunyai fakulti perubatan tetapi masih belum mempunyai hospital pengajar ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sarawak (UMS), Universiti Malaysia Sabah (Unimas) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

- BERNAMA
Hospital Pengajar UniSZA Dijangka Siap 2015 di Terengganu

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran