Top Ad 728x90

TNB Hentikan Penggantian Meter Buat Sementara Waktu

Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah menghentikan penggantian meter elektrik sehingga satu prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air , Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Ini diputusakan selepas aduan yang diterima daripada pengguna mengatakan bahawa penambahbaikan meter elektro-mekanikal kepada meter digital baru membawa kepada kadar bil elektrik yang tinggi, termasuk caj "retrospektif".

"TNB telah menghentikan operasi untuk menggantikan meter lama dan dalam perbincangan dengan kementerian untuk tampil dengan prosedur operasi standard untuk meningkatkan keyakinan pengguna.

"Operasi masih akan diteruskan tetapi tugas pertama kami adalah mendidik orang ramai mengenai meter baru," katanya selepas melancarkan Konvensyen Antarabangsa Greentechnology Malaysia ke-3 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, Rabu.

Chin, bagaimanapun menambah, penggantian masih dilakukan terhadap meter isi rumah yang rosak dan meter pengguna yang disyaki mengalami kecurian.

Tarif elektrik kekal hingga Jun tahun depan 

Beliau berkata, kerajaan pada awalnya merancang menyemak semula tarif setiap enam bulan, namun Kabinet, yang merupakan pihak berkuasa akhir, menolak pelan itu.

Chin berkata, kementerian berkenaan membentangkan kertas mengenai tarif itu baru-baru ini kepada Majlis Ekonomi Negara.

“Kabinet tidak meluluskannya. Oleh itu saya menjangkakan semakan semula tidak akan dibuat dan tarif kekal pada tahap semasa,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Amalan Terbaik Antarabangsa

- MSTAR

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90