Top Ad 728x90

Pasport Baru Lebih Berkualiti Mulai Tahun 2013


Kerajaan memutuskan untuk mengeluarkan pasport dengan struktur baru yang lebih berkualiti iaitu jenis 'Polycarbonate Biodata Page' mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, langkah itu bagi mengatasi masalah teknikal yang seringkali wujud dalam proses pengeluaran pasport.

"Kebanyakan mesin pembuatan dokumen tersebut yang digunakan di pejabat-pejabat imigresen telah berusia lebih lima tahun dan digunakan sejak tahun 2007.

"Kondisi mesin-mesin tersebut kini kerap menghadapi masalah teknikal yang boleh menjejaskan pengeluaran pasport," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, Selasa.

Beliau berkata, orang awam sering berdepan dengan masalah mendapatkan pasport atas faktor tersebut dan terpaksa ke pejabat imigresen lain bagi mendapatkan pasport pada hari yang sama.

Dalam pada itu, Abu Seman berkata, kementerian akan meneliti untuk turutmengurangkan caj bayaran pasport kepada mangsa jenayah yang kehilangan dokumenitu akibat dicuri atau disamun.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada cadangan Fong Poh Kuan (DAP-Batu Gajah).
Fong berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan tersebut sebagaimana warga emas yang mendapat pengurangan diskaun 50 peratus pembayaran pasport dalam Belanjawan 2013 baru-baru ini.  

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90