Top Ad 728x90

Amaran Ribut Sonamu ke atas Pantai Timur Ditarik Balik

Majlis Keselamatan Negara pada Selasa mengumumkan bahawa ribut Sonamu tidak dijangka melanda negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.

Berdasarkan maklumat terkini yang dibekalkan Jabatan Meteorologi, majlis itu berkata bahawa amaran hujan lebat dan angin kencang telah ditarik balik pada pkul 8.35 malam, Isnin.

Bagaimanapun jurucakap majlis itu berkata mereka masih memantau perkembangan di Terengganu, Pahang dan Kelantan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan angin kencang dan laut bergelora di sepanjang pantai," katanya.

Maklumat terkini mengenai keadaan cuaca boleh diperolehi dari laman web : www.met.gov.my atau talian hotline (03-79678116).

- BERNAMA

1 Comment:

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90