MARA sedia RM500 juta bantu usahawan Bumiputera tahun 2013

Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperuntukkan RM500 juta dana pembiayaan untuk disalurkan kepada usahawan Bumiputera di seluruh negara, tahun 2013 ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Datuk Mohd Rosdi Ismail, berkata peruntukan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab pihaknya yang sudah dilakukan sejak 1951 bagi membantu usahawan Bumiputera dalam bidang keusahawanan.

Katanya, tahun lalu, RM634 juta disalurkan kepada lebih 7,000 usahawan Bumiputera dan menjangkakan tahun ini, dana itu akan disalurkan sepenuhnya.

Sambutan diterima MARA terhadap dana ini amat menggalakkan dan biasanya kami terpaksa menambah peruntukan kerana menerima banyak permohonan” Mohd Rosdi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA

“Sambutan yang diterima MARA terhadap dana ini amat menggalakkan dan kebiasaannya kami terpaksa menambah peruntukan kerana menerima banyak permohonan.

“Menerusi pembiayaan ini, ia akan dapat membantu usahawan yang sama ada baru ingin memulakan perniagaan atau mengembangkan operasi perniagaan.

Boleh mohon di cawangan

“Usahawan Bumiputera yang berminat boleh memohonnya di mana-mana cawangan MARA di seluruh negara dengan permohonan dijangka mengambil masa dua minggu untuk diproses sebelum diluluskan, bergantung kepada syarat dan kriteria ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas majlis penutupan Karnival Teknousahawan KKTM dan IKM 2013 di ibu pejabatnya, di sini, semalam.
Karnival catat jualan RM40,000

Karnival yang julung kali diadakan itu memberi peluang kepada pelajar dari 21 Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) seluruh negara mempamer serta memasarkan produk yang dihasilkan mereka.

Sepanjang tiga hari karnival berkenaan yang berlangsung di ruang legar Medan Mara, ia mencatat nilai jualan lebih RM40,000.

Mengenai rancangan untuk mewujudkan 500 usahawan Bumiputera berstatus jutawan tulen menjelang 2015, Mohd Rosdi berkata, ia kini berada dalam landasan tepat dengan setakat ini 196 jutawan sudah dilahirkan.

Katanya, daripada jumlah itu, tiga daripadanya sudah dipilih oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) untuk diserap masuk ke Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TeraS).

- BERITA HARIAN MARA sedia RM500 juta bantu usahawan Bumiputera tahun 2013

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran