Rayuan pelabur emas Genneva

Selepas 20 hari kepayahan ekoran tindakan Bank Negara menyerbu syarikat emas Genneva, pertemuan ringkas dengan perdana menteri memberikan kelegaan kepada sebahagian daripada 60,000 pelanggan yang menyimpan jutaan ringgit dalam bentuk logam berharga itu.

Jurucakap Kumpulan Penyokong Genneva M Shanti semalam sempat menemui Datuk Seri Najib Razak sebelum beliau memasuki PWTC di ibu negara untuk mesyuarat Majlis Tertinggi.

"Kami gembira apabila perdana menteri menteramkan kami, beliau beritahu jangan bimbang," kata Shanti.

Menurut Shanti, Najib juga memberitahunya, kerajaan sedia maklum berhubung kes itu dan sedang menelitinya.

Shanti juga menyerahkan surat rayuan yang antaranya menyebut, lebih 240,000 anggota keluarga bergantung kepada hibah dan komisen daripada Genneva.

Operasi serbuan bersama dilakukan ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat sekutunya pada 2 Oktober lalu oleh pihak berkuasa kerana disyaki melakukan kesalahan bawah undang-undang agensi-agensi penguatkuasa berkenaan.

Bagaimanapun, ramai pelabur dan jururunding Genneva merayu agar syarikat itu beroperasi semula kerana penutupannya menjejaskan pendapatan mereka.

Malah, pada 11 Oktober lalu, kira-Kira 1,500 pelabur syarikat itu tampil membuat aduan kepada Pemuda Umno berhubung perkara itu.

- MALAYSIAKINI Rayuan pelabur emas Genneva

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.