KWSP Mulakan Kempen Iklan Promosikan Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memulakan kempen pengiklanan untuk menggalakkan lebih ramai ahli untuk mengambil skim Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun.

Skim itu bertujuan memanjangkan simpanan pencarum ke tempoh yang lebih lama memandangkan purata jangka hayat rakyat Malaysia telah meningkat kepada 75 tahun.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata seiring dengan perkembangan negara ke arah status negara maju menjelang 2020 dengan penambahbaikan yang luar biasa kepada status sosioekonominya, rakyat Malaysia kini menikmati jangka hayat yang lebih baik.

"Sehubungan itu, ahli-ahli KWSP dinasihatkan merancang simpanan persaraanmereka dengan lebih berhemat agar kehidupan mereka lebih terjamin dari segi kewangan pada ketika usia emas masing-masing," kata beliau dalam satu kenyataan.

Nik Affendi menggesa agar ahli-ahli tidak mengeluarkan simpanan KWSP mereka pada usia 55 tahun sekali gus tetapi mengeluarkannya menerusi pilihan yang lebih fleksibel.

"Di bawah skim Pengeluaran Fleksibel Usia 55 Tahun, beberapa pilihan ditawarkan bagi membolehkan ahli-ahli menguruskan dengan baik simpanan persaraan masing-masing.

"Ahli-ahli boleh pelbagaikan jumlah kekerapan dan pengeluaran, yang termasuklah pengeluaran sebahagian ataupun bulanan, atau juga boleh meminta gabungan daripada kedua-duanya," kata beliau.

Skim itu akan melindungi ahli-ahli dalam tempoh jangka panjang untuk pendapatan biasa yang konsisten dan sekira berlakunya kecemasan, ahli-ahli boleh mengeluarkan lebih simpanan untuk keperluan segera yang ia perlukan.

- BERNAMA KWSP Mulakan Kempen Iklan Promosikan Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.