Top Ad 728x90

, ,

Obama Catat Sejarah Menangi Pilihan Raya Presiden AS Buat Kali Kedua

WASHINGTON: Barack Obama mencatat sejarah menjadi calon Parti Demokrat yang kedua selepas Bill Clinton berjaya mempertahankan jawatan presiden Amerika Syarikat sejak era Perang Dunia Ke-2.

Beliau menewaskan calon dari Parti Republikan, Mitt Romney.

Berikut adalah keputusan jumlah "Daerah Pemilih" yang telah dimenangi oleh Obama setakat ini. Kesemuanya terdapat 538 "Daerah Pemilih" di seluruh Amerika dan untuk membolehkan seseorang calon diisytiharkan pemenang, beliau mestilah memenangi sekurang-kurangnya 270 "Daerah Pemilih".

Obama memperolehi kemenangan di 275 "Daerah Pemilih" setakat ini.

OBAMA:

California 55 (Daerah Pemilih)

Connecticut 7

Delaware 3

Hawaii 4

Illinois 20

Iowa 6

Maine 4

Maryland 10

Massachusetts 11

Michigan 16

Minnesota 10

New Hampshire 4

New Jersey 14

New Mexico 5

New York 29

Ohio 18

Oregon 7

Pennsylvania 20

Rhode Island 4

Vermont 3

Washington, DC 3

Washington 12

Wisconsin 10

MITT ROMNEY:

Alabama 9

Arkansas 6

Arizona 11

Georgia 16

Idaho 4

Indiana 11

Kansas 6

Kentucky 8

Louisiana 8

Mississippi 6

Missouri 10

Montana 3

North Carolina 15

North Dakota 3

Nebraska 5

Oklahoma 7

South Carolina 9

South Dakota 3

Tennessee 11

Texas 38

Utah 6

West Virginia 5

Wyoming 3

TOTAL:

> Obama - 275

> Romney - 203

Keputusan di negeri-negeri yang masih belum diketahui:

Colorado 9 (Daerah Pemilih)

Florida 29

Nevada 6

Virginia 13

Alaska 3



Mitt Romney Mengaku Kalah



BOSTON: Calon presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Republikan, Mitt Romney pada Rabu mengaku tewas di tangan Barack Obama sekaligus menamatkan persaingan segit bagi merebut jawatan paling berkuasa di dunia.

Romney memberitahu para penyokongnya bahawa beliau telah menelefon Barack Obama untuk mengucapkan tahniah dan syabas.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada para jentera dan pasukan kempen Obama.

Pengakuan kalah Romney itu menamatkan kempen 18 bulan pilihan raya presiden.

Obama kini mencatat sejarah sebagai pemimpin Demokrat yang pertama selepas Bill Clinton yang berjaya mempertahankan jawatannya selepas berkhidmat sepenggal.

Perlembagaan Amerika hanya membenarkan seseorang presiden itu memegang jawatan untuk selama dua penggal sahaja.

Setiap penggal perkhidmatan adalah selama empat tahun, bukan lima tahun sepertimana di kebanyakkan negara lain di dunia. Sehingga jam 1.20 tengah hari tadi, Obama telah diisytiharkan menang di 303 "Daerah Pemilih" berbanding 203 untuk Romney dengan hanya tinggal negeri Alaska dan Florida sahaja yang belum selesai pengiraan undi lagi.

Sistem pilihan raya presiden AS bukanlah merupakan undi secara langsung tetapi para pengundi mengundi untuk memastikan siapa yang mereka sokong menang di sebanyak mungkin "Daerah Pemilih".

Keseluruhannya terdapat 538 "Daerah Pemilih" di 50 buah negeri di Amerika dengan Negeri California menawarkan 55 "Daerah Pemilih" iaitu yang terbesar di antara negeri-negeri.

Seandainya majoriti pengundi di Negeri California mengundi untuk Obama ini bermakna, Obama akan menyapu bersih kesemua 55 "Daerah Pemilih" dan begitu juga negeri-negeri yang lain.

Oleh yang demikian untuk menang, seorang calon presiden itu harus memenangi sekurang-kurangnya 270 "Daerah Pemilih".

Jumlah 538 "Daerah Pemilih" ini adalah sama banyak dengan jumlah wakil rakyat (435 orang) dan jumlah senator (100 orang) di Kongres AS.

Berapa banyak setiap negeri menerima peruntukkan jumlah "Daerah Pemilih" ditentukan setiap 10 tahun sekali selepas Jabatan Statistik selesai menjalankan bancian penduduk.

- MSTAR

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90