Top Ad 728x90

JobStreet perkenalkan aplikasi telefon pintar untuk mencari pekerjaan

by

Pengurus Pemasaran Produk Jobstreet.com Malaysia, Roslinda Abdul Ghani menunjukkan aplikasi Jobstreet.com melalui iPhone yang memudahkan pengguna mencari pekerjaan di Pusat Pameran MidValley, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR 30 Mac - Laman sesawang pencari pekerjaan, JobStreet.com Sdn. Bhd. (JobStreet) berharap perkhidmatannya terus dapat menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai, menerusi pelbagai inovatif menggunakan teknologi terkini.

Terbaharu, laman sesawang tersebut memperkenalkan aplikasi yang dinamakan sebagai 'Jobs near me' untuk pengguna telefon pintar iPhone, yang mana pengguna boleh mencari pekerjaan di tempat kerja yang berhampiran dengan mereka.

Pengurus Negara JobStreet Malaysia, Chook Yuh Yng berkata, bagi tahun 2011, bilangan peluang pekerjaan yang ditawarkan meningkat sebanyak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Kami berharap tahun ini pencapaian yang sama mampu direkodkan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Pameran Karier dan Latihan 2012 JobStreet.com Malaysia (MCTF 2012) di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi AIC Exhibitions Sdn. Bhd., Datuk Rozali Isohak.

MCTF 2012 yang berlangsung bermula hari ini sehingga Ahad di Pusat Pameran MidValley di sini, menawarkan sehingga 15,000 peluang pekerjaan daripada 120 buah syarikat tempatan dan luar negara yang menjadi peserta pameran.

JobStreet selaku penganjur bersama menyasarkan 100,000 pelawat akan hadir ke pameran selama tiga hari itu.

Aplikasi 'Jobs near me 'boleh dimuat turun di laman sesawang www.jobstreet.com/app secara percuma. Pengguna boleh mengesan lokasi yang menawarkan peluang pekerjaan berhampiran mereka apabila menggoncangkan telefon pintar masing-masing.

Lokasi itu akan dipamerkan menerusi peta di dalam telefon pintar pengguna.

Menurut Ketua Pengurusan Produk JobStreet, Aina Zahari, aplikasi itu akan memudahkan orang ramai mengesan peluang pekerjaan mengikut lokasi pilihan mereka.

Katanya, aplikasi tersebut juga boleh digunakan secara percuma kepada telefon pintar Blackberry dan telefon yang menggunakan sistem android.

- UTUSAN

Kurang pendedahan punca jumlah penderma organ rendah

by
Oleh Nor Fariza Ramlan WALAUPUN fatwa mengharuskan pendermaan organ sudah lama wujud dalam negara kita seawal 1962 lagi, tahap kesediaan masyarakat khususnya orang Melayu untuk menjadi pengikrar masih lagi rendah. Halangan seperti ahli keluarga tidak bersetuju serta beranggapan menderma organ akan mencederakan atau menyeksa mayat menjadi faktor kekurangan pengikrar sehingga tahun ini. Kempen mengenai isu terbabit dan perbincangan dari perspektif umum atau agama sudah mula dijalankan secara giat oleh agensi terbabit dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini. Apa yang mengecewakan sehingga Februari tahun ini, walaupun kesedaran dilihat meningkat secara perlahan, pengikrar derma organ dalam kalangan masyarakat Melayu masih pada tahap amat rendah dengan jumlah 18.78 peratus, manakala masyarakat Cina (54.23 peratus), India (24.14 peratus) dan bangsa lain (2.82 peratus). Dari segi definisi, pendermaan organ ialah proses mendermakan sebahagian tubuh badan untuk tujuan pemindahan bagi organ dan tisu yang masih berfungsi daripada penderma masih hidup atau meninggal dunia kepada pesakit. Ia kaedah rawatan terbukti dapat menyelamatkan nyawa mereka yang mengalami kegagalan organ dan buat masa ini, dianggarkan lebih 15,000 pesakit memerlukan buah pinggang sedang menanti organ bagi proses pemindahan. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kesedaran masyarakat negara ini untuk menderma masih kurang iaitu tidak sampai satu peratus daripada 28.3 juta rakyat bersedia menjadi pengikrar. “Sehingga Februari tahun ini, seramai 190,041 individu mendaftar sebagai pengikrar dengan wanita mewakili 54.3 peratus, mendahului lelaki pada kadar 45.16 peratus. “Tidak dinafikan sepanjang proses kempen berjalan, pembabitan masyarakat Melayu menunjukkan peningkatan melalui kaedah penyampaian maklumat yang baik ketika menjawab pelbagai persoalan yang dilontarkan,” katanya. Katanya, mereka yang beragama Islam perlu didedahkan mengenai proses ini yang mendapat sokongan Majlis Transplantasi Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan. “Satu buku berkaitan pemindahan organ diterbitkan bertajuk Pemindahan Organ Dari Perspektif Islam bagi membincangkan isu yang sering menjadi pertanyaan. “Buku ini boleh didapati di hospital kerajaan, jabatan kesihatan atau memuat turun salinan digital melalui laman web Kementerian Kesihatan,” katanya. Melalui kempen Sejuta Rakyat Berikrar Sokong Pendermaan Organ, ia lebih fokus untuk menggalakkan pendaftaran sebagai penderma kardaverik (selepas meninggal dunia). Organ serta tisu yang boleh didermakan ialah jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, mata (kornea), injap jantung, tulang dan kulit. Pendermaan selepas meninggal dunia digalakkan kerana pelbagai organ dan tisu boleh digunakan dan memberi manfaat serta hidup baru kepada ramai pesakit. Sehingga tahun ini, seramai 364 penderma kardaverik berjaya menunaikan hasrat mereka dengan 738 organ berjaya dimanfaatkan. Jumlah organ dan tisu yang dimanfaatkan ialah buah pinggang (197), jantung (27), hati (44), paru-paru (9), injap jantung (143), kornea (246), kulit (15) dan tulang (65). Kempen berkenaan menyasarkan sebanyak sejuta orang mendaftarkan diri sebagai pengikrar dan juga berharap lebih banyak NGO, persatuan penduduk, persatuan agama akan tampil memberikan sokongan kepada program ini. Lee berkata, kesedaran bukan saja dilakukan dalam kalangan penduduk, malah Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ mengunjungi sekolah bagi mendekati generasi muda di institusi pengajian tinggi (IPT). Selain memberi kesedaran, kempen ini dapat mengatasi aktiviti pemerdagangan organ dengan mengangkat pendermaan organ sebagai perbuatan mulia di sisi agama tanpa perlu membuat pembayaran. - BERITA HARIAN

Daftar sebelum 1 April boleh mengundi jika PRU 13 diadakan Jun 2012

by
Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.

"Kalau (pemohon) tidak terlibat dengan bantahan, mereka layak mengundi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Rabu.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada suku tahun pertama tahun ini layak untuk mengundi pada PRU-13 sekiranya pilihan raya UMUM diadakan pada bulan Jun ke atas.

Pada masa yang sama, Abdul Aziz berkata, proses pendaftaran pemilih masih diteruskan melalui Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) di mana proses pendaftaran dijalankan setiap hari manakala proses semakan dan mewartakan daftar pemilih dijalankan setiap tiga bulan sekali.

Beliau berkata, tempoh untuk mendaftar sebagai pemilih sehingga proses mewartakan daftar pemilih mengambil masa kira-kira empat bulan setengah.

"Secara puratanya, SPR mengendalikan antara 200,000 hingga 250,000 permohonan pendaftaran baru dan pertukaran alamat pusat mengundi bagi setiap DPT ST," katanya.

Sehingga DPT ST 4/2011 yang berakhir pada 31 Dis tahun lepas, Abdul Aziz berkata, jumlah pemilih yang berdaftar di seluruh negara ialah 12,595,268 orang manakala 3,088,540 orang atau 19.7 peratus masih tidak berdaftar sebagai pengundi.

Sehingga Februari tahun ini, beliau berkata warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun dan layak untuk mengundi ialah 15,683,808 orang.

Permohonan baru atau pertukaran alamat pusat mengundi boleh dibuat di mana-mana pejabat pos berkomputer, kaunter-kaunter bergerak SPR, kaunter ibu pejabat SPR di Putrajaya atau di kaunter-kaunter pejabat pilihan raya negeri.

- BERNAMA

Rebet elektrik RM20 ke bawah dilanjutkan hingga akhir tahun 2012

by
Kerajaan melanjutkan tempoh bagi rebet elektrik RM20 dan ke bawah sehingga hujung tahun ini, kata Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata 1.08 juta pengguna domestik di seluruh negara yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 dan ke bawah sebulan akan terus menikmati rebet itu.

"Ini merupakan salah satu usaha dan keprihatinan kerajaan dan kementerian ini untuk memberi tumpuan dalam meringankan beban kewangan rakyat dengan melanjutkan tempoh bagi rebet elektrik sehingga Disember tahun ini.

"Kerajaan telah membelanjakan RM141 juta setahun bagi membiayai pemberian rebet ini," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian itu bagi tahun 2011 di Putrajaya.

Chin berkata kerajaan telah memperkenalkan program pengecualian daripada membayar bil elektrik bulanan sebanyak RM20 dan ke bawah bermula Oktober 2008 khusus kepada pengguna domestik daripada golongan berpendapatan rendah.

- BERNAMA

Samsung Galaxy Note - peranti kreatif mudah alih

by

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM

DALAM era pemodenan yang dikecapi hari ini, pelbagai peranti dan aplikasi canggih dibangunkan untuk menawarkan kemudahan kepada manusia sejagat.

Kecanggihan teknologi yang ditonjolkan peranti dan aplikasi tersebut bukan sahaja membantu dalam melancarkan kehidupan seharian orang ramai malah memberi sinar baharu kepada pengkarya seni.

Terbaharu, syarikat gergasi Samsung yang memperkenalkan Galaxy Note memberi pilihan terbaharu kepada pengkarya seni untuk menghasilkan karya mereka dengan lebih mudah dan pantas.

Dijana sistem operasi Android 2.3 Gingerbread, peranti itu dilengkapi paparan skrin 13.5 sentimeter (sm) Super Amoled definisi tinggi (HD) yang membolehkan pelukis karikatur menghasilkan lukisan mereka tanpa menggunakan kertas ataupun kanvas.

Pelukis karikatur, Nordin Yusoff, 45, berkata, perkembangan teknologi terutamanya yang ditonjolkan dalam peranti telefon pintar seperti Samsung Galaxy Note dapat membantu pengkarya seni.

“Dengan menggunakan S Memo dan pen stylus (S Pen) yang terdapat di dalam peranti ini, saya dapat menghasilkan lukisan karikatur di mana-mana sahaja.

“Paparan skrin yang luas dan jelas turut membantu dalam ketelitian karya karikatur secara digital,” katanya ketika ditemui Kosmo! semasa mengadakan Samsung Galaxy Note Studio di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Nordin menambah, peranti berkenaan membenarkan dia memilih pelbagai jenis pen, berus, pensil dan pen marker mengikut kesesuaian karya yang ingin dihasilkan.

Lelaki yang lebih dikenali dengan nama Ambo itu berkata, dia juga boleh melaras saiz dan ketebalan garisan yang digunakan semasa melukis sekali gus memudahkan lagi proses lorekan.

“Teknologi yang ditawarkan peranti ini turut membenarkan pelukis-pelukis memilih warna pilihan mereka.

“Selain daripada itu, saya boleh mewarnakan latar belakang dengan lebih pantas kerana tidak perlu menggunakan pelbagai jenis berus,” katanya.

Ambo menjelaskan, penelitian dapat dilakukan dengan menggunakan peranti tersebut apabila ia didatangkan bersama ciri pinch dan zoom (untuk mengecil atau membesarkan pandangan gambar).

Sebagai pelangkap kepada semua fungsi tersebut, terdapat pelbagai pilihan efek yang boleh dipilih bagi menyerlahkan warna dan hasil akhir lukisan.

Kelebihan

Dia memberitahu, penggunaan teknologi dalam menghasilkan karikatur dapat membantu apabila melakukan kesilapan. Sebagai contoh dia berkata, hanya perlu menekan buat asal (undo) untuk memastikan kesilapan tersebut hilang sekelip mata.

“Berbanding kaedah konvensional, ia akan memakan masa yang lebih panjang untuk membaiki kesilapan pada karikatur tersebut. Bagaimanapun, saya masih berasa kekok semasa menggunakan peranti ini dan perlu membiasakan diri,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang lagi pelukis karikatur, Olyhairy Othman, 28, memberitahu, dia merasakan Galaxy Note dapat memberi kebebasan kepada pelukis seperti dirinya.

“Saya banyak bergerak untuk menghasilkan karikatur terutamanya apabila menghadiri acara-acara umum ataupun persendirian.

“Justeru, pengenalan peranti yang mempunyai teknologi seperti ini membolehkan pelukis karikatur seperti kami memanfaatkan kemudahan yang membantu melancarkan kerja,” ujarnya.

Dia yang mempunyai pengalaman selama hampir lima tahun melukis karikatur menambah, gajet berkenaan juga memberi nilai tambah kepadanya.

Sebagai contoh, hasil akhir boleh dipindahkan terus kepada pelanggan dengan menggunakan teknologi Bluetooth.

Setelah itu, pelanggannya boleh mencetak hasil lukisan tersebut pada bila-bila masa sahaja.

Bagi seorang lagi seniman berbakat, Ramza Hurin, 42, telefon pintar berkenaan dapat membantu menjimatkan kos menghasilkan karya karikatur.

Dia menambah, penggunaan peranti berkenaan dapat membantu dari segi pembelian bahan dan peralatan seperti warna, berus dan pen.

“Kita juga tidak perlu menggunakan ataupun menukar kertas apabila berlaku kesilapan.

“Menilai dari sudut yang lebih luas, kelebihan itu sekali gus dapat membantu memulihara alam sekitar yang diancam perubahan iklim global,” katanya.

Kebebasan berkarya

Sementara itu, Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics, Kwon Jae Hoon, berkata, telefon pintar Galaxy Note memberi kebebasan artistik kepada pengguna.

“Peranti ini seumpama buku nota kertas tetapi dilengkapi teknologi dan perkhidmatan ditawarkan telefon pintar Samsung.

“Ia membenarkan pengguna menyunting, menghasilkan karya dan berkongsi idea dengan mudah serta pantas,” ujarnya.

Jae Hoon memberitahu, S Pen yang didatangkan bersama Galaxy Note mempunyai fungsi terkini untuk memberikan pengalaman baharu kepada pengguna.

Tambahnya, pengguna boleh menggunakan pen digital tersebut untuk melakar dan menghasilkan karya dengan bebas.

Selain daripada membantu penggiat dunia seni, Samsung turut menjalin kerjasama kreatif dengan penyanyi terkenal tanah air Yunalis Zarai atau Yuna dalam The Sparkle Project.

Projek berkenaan akan memperlihatkan pembikinan video muzik pertama menggunakan peranti Samsung Galaxy Note sempena judul lagu terbaharu Yuna iaitu Sparkle.

“Saya tidak sabar untuk melihat video muzik yang bakal dirakam sepenuhnya menggunakan peranti berkenaan.

“Pada masa sama, saya berasa amat teruja dan ingin melihat bagaimana mereka menghasilkan video muzik ini,” kata penyanyi berusia 24 tahun itu.

Yuna memberitahu, Galaxy Note merupakan peranti yang serba lengkap dan membenarkan meneroka dunia kreatif.

Katanya, ia seumpama membawa 10 peranti dalam satu apabila boleh mendengar muzik, menonton video, merakam imej, melayari Internet dan pelbagai lagi tugasan.

“Selain daripada itu, ia yang dilengkapi S Pen yang membenarkan pengguna melukis, menyunting imej daripada laman web dan melukis pada video.

“Dengan reka bentuk yang nipis dan ringan, ia memudahkan saya membawa peranti ini terutamanya ketika mengembara,” ulasnya.

- KOSMO!

Jangan paksa anak-anak ambil kursus yang tidak diminati

by
Ibu bapa seharusnya berbincang dengan anak mereka mengenai kursus yang hendak diambil di institusi pengajian tinggi bagi menentukan ia benar-benar sesuai dengan minat serta keupayaan anak masing-masing, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata ibu bapa tidak seharusnya memaksa anak-anak untuk mengambil kursus yang tidak diminati kerana ini akan menyebabkan anak mereka tidak bersungguh-sungguh dalam pembelajaran.

"Sebarang keputusan mengenai masa depan anak-anak tidak harus berdasar kepada kehendak atau kemahuan ibu bapa semata-mata," katanya dalam program terbitan Radio 24.

Katanya adalah penting bagi ibu bapa memberi kebebasan kepada anak-anak untuk memilih subjek yang sesuai dengan minat dan kelayakan sebenar mereka.

"Saya pernah jumpa ramai pelajar universiti yang tidak bersunggguh-sungguh dalam pembelajaran kerana mengambil kursus yang dimahukan oleh ibubapa dan bukannya kerana minat terhadap kursus yang diambil," katanya.

Saifuddin mengulas kenyataan Pengerusi MARA Datuk Seri Idris Jusoh baru-baru ini yang melahirkan rasa hairan mengapa pelajar-pelajar cemerlang banyak memilih kursus perubatan dan kejuruteraan.

Idris berkata trend itu jika dibiarkan berterusan boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam pasaran kerjaya.

Sehubungan itu, Saifuddin meminta ibu bapa dan pelajar supaya mengikis persepsi bahawa hanya sektor pekerjaan tertentu sahaja yang menjanjikan pulangan lumayan.

Beliau berkata keadaan sekarang sudah berubah kerana apa sahaja profesion sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh boleh memberikan pulangan yang lumayan.

- BERNAMA

Harga RON95 kekal RM1.90

by
PUTRAJAYA 27 Mac - Harga petrol RON95 kekal RM1.90 seliter walaupun berlaku kenaikan harga bahan bakar itu di pasaran global ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga itu dapat dikekalkan selepas kerajaan menambah subsidi sebanyak 10 sen bagi bulan ini iaitu kepada RM1.03 seliter.

"Langkah ini perlu bagi memastikan rakyat tidak dibebani kesan sampingan berikutan kenaikan harga minyak global.

"Kerajaan masih mengekalkan subsidi itu kerana kita tahu kalau tidak dikekalkan, harga barangan lain termasuk yang tidak ada kaitan dengan minyak akan naik sebab apabila kos pengangkutan meningkat, ia akan dimasukkan dalam harga barangan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Harga minyak mentah global hari ini berada pada paras AS$107.04 setong dan penganalisis menjangkakan harga itu terus meningkat selepas Jun ini yang salah satunya disebabkan oleh sekatan terhadap penjualan minyak dari Iran.

Kali terakhir harga RON95 dikaji semula adalah pada Disember lalu apabila harga minyak naik daripada RM1.85 seliter kepada RM1.90.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji Februari lalu bahawa harga RON95 yang digunakan secara meluas oleh pemilik kenderaan, akan dikekalkan untuk masa terdekat walaupun berdepan dengan kenaikan harga minyak global.

Setakat ini, beberapa negara di rantau Asia seperti China dan Indonesia sudah menaikkan harga minyak di negara masing-masing ekoran kesukaran untuk menampung kenaikan harga bahan api itu.

Pada Januari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan, kerajaan membelanjakan kira-kira RM10 bilion setahun untuk subsidi diesel dan petrol.

Pada tahun lalu sahaja, katanya, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM15.9 bilion untuk membiayai subsidi petrol dan diesel bagi mengurangkan beban rakyat dan ia merupakan penambahan sebanyak RM6.3 bilion berbanding tahun sebelum iaitu berjumlah RM9.6 bilion.

- UTUSAN

Jawatan Kosong di Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) - Mac 2012

by
JAWATAN:
1. Pegawai Perubatan UD52
2. Pegawai tadbir N41
3. Perangkawan E41
4. Pegawai Perubatan UD47
5. Pegawai Perubatan UD43
6. Jururawat U41
7. Pegawai Farmasi U44
8. Pegawai penerangan S41
9. Pegawai penyelidik sosial N41
10. Pegawai psikologi S41
11. Penolong Pegawai Perubatan U29
12. Jururawat U29
13. Juruteknologi Makmal Perubatan U29
14. Pembantu Farmasi U29
15. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
16. Penolong Pegawai Tadbir (N27)
17. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27
18. Penolong Pegawai Penerangan S27
19. Penolong Pegawai Perpustakaan S27
20. Juruteknik Komputer FT17
21. Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi N17
22. Pembantu Tadbir Kesetiausahaan N17
23. Pembantu Tadbir Kewangan W17
24. Juruaudio Visual N17
25. Pemandu Kenderaan R3

IKLAN JAWATAN:
http://www.scribd.com/doc/86947771/Jawatan-Kosong-Di-Lembaga-Penduduk-Dan-Pembangunan-Keluarga-Negara-LPPKN-Mac-2012

Jawatan Kosong Di Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) - Mac 2012

CARA MEMOHON - Permohonan hendaklah dibuat secara online di JOBMALAYSIA :
www.jobsmalaysia.gov.my

Tarikh Tutup : 9 April 2012

Jawatan Kosong Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (KPT) Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran SPP - Mac 2012

by
JAWATAN:
- Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (DH41)
- Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (DH29)

Individu yang memiliki kelayakan ijazah sarjana muda kepujian atau diploma dalam bidang Bakeri, Dandanan atau Kecantikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya adalah dipelawa untuk memohon jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41 atau Gred DH29. Permohonan boleh dikemukakan melalui portal www.jobsmalaysia.gov.my .  Sebarang pertanyaan,hubungi 03-8871 7330.

IKLAN JAWATAN:
http://www.scribd.com/doc/86946154/Jawatan-Kosong-Pegawai-Pendidikan-Pengajian-Tinggi-KPT-Mac-2012

Jawatan Kosong Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (KPT) - Mac 2012

CARA MEMOHON - Permohonan hendaklah dibuat secara online di JOBMALAYSIA :
www.jobsmalaysia.gov.my

Cara Memohon Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi 2012

Tarikh Tutup : 4 April 2012

Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Terengganu - Mac 2012

by
JAWATAN:
- PEGAWAI TADBIR N41 (KONTRAK)
- PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41
- PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
- PENGHULU NP27
- PEMBANTU TADBIR W17 (KEWANGAN)

IKLAN JAWATAN:
http://www.scribd.com/doc/86945174/Jawatan-Kosong-Kerajaan-Negeri-Terengganu-Mac-2012

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Terengganu Mac 2012

PERMOHONAN hendaklah dibuat secara online di: http://spn.terengganu.gov.my

Tarikh Tutup : 17 April 2012

Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Perak - Mac 2012

by
JAWATAN:
1. Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam) Gred S41
2. Penghulu Gred NP27
3. Pembantu Pertanian Gred G17
4. Pembantu Veterinar Gred G17
5. Renjer Hutan Gred G17
6. Juruteknik Komputer Gred FT17
7. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17
8. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N17
9. Pembantu Tadbir (Kewangan)
10. Pembantu Akauntan Gred W17
11. Pengawas Hutan Gred G11
12. Penghantar Notis Gred N3
13. Pekerja Awam Khas Gred R3
14. Pemandu Kenderaan Gred R3

IKLAN JAWATAN:
http://www.scribd.com/doc/86941244/Jawatan-Kosong-Di-Kerajaan-Negeri-Perak-Mac-2012

Jawatan Kosong Di Kerajaan Negeri Perak - Mac 2012

BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://spaonline.perak.gov.my/spasuk/index.php

Tarikh Tutup : 9 April 2012

Jawatan Kosong di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) - Mac 2012

by
JAWATAN:
1. Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
2. Jurutera Gred J41
3. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
4. Pegawai Undang-undang Gred L41
5. Penolong Pegawai Undang-undang Gred L29
6. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27
7. Penolong Akauntan Gred W27
8. Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E17
9. Pembantu Akauntan Gred W17
10. Juruteknik Gred J17
11. Pembantu Am Pejabat Gred N1
12. Pemandu Gred R3

IKLAN JAWATAN:
http://www.scribd.com/doc/86937856/Jawatan-Kosong-Di-Lembaga-Pertubuhan-Peladang-LPP-Mac-2012

Jawatan Kosong Di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) - Mac 2012

BORANG PERMOHONAN:
http://www.scribd.com/doc/86939008/Borang-Mohon-Jawatan-Kosong-Di-Lembaga-Pertubuhan-Peladang-LPP-Mac-2012

Borang Mohon Jawatan Kosong Di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) - Mac 2012

Tarikh Tutup : 9 April 2012

Jawatan Kosong di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) - Mac 2012

by
JAWATAN:
1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
2. PEGAWAI PERGIGIAN U41
3. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41
4. PEGAWAI SAINS C41
5. PEGAWAI KEWANGAN W41
6. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U41
7. PUSTAKAWAN S41
8. PEMBANTU SETIUSAHA/SETIUSAHA PEJABAT N27
9. JURURAWAT U29
10. JURURAWAT PERGIGIAN U29
11. JURUPULIH PERUBATAN ( ANGGOTA ) U29
12. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U29
13. JURU X-RAY U29
14. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29
15. PENOLONG AKAUNTAN W27
16. JURUTEKNIK J17
17. PEKERJA AWAM R1
18. ATENDAN KESIHATAN U3

IKLAN JAWATAN:
http://www.scribd.com/doc/86930025/Jawatan-Kosong-Pusat-Perubatan-Universiti-Kebangsaan-Malaysia-PPUKM-Mac-2012

Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Mac 2012

BORANG PERMOHONAN:
http://www.scribd.com/doc/86930265/Borang-Mohon-Jawatan-Pusat-Perubatan-Universiti-Kebangsaan-Malaysia-PPUKM-Mac-2012

Borang Mohon Jawatan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Mac 2012

Tarikh Tutup : 11 April 2012

Facebook saluran perangkap cinta keldai dadah

by
RAMAI yang menginginkan cinta sejati. Namun, ramai juga yang tersungkur dek terlalu mengagungkan cinta sehingga tidak sedar perkara yang dikorbankan demi pasangan.

Masing-masing mempunyai definisi tersendiri mengenai cinta. Manis, masam, pahit dan masin, semuanya ada. Namun, berbeza pula maksudnya dengan golongan yang gemar menggunakan cinta secara sengaja untuk memperdaya mangsa sehingga membawa penderitaan berpanjangan.

Biasanya mereka sanggup mempermainkan perasaan pasangan yang sengaja dilakukan atas tujuan jenayah dengan memerangkap mangsa untuk dijadikan sebagai ‘keldai dadah’.

Perlu difahami maksud keldai dadah adalah seseorang yang secara rela ataupun diperdaya untuk menjadi pembawa dadah ataupun pelbagai barang seludup yang lain secara haram dan tersembunyi ke negara lain.

Kerana cinta, mangsa sanggup melakukan apa saja semata-mata ingin menjaga hati pasangan mereka sehingga ada yang rela membawa dadah ke luar negara untuk diserahkan kepada sindiket lain. Apabila tertangkap, barulah sedar dan menyesal kerana mengikut kata hati.

Menurut penceramah bebas, Norita Azmi, sindiket dadah bijak menggunakan pelbagai cara, ditambah dengan zaman teknologi hari ini bagi menarik perhatian mangsa untuk memperdaya mereka.

“Apatah lagi, laman sosial facebook semakin digemari oleh kebanyakan masyarakat tidak mengenal usia. Ini membuatkan mereka menjadikan saluran itu sebagai alat memperdaya mangsa.

“Biasanya ahli sindiket antarabangsa akan menggunakan laman sosial itu untuk menarik perhatian mereka yang mudah tertipu.

“Statistik yang dipetik daripada laporan disiarkan televisyen tempatan menunjukkan sejumlah 19 mangsa iaitu lelaki dan perempuan menjadi keldai dadah pada 2011 selepas berkenalan di facebook.

“Selain itu, mereka menggunakan lelaki tempatan untuk mencari kenalan wanita dan seterusnya memikat mangsa sehingga jatuh cinta.

“Kesempatan itulah yang digunakan oleh sindiket terbabit untuk menjanjikan pelbagai peluang menarik dan menabur janji manis untuk memperdayakan mangsa.

“Tidak cukup dengan lelaki tempatan, ada juga sindiket yang menggunakan wanita bagi merekrut ahli baru untuk memperdaya mangsa lain,” jelasnya mengenai modus operandi sindiket keldai dadah yang diperoleh daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim.

Tambah Norita, antara contoh kes membabitkan keldai dadah berkaitan perkenalan singkat dalam laman sosial facebook. Misalnya, selepas berkenalan dengan lelaki kulit hitam tahun lalu, ia mengubah hidup seorang gadis berketurunan Dayak yang berasal dari Sarawak.

Gadis berusia 22 tahun yang pernah menuntut di Kolej Segi itu ditahan di Shenzhen, China sejak 29 Mac lalu apabila pihak berkuasa negara itu menemui sejumlah dadah yang disembunyikan di dalam perutnya.

Disebabkan teruja dengan bayaran RM5,000, dia dengan rela menelan 100 bungkus dadah jenis heroin seberat 700 gram untuk dihantar ke Shenzhen.

“Pelbagai jenis dan sebab mangsa itu menjadi keldai dadah. Antaranya, mereka mudah terpedaya dengan janji dan tawaran wang lumayan dengan bekerja di luar negara oleh ejen tidak dikenali tanpa mengetahui mereka menjadi mangsa.

“Bukan itu saja, mangsa keldai dadah juga ada yang dikesan daripada golongan yang mempunyai sifat mudah percaya dan kelabu mata dengan kemewahan serta cinta yang ditawarkan oleh lelaki asing, membuatkan mereka tidak berfikir panjang sekali gus mengambil keputusan terburu-buru hingga memakan diri sendiri.

“Selain itu, kebanyakan mangsa juga menghadapi masalah kewangan sehingga sanggup mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang yang banyak.

“Malah ada juga yang terjebak dengan kata-kata manis dan akhirnya jatuh cinta menerusi facebook tanpa mengenali latar belakang sebenar pasangan,” katanya kepada lebih 100 peserta seminar terdiri daripada kakitangan dan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Seminar bertajuk Menifestasi Cinta anjuran bersama Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan dan Usim bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendedahan awal agar mereka tidak terjebak dengan keldai dadah.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Wan Hasmah Wan Mohd. Turut hadir pada seminar terbabit, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar Usim, Nazrul Hakim Ahmad.

Sementara itu, bagi peserta seminar, Nurulamira Mohd Azmi, 23, masalah itu disifatkan berpunca daripada desakan hidup kerana trend generasi muda hari ini yang inginkan hidup mewah.

“Ditambah dengan keadaan mereka yang masih belajar dan perlu menggunakan duit banyak selain cuba mencari alternatif mudah untuk melancong ke luar negara.

“Nasihat saya kepada generasi muda agar sentiasa bersyukur dengan apa yang ada kerana Tuhan itu maha adil dan sebenarnya tiada jalan mudah untuk mencari duit.

“Tanggungjawab pelajar adalah belajar bersungguh-sungguh dan cuba berusaha sendiri dengan jalan yang betul jika mereka ingin menambah pendapatan.

“Banyak usaha yang boleh dilakukan dan ingatlah jika hidup terlalu mudah sangat ia tidak akan mencabar,” katanya.

Menurutnya, seminar berkenaan memberi kebaikan khususnya untuk generasi muda kerana memang perlu mendapat pendedahan agar tidak terjebak dengan masalah keldai dadah.

“Pada masa sama, ia juga dapat memberi pendedahan kepada orang lain yang rapat dengan kita misalnya ibu, kakak dan adik untuk sama-sama memberi nasihat mengenai masalah ini,” katanya.

Bagi Siti Nadhirah Mohamed Hassan, 23, yang bertindak sebagai pengarah seminar berkata, golongan yang terjebak dengan masalah ini rata-rata mudah terpedaya dengan pujuk rayu dan janji manis pasangan atau rakan yang baru dikenali.

“Demi cinta, wanita sanggup melakukan apa saja. Jika salah mentafsirkan makna cinta, ia akan mengundang ke arah pilihan jalan yang negatif kepada diri mereka sendiri.

“Jadi, seminar ini dianjurkan supaya pelajar mendapat pendedahan daripada awal agar mereka lebih berjaga-jaga supaya tidak terjebak dengan masalah ini.

“Selain itu, maklumat yang diperoleh juga boleh disalurkan atau dikongsi bersama rakan lain dan ahli keluarga,” jelasnya.

Tambahnya, pelajar di institusi pengajian tinggi perlu mengaktifkan diri dengan program ilmiah supaya mereka memahami isu terkini bagi mengelakkan diri daripada terbabit secara sengaja ataupun tidak.


Pergi seberang naik perahu,
Perahu berisi jerami padi,
Cinta adik abang tak tahu,
Cinta adik sampai ke mati.



Fakta

Modus operandi:

● Sindiket dadah antarabangsa pada era kini bijak dengan menggunakan saluran baru atau popular seperti laman sosial facebook untuk merekrut wanita tempatan.

● Terdapat juga sindiket yang menggunakan lelaki tempatan untuk mencari kenalan wanita dan memikat mereka sehingga jatuh cinta.

● Ada juga sindiket yang melantik wanita untuk merekrut anggota baru menjadi keldai dadah.

Mangsa yang dikenal pasti mudah terjebak untuk menjadi keldai dadah:

● Wanita tempatan
● Pelajar
● Janda atau ibu tunggal
● Pekerja berpendapatan rendah

Wisma Putra menggariskan lima langkah yang boleh diambil bagi mengelak terpedaya dengan pelbagai tawaran menarik dan menjadi mangsa sindiket jenayah antarabangsa:

● Menentukan status dan memeriksa latar belakang majikan.

● Berwaspada dengan tawaran ‘wang mudah’ yang tidak diminta.

● Berwaspada apabila disuruh membawa barangan yang tidak diketahui.

● Berhati-hati dengan jalinan hubungan yang cepat berkembang bersama kenalan baru yang menawarkan pelbagai janji dan manfaat.

● Melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai sesuatu tawaran kerja yang disyaki kesahihannya.

● Jangan berkorban apa saja demi cinta.

- HARIAN METRO

Cadangan kurangkan nisbah Guru Kaunseling dan Murid

by
Kertas cadangan mengurangkan nisbah Guru Kaunseling Sepenuh Masa (GKSM) kepada seorang guru bagi 300 murid berbanding seorang guru bagi 300 hingga 850 murid di sekolah rendah dan menengah sedang diproses, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi berkata, kertas cadangan itu telah dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran, untuk dipertimbangkan, namun cadangan itu belum mendapat kelulusan kerana melibatkan soal perjawatan dan faktor kewangan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (BN-Kuala Nerus) yang ingin tahu sama ada kementerian itu bercadang untuk mengubah nisbah GKSM kepada lebih rendah dan menempatkan guru kaunseling di sekolah kurang murid untuk mengatasi masalah disiplin pelajar.

Mengenai isu penempatan GKSM di sekolah kurang murid, Puad berkata, hakikatnya memang tidak ada guru kaunseling dengan jawatan hakiki di sekolah berkenaan, sebaliknya kementerian melantik guru secara pentadbiran dengan diberikan latihan untuk menjalankan tugas sebagai guru kaunseling selain melakukan tugas biasa mereka sebagai guru.

Kepada soalan asal Mohd Nasir yang ingin tahu berapa nisbah guru kaunselor berbanding jumlah murid di sekolah menengah kebangsaan dan sekolah kebangsaan, Puad berkata, sehingga 30 Januari lepas, terdapat 9,713 orang guru, dengan 4,033daripadanya di sekolah rendah dan selebihnya di sekolah menengah.

Beliau berkata, nisbah seorang GKSM ialah 500 murid bagi sekolah menengah dan 350 hingga 850 murid bagi seorang GKSM di sekolah rendah.

Puad berkata, menyedari pentingnya peranan guru kaunseling kepada pembangunan sahsiah murid, kementerian menetapkan Indeks Prestasi Utama (KPI) yang perlu dipenuhi guru kaunseling mulai tahun ini, iaitu seorang guru kaunseling perlu memberi kaunseling kepada lima orang murid secara individu, dan untuk berkumpulan melibatkan lapan hingga 10 murid, setiap minggu.

"Peranan guru kaunselor juga adalah untuk memberi kaunseling tentang kerjaya murid supaya mereka faham ke mana harus mereka pergi (selepas tamat peresekolahan) dan untuk itu dari segi peranan, kita menetapkan KPI seperti jumlah murid dan kaunseling yang perlu dipenuhi guru bagi memenuhi sasaran yang ditetapkan kementerian untuk tahun 2012," katanya.

Puad berkata, tugas seorang guru kaunseling cukup mencabar kerana ia meliputi pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid, peningkatan disiplin, pendidikan dan kerjaya murid serta kesejahteraan mental murid.

- BERNAMA

SPM bukan tiket ke universiti

by
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menjamin penempatan universiti, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin.

"Itu adalah sangat jelas," katanya, yang menjelaskan bahawa keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM tidak menjamin bagi menempatkan para pelajar di universiti-universiti tempatan atau asing.

Beliau berkata, terdapat keperluan untuk para pelajar sama ada untuk pergi ke universiti-universiti tempatan atau di luar negara, yang membayangkan Kerajaan mungkin mempunyai mempertimbangkan untuk memberikan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Biasiswa JPA berulang kali menjadi isu, apabila Kerajaan perlu berurusan dengan ibu bapa kepada pelajar yang menunjukkan prestasi baik, yang tidak gembira apabila anak-anak mereka tidak diberikan bantuan untuk melanjutkan pelajaran.

Kerajaan juga bergelut dengan kenaikan kos untuk menaja pengajian tinggi, dengan jumlah perbelanjaan yang mencecah sehingga RM1.44 bilion untuk membiayai 1,500 pelajar di luar negara dan 2,500 pelajar universiti tempatan pada tahun lepas.

Ini tidak termasuk 8,000 pelajar lain yang diberi biasiswa pada tahun yang sama untuk mengikuti kursus diploma di universiti dan institusi tempatan.

"Untuk masuk universiti di luar negara, anda memerlukan sama ada A-Level atau ijazah sarjana muda antarabangsa.

"Di dalam negara, anda memerlukan sama ada STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) atau matrikulasi. Ini akan menjadi masa terbaik untuk menentukan siapa akan mendapat biasiswa," kata Khaled selepas Majlis Apresiasi Kursi Akademik Luar Negara di sini, Isnin.

Khaled enggan untuk mengesahkan sekiranya kerajaan mengenai apa-apa keputusan berhubung pemberian biasiswa JPA tahun ini, dengan mengatakan biarlah diputuskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, dan menteri yang mengendalikan isu berkenaan.

Khaled, bagaimanapun menambah, perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat mingguan Kabinet. Beliau enggan mengulas lanjut.

- MSTAR

Bank Rakyat umum Dividen 2011 sebanyak 20 peratus

by

KUALA LUMPUR 26 Mac - Kira-kira 926,578 ahli Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) bakal menikmati pembayaran dividen sebanyak 20 peratus bagi tahun kewangan 2011.

Pemberian dividen yang tinggi itu hasil daripada perniagaan Bank Rakyat yang telah mencapai keuntungan bersih tertinggi sebanyak RM2 bilion, rekod terbaik dan tertinggi sejak penubuhannya.

Agihan dividen sebanyak 20 peratus merupakan gabungan daripada dividen tunai sebanyak 15 peratus dan juga pemberian dividen bonus saham lima peratus.

Dividen tunai membabitkan peruntukan sebanyak RM330 juta, manakala dividen bonus berjumlah RM105.5 juta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemberian dividen lebih tinggi pada tahun ini kerana bank koperasi itu berjaya meningkatkan prestasi kewangannya.

Keuntungan RM2 bilion itu merupakan kenaikan sebanyak hampir 50 peratus, berbanding keuntungan RM1.34 bilion pada tahun 2010.

Keuntungan sebelum cukai dan zakat pula sebanyak RM2.02 bilion, naik 17.6 peratus berbanding RM1.72 bilion.

''Rekod keuntungan ini hasil fokus Bank Rakyat terhadap pertumbuhan aktiviti pembiayaan, di samping peningkatan kualiti aset walaupun berhadapan dengan cabaran dalam industri perbankan tempatan,'' katanya pada sidang akhbar selepas pengumuman prestasi kewangan itu.

Hadir sama Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim dan Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Dr, Syed Jalaludin Syed Salim.

Ismail Sabri berkata, Bank Rakyat akan terus mengekalkan momentum pertumbuhan pada tahun ini untuk merekodkan keuntungan sebanyak RM2.1 bilion, meskipun dalam keadaan ekonomi global yang tertekan.

''Kami tidak mempunyai masalah untuk meningkatkan keuntungan melalui strategi-strategi yang disusun,'' tambah beliau.

Katanya, dalam jangka pendek ini, pembiayaan peribadi akan terus menjadi sumbangan penting, sebelum Bank Rakyat mengurangkan tumpuan kepada segmen tersebut dengan menumpukan pembiayaan komersial.

''Sudah sampai masanya, Bank Rakyat menumpukan pembiayaan komersial kerana tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada pembiayaan peribadi,'' ujarnya.

Pada pengumuman itu, Ismail Sabri berkata, Bank Rakyat merekodkan jumlah pendapatan kasar bertambah sebanyak 13.3 peratus kepada RM5.5 bilion dan pendapatan bersih selepas agihan keuntungan kepada pendeposit bertambah kepada RM3.24 bilion.

Pendapatan dari sumber pembiayaan juga meningkat kepada RM4.46 bilion, yang mana sejumlah RM4.07 bilion disumbangkan oleh perbankan konsumer dan perbankan komersial RM385.2 juta.

Jumlah aset Bank Rakyat juga melonjak sebanyak 17.1 peratus atau RM10.57 bilion kepada RM72.48 bilion pada tahun 2011, selaras dengan pertambahan kukuh deposit sepanjang tahun.

- UTUSAN

Awal & Scha bakal bernikah pada 4 Mei 2012

by

Pasangan pelakon Awal Ashaari,31, akan melangsungkan pernikahannya dengan Scha Al Yahya,29, pada 4 Mei depan di Hotel Pullman, Putrajaya.

Berita itu diumumkan oleh kedua-dua pihak dalam satu sidang media khas yang diadakan di Ampwalk, Jalan Ampang di sini kira-kira pukul 3.30 petang Selasa.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Mei 2012.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari berkata, dia gembira kerana akhirnya dapat memperisterikan Scha selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun enam bulan.

"Sebenarnya saya dan keluarga telah merisik Scha pada 30 Mei lalu. Pada mulanya kami telah merancang untuk melangsungkan perkahwinan kami lebih awal, cuma jadual kerja yang padat dan masalah tempahan dewan membuatkan kami melewatkan sedikit tarikhnya," katanya.

Scha atau Sharifah Norazean Syed Mahadzir pula memberitahu, dia juga bersyukur apabila ada beberapa pihak yang sudi menaja perkahwinan mereka.

Terdahulu menerusi siaran Propaganza di Astro Ria Ahad lalu, Awal mengumumkan secara terbuka untuk melamar Scha ketika pelakon wanita itu sedang mengendalikan rancangan tersebut sebagai pengacara jemputan.

Bagaimanapun, jelas Awal, lamaran yang dilakukan secara terbuka itu bukanlah gimik tetapi sekadar ingin menunaikan hasrat Scha yang pernah bertanya bilakah dia ingin dilamar seperti yang dilakukan oleh kebanyakan orang.

"Walaupun permintaan Scha sekadar gurauan, saya tetap mahu menunaikan permintaannya. Bagaimanapun saya harap, pihak di luar sana tidaklah menganggap saya mahu mengikut budaya barat apabila melakukan tindakan itu," ujarnya.

- MSTAR

Tiga juta belum namakan waris Akaun Tabung Haji

by

Kira-kira tiga juta atau 43 peratus daripada tujuh juta pendeposit Lembaga Tabung Haji dikesan masih belum membuat penamaan waris bagi simpanan mereka.

Jurucakap Tabung Haji berkata, keadaan itu boleh mendatangkan kesukaran kepada ahli keluarga membuat tuntutan wang pusaka sekiranya pendeposit itu meninggal dunia.
Katanya, Tabung Haji sentiasa merujuk kepada borang penamaan waris sebelum memutuskan sebarang tuntutan wang pusaka bagi kes-kes kematian pendepositnya.
“Pengurusan Tabung Haji menyeru semua pendepositnya yang belum membuat sebarang penamaan waris agar bertindak segera membuat penamaan waris di mana-mana 119 cawangan Tabung Haji di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Tabung Haji berkata, borang penamaan waris boleh didapati di semua cawangannya atau muat turun dari laman www.tabunghaji.gov.my yang memerlukan pendeposit menyerahkan borang itu di cawangan Tabung Haji berdekatan bagi tujuan keselamatan dan pengesahan.

Tabung Haji juga menyarankan pendeposit yang membuat penamaan supaya menyemak dan mengemas kini penamaan waris mereka jika ada perubahan membabitkan perkahwinan, perceraian, kelahiran dan kematian.

Katanya, pendeposit boleh menghubungi Tabung Haji ‘Contact Centre’ di talian 03-62071919 atau faks, 03-77284959 atau e-mel ke th-info.gov.my

- BERITA HARIAN

Lebih 24,000 ahli KWSP daftar tunai haji

by
KUALA LUMPUR 26 Mac - Lebih 24,000 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil peluang mendaftar giliran mengerjakan haji setelah agensi itu menyediakan kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP sejak 3 Januari lalu.

Menurut Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, kemudahan itu bertujuan membantu ahli KWSP beragama Islam, terutama mereka yang berpendapatan rendah menunaikan tuntutan agama dengan membuat pendaftaran awal.

Beliau berkata, ahli KWSP perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM1,300 di dalam Akaun 1 KWSP untuk layak mendaftar giliran bagi mengerjakan haji di Tabung Haji tanpa melibatkan pengeluaran simpanan KWSP.

"Pelaksanaan kemudahan ini menarik minat ahli dan sambutan yang ditunjukkan juga sangat memberangsangkan," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah Nik Affendi, ahli KWSP yang berhasrat untuk membuat pendaftaran haji mestilah merupakan warga Malaysia dan beragama Islam.

Katanya, mereka juga mestilah belum mencapai umur 55 tahun dan mempunyai akaun simpanan di Tabung Haji manakala bagi ahli yang tidak mempunyai akaun simpanan pula boleh membuka akaun tersebut dengan deposit minimum sebanyak RM2.

"Ahli KWSP yang ingin membuat pendaftaran perlu mengemukakan MyKad dan penyata KWSP terkini sebagai pengesahan mereka mempunyai minimum RM1,300 dalam Akaun 1.

"Selain itu, ahli KWSP yang telah mendaftar untuk mengerjakan haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh membuat penukaran kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah ditetapkan," ujarnya.

Nik Affendi menambah, pendaftaran bagi kemudahan itu boleh dibuat di semua kaunter Tabung Haji, cawangan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat), dan Bank Islam Malaysia Berhad seluruh negara serta diproses mengikut prosedur yang ditetapkan.

Ahli KWSP juga boleh melayari laman web www.kwsp.gov.my atau laman web Tabung Haji di www.tabunghaji.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran haji tersebut.

Sebagai pilihan ahli KWSP juga boleh menghubungi Pusat Panggilan KWSP 03-89226000 atau Pusat Panggilan TH 03-62071919.

- UTUSAN

Mawi cerita detik cemas dirompak

by

PETALING JAYA: Penyanyi Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani tidak dapat melupakan pengalaman ngeri apabila rumah banglo miliknya di Bangi Golf Resort di pecah masuk perompak pada Isnin sehingga mengancam nyawanya dan keluarga.

Mawi, 31, berkata, kejadian yang berlaku pada pukul 4 pagi dan mengambil masa hanya 20 minit itu membuatkan dia cemas dan risau dengan keadaan keluarganya lebih-lebih lagi apabila wajahnya telah ditutup dengan baju selepas tangan diikat.

"Saya baru nak lelapkan mata selepas pulang dari Johor Baru bagi menjayakan siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang bakal berlangsung tak lama lagi.

"Tiba-tiba saya terjaga apabila pintu bilik diketuk kuat dan Ekin yang membuka pintu itu kerana menyangka pembantu rumah kami yang berbuat demikian.

"Kemudian, Ekin terus ditolak ke atas katil dan seramai tiga daripada empat perompak yang berpakaian serba hitam mengikat tangannya dan saya. Lebih mencemaskan ialah apabila wajah saya ditutup dengan baju," katanya.

Tambah Mawi, suspek turut mengacukan pisau ke leher isterinya dan meminta barang kemas dan mula menggeledah bilik mereka sebelum melarikan rantai, wang, serta empat buah telefon bimbit yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM10,000.

Selain Mawi dan Ekin atau Nora’asikin Rahmat, ibu mertuanya, Fatimah Saad, 55, neneknya, Salmah Sehan, 77, anak mereka, Cahaya Malaika dan seorang pembantu rumah turut berada dalam kejadian di mana mereka telah dibawa ke tingkat atas dan diikat.

Menurut bekas juara Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) itu lagi, dia percaya keempat-empat perompak tersebut memecah masuk ke rumahnya menggunakan tangga aluminium yang diambil dari tapak pembinaan perumahan berdekatan untuk memanjat tembok rumah lima bilik itu sebelum mengumpil tingkap di dapur.

"Selepas mereka (perompak) keluar dari rumah, saya membuka ikatan menggunakan gigi lalu menyelamatkan isteri, ibu mertua dan nenek lalu membuat laporan polis dengan segera," ujarnya.

Sebelum ini, kejadian rompakan pernah terjadi di rumah keluarga Mawi di Felda Taib Andak, Kulai, Johor Bahru pada 25 Julai 2009.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab Wahab memberitahu, pihaknya telah menahan tiga pekerja buruh tapak pembinaan di sebelah kediaman Mawi tiga jam selepas kejadian bagi membantu siasatan.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan berkumpulan dan rompakan dengan senjata.

- MSTAR

Jangan ambil mudah penjagaan mata

by

BAGAIMANA caranya seseorang itu melindungi matanya dan memastikannya dalam keadaan sihat?

"Dapatkan nasihat daripada optometris bila timbul keperluan untuk penjagaan mata," nasihat Khairunisah Muda, seorang optometris dari syarikat Menara Optometry.

Menurut beliau, umum perlu prihatin tentang dua situasi yang boleh melibatkan mata iaitu patologi dan fisiologi.

Optometris ialah seorang yang dilatih secara profesional dan mempunyai lesen bagi memeriksa mata, mengesan masalah, memberi diagnosis tentang mata dan mengesyorkan rawatan bagi mata yang mempunyai masalah.

Situasi patologi pula memerlukan rawatan perubatan termasuk pembedahan dalam kes terbentuknya katarak manakala fisiologi memerlukan terapi penglihatan yang kebanyakannya memerlukan langkah membetulkan otot oftalmik yang lemah atau penglihatan kabur.

Membeli cermin mata gelap merupakan pilihan ramai ketika ini. Ada juga yang memilih kaca mata yang murah dijual oleh penjaja tepi jalan.

Bagaimanapun bagi Hazirah Abdul Rahman, dia berjaya meyakinkan ibu bapanya agar membelikan sepasang cermin mata gelap dengan kanta kuasa, dua tahun lalu.

"Saya pilih jenama Fendi dan bapa saya terkejut besar bila mengetahui harganya lebih RM1,000. Saya rabun jauh, jadi cermin mata itu sudah tentu mahal sebab dipasang dengan kanta kuasa.

"Saya yakin cermin mata gelap seperti ini dapat melindungi mata kita daripada pancaran cahaya ultraviolet (UV) yang merosakkan," terang Hazirah.

Menyisipkan kanta ke dalam bingkai cermin mata adalah sesuatu yang menarik kini.

"Transisi kanta akan berubah mengikut tahap kepanasan dan ia bertindak sebagai pelindung terhadap pancaran UV seperti sepasang cermin mata gelap.

Terdapat juga kanta indeks tinggi yang antisilau atau tidak memantul dan kanta yang lebih nipis bagi mereka yang penglihatannya perlu diperbetul dengan lebih kuasa.

"Ini membuatkan kanta tidak perlu tebal sangat, tidak perlu berat dan lebih bergaya selain mudah dilekatkan pada bingkai," jelas Khairunisah.

Beliau menasihati orang ramai agar mengelak daripada membeli cermin mata untuk membaca, kaca mata yang ada kuasa, cermin mata gelap dan kanta lekap daripada pembekal yang tidak berdaftar.

Dalam dunia teknologi tinggi kini, terdapat pelbagai jenis kanta untuk perlindungan seperti kanta dengan indeks tinggi, polikarbonat, trivex dan aspherix.

Terdapat juga kanta dengan lapisan antisilau, tahan calar, berpolar, fotokromatik dan kanta UV-rawat.

Optometris Amir Husain Rahman Shariff, Pengarah Menara Optometry berkata, kanta bagi cermin mata gelap yang murah hanya dilapisi oleh warna gelap.

"Ia tidak selamat. Anda tidak dapat lihat matahari pun bila menggunakan kaca mata seperti ini.

"Tanyalah diri sendiri, kenapa guna cermin mata gelap sebegini? Adakah hanya untuk melindungi diri daripada pancaran cahaya UV?

"Pendedahan kepada sinar UV yang berlebihan akan membentuk katarak dan dalam amaun yang tinggi, ia boleh merosakkan kornea, kanta dalaman dan selaput retina," jelas beliau.

Dulu, cermin mata dipakai bagi membantu mereka yang mempunyai masalah penglihatan terutamanya rabun dalam kalangan anak muda.

Kemudian muncul pula generasi kanta lekap di mana remaja lebih berminat terhadap kanta lekap yang mempunyai warna.

"Kami mahu pemakai kanta lekap menjalani ujian terlebih dahulu, untuk pastikan sama ada mata mereka sesuai untuk kanta tertentu. Optometris akan menasihati mereka berbuat demikian," kata Khairunisah sambil menekankan jika tidak berhati-hati, pengguna kanta lekap boleh mencederakan matanya.

Optometris menasihatkan agar pengguna lebih berhati-hati bila membeli kanta lekap kerana terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi. "Mata pengguna kanta lekap tidak boleh kering kerana airmata boleh melegakan rasa tidak selesa bila memakai kanta lekap.

"Bagi mereka yang mempunyai mata agak kering adalah tidak sesuai menggunakan kanta ini. Sebab itulah penting mata mereka diperiksa oleh optometris terlebih dahulu," kata Khairunisah.

— BERNAMA

Tempoh sah Baucar Buku 1Malaysia dilanjutkan ke 30 April 2012

by

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju melanjutkan tarikh tempoh sah penggunaan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sehingga 30 April ini untuk dimanfaatkan lebih 30,000 pelajar baru kemasukan kedua ke institusi pengajian (IPT) di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata keputusan itu dibuat kerana pelajar yang baru mendaftar di IPT antara Januari hingga Mac mendakwa mereka mungkin tidak dapat menggunakan baucar berkenaan kerana tarikh lupusnya terlalu hampir iaitu Sabtu ini.

“Saya ingin menegaskan hanya pelajar mendaftar sebelum 31 Mac layak mendapat kemudahan BB1M. Mereka yang mendaftarkan selepas tarikh itu tidak layak menerima BB1M.

“Berdasarkan rekod kementerian, 1.27 juta pelajar sudah menerima 5.1 juta BB1M yang dianggar bernilai RM255 juta, termasuk mereka yang mendaftar sejak Januari lalu hingga sekarang.

“Daripada 5.1 juta baucar BB1M yang diagihkan, hanya kira-kira 50 peratus sudah diterima balik oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) daripada kedai buku untuk ditukarkan dengan wang tunai,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penghargaan Kursi Pengajian Melayu di Luar Negara di sini, semalam.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut menyerahkan watikah pelantikan pemegang Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University (BFSU), China, kepada Prof Dr Mohd Taib Dora.

Katanya, BB1M selebihnya mungkin masih berada di tangan pelajar atau kedai buku yang belum menunaikannya dan beliau meminta kerjasama 292 kedai buku di seluruh negara yang menyertai program itu supaya menerima baucar berkenaan walaupun tarikh lupus yang dicetak padanya ialah 31 Mac ini.

KPT juga akan mengeluarkan notis menerusi akhbar utama bagi memaklumkan kepada pemilik kedai buku dan pelajar IPT bahawa tarikh tempoh sah BB1M kini dilanjutkan sehingga 30 April ini.

- BERITA HARIAN

Garis Panduan Baucar Buku 1Malaysia
http://myadha.blogspot.com/2012/01/garis-panduan-baucer-buku-1malaysia.html

Pesta komputer tablet Celcom 2012 di Plaza Low Lat

by

Celcom Axiata Bhd. (Celcom) menganjurkan pameran eksklusif komputer tablet, I Love Tablet Fair 2012 di Plaza Low Yatt, Kuala Lumpur bermula 26 Mac sehingga 1 April 2012.

Pameran tersebut menyediakan peluang kepada pelanggan untuk membeli barangan pada harga diskaun sehingga 35 peratus, selain berkesempatan untuk melihat tablet-tablet terbaharu di pasaran, telefon pintar serta tawaran hebat bagi jalur lebar Celcom.

Menurut satu kenyataan di sini hari ini, pameran tersebut bakal diadakan di seluruh negara bermula April sehingga Jun tahun ini.

Ketua Operasi, Data Terkini Celcom, Afizulazha Abdullah berkata, sebab utama pameran tersebut diadakan bagi membolehkan syarikat menawarkan lebih nilai kepada pelanggan.

"Cabaran terbesar di kalangan pemain industri adalah bagaimana untuk menjadikan jalur lebar sesuatu yang mampu dimiliki oleh semua orang," katanya.

Sebagai contoh, ketika acara tersebut diadakan, pelanggan boleh membeli Samsung Galaxy Tablet terpilih pada harga serendah RM918 dengan rebat tambahan RM120 pada komitmen bulanan jalur lebar mereka.

Selain itu, bagi para pelanggan yang mahu meningkatkan kuota jalur lebar di dalam pakej mereka, Celcom menawarkan kuota tambahan bulanan sehingga dua gigabit (2GB) secara percuma pada pakej-pakej terpilih.

Selain Samsung Galaxy Tab, pelbagai telefon pintar menggunakan sistem Android, BlackBerry, Windows Phone dan Symbian turut ditawarkan dengan harga menarik.

- UTUSAN

Amalan rohani bantu lonjak prestasi akademik

by
Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar

KITA baru saja mengetahui keputusan Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2011 yang menunjukkan prestasi terbaik dalam tempoh lima tahun. Seperti lazimnya dalam sehari dua selepas keputusan diumumkan, pelbagai media memaparkan berita dan laporan mengenai calon yang berjaya dengan cemerlang.

Dalam banyak laporan, tentu sekali hati kita terpanggil menghayati satu kisah kejayaan pelajar terbaik Terengganu, Fatin Hamimi Abdullah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Nurul Ittifaq yang dikira wajar kita renungi bersama dan lanjutkan kupasannya. Pelajar ini memperoleh semua 11 A+ dalam peperiksaan.

Menurut pelajar cemerlang itu, resipi kejayaannya dihasilkan melalui usaha gigih, menunaikan solat hajat selama 40 hari berturut-turut sebelum peperiksaan bermula dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan pemahaman terhadap pelajaran. Inilah resipi kejayaan beliau yang boleh dicontohi.

Apa yang menariknya di sini ialah kekuatan dalaman beliau terhasil menerusi amalan solat hajat. Inilah yang dikatakan amalan kerohanian akan membuahkan natijah positif ke atas diri seseorang.

Allah SWT sendiri meminta kita selalu bermunajat kepada-Nya untuk memohon sesuatu hajat. Jadi, kaedah solat hajat dan berdoa menjadi dua pendekatan terbaik mententeramkan hati anak kita ketika belajar.

Solat hajat adalah salah satu kaedah terbaik diamalkan dalam usaha memohon pertolongan Allah dan sebagai ibu bapa, kita seharusnya mendidik dan membimbing anak cara yang betul menunaikannya.

Kita sedia mengetahui, menerusi amalan solat, jiwa anak lebih tenteram, malah membangkitkan semangat dalaman yang kuat untuk belajar.

Allah SWT sendiri meminta kita sebagai hamba-Nya menjadikan solat hajat sebagai penolong dalam menghadapi kehidupan dunia ini. Firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.” (Surah al-Baqarah ayat 153)

Melalui solat hajat, bermakna kita didik anak mengikut sunnah Rasulullah SAW kerana ketika menghadapi sesuatu masalah atau kerumitan, Baginda akan mendirikan solat.

Melalui amalan solat termasuklah solat sunat, kita mendidik nafsu anak supaya taat kepada Tuhan dan menyedarkan mereka bahawa hanya kepada Allah saja tempat mereka memohon pertolongan.

Selain solat sunat hajat, amalan menunaikan solat tahajud juga sangat sesuai kita galakkan kepada anak lakukannya. Khususnya terhadap anak yang berada pada usia remaja. Rasulullah SAW memberitahu bahawa solat terbaik selepas solat fardu ialah solat tahajud kerana di dalamnya terkandung banyak fadilat.

Kata Rasulullah SAW bermaksud: “Solat tahajud dapat menghapuskan dosa, mendatangkan ketenangan dan menghindarkan penyakit.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Dalam mengkaji manfaat solat tahajud kepada manusia, seorang pengkaji Dr Mohammad Salleh ada mencatatkan dalam bukunya bertajuk Terapi Solat Tahajud bahawa solat tahajud boleh digunakan sebagai alternatif bagi memperbaiki gerak balas emosional positif, mampu meningkatkan dan membaiki daya ketahanan imunologi tubuh badan seseorang pengamalnya.

Justeru, untuk anak remaja kita yang sedang belajar dan bakal menghadapi peperiksaan, sangat sesuailah kita asuh mereka mendirikan solat sunat tahajud. Ini kerana ia satu pendekatan kerohanian yang akan memberikan kedamaian jiwa dan sekali gus menyemarakkan semangat positif kepada mereka untuk tekun dalam pembelajaran.

Resipi kedua dalam menguatkan potensi diri anak ketika menghadapi pelajaran ialah melalui amalan berdoa. Imam Bukhari berpesan, “Berdoalah apa saja kepada Allah, kerana ia kekuatan orang mukmin. Selain itu, doa adalah hadiah istimewa daripada Allah kepada umat Muhammad.”

Amalan berdoa akan meninggalkan kesan psikologi yang kuat dalam diri seseorang anak kerana mereka menjadi bertambah yakin dan bersemangat tinggi untuk berhadapan dengan apa saja kesulitan ketika aktiviti pembelajaran dijalankan.

Banyak testimoni berkaitan manfaat doa yang dijalankan, namun kebanyakannya tertumpu kepada kaitan doa dengan penyembuhan sesuatu penyakit.

Menghadapi pelajaran sama juga halnya menghadapi sesuatu penyakit kerana jiwa tertekan dan dalaman menjadi kurang stabil dengan pelbagai fikiran yang negatif. Maka, melalui berdoa boleh memadamkan emosi negatif itu sehingga menimbulkan kekuatan dalam jiwa yang positif.

Jiwa yang disirami bacaan doa kepada Allah sebenarnya tertanam sikap tawakal yang luhur. Inilah sebenarnya faktor menjadi tunjang ke arah emosi positif ketika melakukan apa saja pekerjaan.

Umat Islam dan hamba Allah seharusnya lebih yakin bahawa melalui amalan doa akan memberikan keberhasilan dalam mencapai tujuan hidup. Ingatlah kita akan peringatan Allah ini: “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah ayat 186)

- BERITA HARIAN

Ujian MEdSI untuk Calon yang memohon Program Pendidikan ISMP di IPTA 2012

by


MAKLUMAT UJIAN MEdSI (CALON YANG MEMOHON PROGRAM IJAZAH PENDIDIKAN)

Panduan Soalan MEDSI Bagi Program Pendidikan : http://panduandpli.com/hop.php?ref=my

SEMAKAN panggilan menduduki Ujian MEdSI adalah melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my mulai 20 April - 27 April 2012.

Tarikh Menduduki MEdSI adalah pada 28 April 2012.

NAMA PUSAT Ujian MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.

TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.

Ujian MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN DI PILIHAN 1 ATAU PILIHAN 2 SAHAJA ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.

Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.

Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM 10 MINIT.

Soalan Ujian MEdSI adalah berbentuk Inventori yang terbahagi kepada Empat (4) Bahagian.

Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.

Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan).

http://groups.yahoo.com/group/mykerjaya


Panduan Soalan MEDSI Bagi Program Pendidikan : http://panduandpli.com/hop.php?ref=my


MSU tawar pengajian berkualiti dalam bidang kritikal untuk lepasan SPM, STPM

by

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) perlu mempertimbangkan Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) sebagai salah satu opsyen untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertiari kerana ia mengutamakan pendidikan berkualiti dan kaedah pengajaran kreatif dalam melahirkan graduan yang kompeten serta berdaya saing.

Naib Presiden Komunikasi Korporat MSU, Datuk Rosli Yusof berkata, MSU mengamalkan pendekatan pembelajaran menyeluruh dengan menerapkan elemen seperti pendedahan antarabangsa, komponen latihan industri, kemahiran insaniah, sistem mentoring, dan melibatkan pelajar kepada aktiviti khidmat komuniti demi meningkatkan kebolehpasaran mereka.

"Pengiktirafan yang diterima dari dalam dan luar negara turut mengukuhkan lagi MSU sebagai universiti yang menawarkan program pengajian berkualiti," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Antara pengiktirafan yang diterima MSU termasuklah Universiti Cemerlang oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi sistem penarafan di kalangan semua universiti di Malaysia serta di akreditasi oleh Accreditations Services for International Colleges (ASIC), United Kingdom (UK).

"MSU juga merupakan kampus perubatan pesisir antarabangsa pertama yang mendapat akreditasi selama lima tahun oleh Malaysia Medical Council (MMC) selain menjadi universiti pertama di luar Jepun yang mendapat pengiktirafan The Alliance on Business Education and Scholarship for Tommorow (ABEST 21), Jepun," jelasnya.

Tambah Rosli, peluang melanjutkan pengajian di peringkat antarabangsa turut disediakan melalui Program Pertukaran Pelajaran Antarabangsa MSU.

"Melalui program ini, pelajar mempunyai pilihan untuk mengikuti pengajian di lebih 40 buah universiti di UK, Amerika Syarikat, Australia, Afrika Selatan, Jepun, Eropah Timur, New Zealand, Australia, India dan Indonesia yang merupakan rakan universiti MSU," ujarnya.

Menurut Rosli, di samping menawarkan program berkualiti dan diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), MSU turut membantu pelajarnya dalam mendapatkan bantuan kewangan berbentuk biasiswa yang dinamakan Biasiswa Presiden dan Yayasan Presiden.

MSU akan menyertai Festival Hari Guru Peringkat Kebangsaan anjuran Kumpulan Utusan pada 12 hingga 16 Mei ini di Kuala Kangsar, Perak.

Untuk maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan oleh MSU, sila hubungi 03-55216868 atau layari www.msu.edu.my

- UTUSAN

Taman indah dalam pusat beli-belah di Berjaya Times Square (BTS)

by

RUANG dalaman tingkat tiga pusat beli-belah Berjaya Times Square (BTS), Kuala Lumpur ceria dengan hiasan tumbuh-tumbuhan replika menghijau.

Meliputi kawasan seluas 5,000 kaki persegi (464 meter persegi) dikenali sebagai Central Park, seluruh kawasan tingkat itu diubah suai semula dengan tema kehijauan.

Ia dilihat menjadi ikon baharu BTS selepas pengurusan pusat beli-belah itu memperkenal 1st Avanue dan 5th Avenue di situ yang mengambil inspirasi ala pusat beli-belah di New York.

Central Park yang mengambil enam bulan proses renovasi juga adalah inisiatif untuk pihak BTS menarik lebih ramai pengunjung ke pusat beli-belah yang terletak di Kuala Lumpur itu.

Menempatkan kira-kira 40 gerai jualan di lot perniagaan Central Park, ia menjual pelbagai barangan daripada busana fesyen sehinggalah aksesori.

“Kami menggunakan replika tumbuhan renek untuk menghiasi kawasan ini. Ia memberikan satu persekitaran yang dingin. Sebanyak empat replika tumbuhan berbeza digunakan dan semuanya melibatkan kos sebanyak RM3.5 juta,” kata Pengurus Pemasaran dan Promosi Kanan BTS, Tan Boon Leong.

Usaha yang melibatkan rekaan beberapa pereka dalaman, menawarkan pemandangan yang sangat unik dan cantik terutamanya apabila pengunjung berada di tingkat atas Central Park.

“Selain untuk tujuan membeli-belah gaya bazar, dekorasi hijau di Central Market memberi suasana yang ceria dan selesa kepada pengunjung untuk membeli-belah,” katanya.

Harga barang murah

Ujarnya lagi, pihak pengurusan menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap Central Park kerana BTS sendiri mempunyai trafik pengunjung mencecah 2.2 hingga 2.3 juta orang sebulan.

Oleh yang demikian, Central Park juga diyakini akan menarik lebih ramai pengunjung dan ia dibuktikan dengan trafik yang bertambah sejak Central Park diperkenal baru-baru ini.

“Oleh kerana itulah, pihak pengurusan telah menetapkan sewa yang tinggi kepada penyewa gerai di sini.

“Kami percaya, setiap penyewa di sini pasti akan mendapat keuntungan berganda,” ujar Boon Leong merujuk kepada sewa gerai yang mencecah RM86 sekaki persegi (0.09 meter persegi).

Deretan gerai-gerai kecil yang dihiasi cantik dengan landskap hijau, tambah ceria apabila penggerai juga menyuntik inisiatif sendiri menyusun atur kemas produk jualan mereka.

Bahkan, pengunjung bukan sahaja pasti gembira apabila dijamu mata dengan dekorasi hijau malah, tawaran harga murah yang ditawarkan penggerai.

Hanya dengan RM10, anda boleh memiliki tali pinggang bergaya untuk wanita atau RM25 untuk pakaian dres yang cantik.

Bagi kaum Adam pula, dengan harga RM25 hingga RM35, cermin mata gelap boleh menjadi milik mereka.

Antara gerai di Central Park yang wajib dikunjungi termasuklah Macco Gifts yang menawarkan pouch dan aksesori telefon bimbit pintar.

Tidak ketinggalan Shuz Box untuk kasut wanita dan Planet Pop untuk mendapatkan snek bertih jagung sambil membeli-belah.

- KOSMO!

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90