Kanak-kanak kurang nutrisi


KALAU bercakap tentang makanan, rakyat Malaysia boleh dikategorikan sebagai amat bertuah kerana mudahnya untuk mendapat makanan.

Walaupun itulah yang dilihat secara kasar, hakikatnya senario itu tidak berlaku di kalangan kanak-kanak.

Satu kajian yang dijalankan oleh Kaji Selidik Nutrisi di Asia Tenggara (SEANUTS) mendapati seorang daripada 10 kanak-kanak di Malaysia menunjukkan simptom tidak cukup zat makanan yang mana ia telah membantutkan tumbesaran mereka.

Bahkan ketinggian yang sepatutnya seiring dengan penambahan usia tidak berlaku pada golongan kanak-kanak yang tidak mendapat zat secukupnya.

Puncanya ialah diet atau cara pemakanan yang tidak baik.

Dapatan ini telah dikongsi oleh ahli panel profesional yang terdiri daripada pakar pemakanan, ahli akademik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kaji selidik itu juga merupakan kerjasama SEANUTS dengan Persatuan Nutrisi Malaysia, UKM dan Friesland Campina bagi mengetengahkan isu kepentingan mengambil makanan berkhasiat.

Kaji selidik tersebut telah berlangsung selama hampir dua tahun melibatkan 3,542 kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun.

Menurut Ketua Program Nutrisi Sains UKM, Prof. Poh Bee Koon, kebanyakan kanak-kanak yang terlibat dalam kajian tersebut mengalami apa yang dikatakan sebagai kelaparan tersembunyi (hidden hunger).

Maksudnya, kanak-kanak tidak mendapat zat yang sepatutnya mereka dapat.

Kajian tersebut juga mendedahkan bahawa satu daripada lima kanak-kanak mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.

Menyedari hakikat itu presiden Persatuan Nutrisi Malaysia, Dr. Tee E Siong berkata, banyak tindakan segera harus diambil.

Katanya, hasil kajian dan dapatan yang diperolehi daripada SEANUT tersebut akan dikongsi bersama pengamal perubatan profesional dan ibu bapa menerusi pelbagai medium dan kempen kesedaran pendidikan yang akan dianjurkan oleh Friesland Campina.

- UTUSAN
 

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran