Selasa, Oktober 16, 2012

UTM cipta alat kesan ijazah palsu


Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bakal memasarkan ke luar negara ciptaan perisian yang dikenali sebagai Imbas ARQIS (Academic Record QR Information System) untuk mengesan sijil ijazah palsu.

Penyelidik yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina UTM, Muhammad Zaly Shah Muhammad Hussein berkata, beliau yakin perisian yang pertama seumpamanya di dunia itu mampu menakluk pasaran antarabangsa.

“Sejak mula ia diuar-uarkan, sebanyak empat universiti tempatan termasuk institusi pengajian tinggi swasta sudah menyatakan minat untuk membeli perisian ini.

“Dengan kredibilitinya yang mampu bertindak cepat mengesan sebarang penipuan sijil, saya percaya ia bakal menarik perhatian universiti di peringkat global,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Memperkenalkan Perisian Imbas ARQIS Bagi Mengelak Ijazah Dipalsukan sempena Konvokesyen UTM ke-49 di sini semalam.

Hadir sama ialah Naib Canselornya, Prof. Datuk Zaini Ujang.

- KOSMO!
 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts