MRSM Tawau tawar A-Level

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) mencatat sejarah apabila buat julung kalinya menawarkan program A-Level atau pra-universiti apabila MRSM Tawau atau kini dikenali MRSM Tun Mustapha dipilih sebagai perintis.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata program ditawarkan mulai tahun depan, sejajar hasrat kerajaan menerusi MARA bagi memperkasakan pendidikan luar bandar.

Katanya, ia juga akan memudahkan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari daerah ini dan sekitar melanjutkan pengajian dalam kursus A-Level tanpa perlu keluar bandar atau negeri.

“MRSM Tun Mustapha akan dinaik taraf menjadi MRSM pertama di negara ini yang menyediakan program A-Level kepada lepasan SPM menyambung pelajaran sekali gus membolehkan mereka ke peringkat lebih tinggi sehingga luar negara.

Ringan beban ibu bapa

“Penganjuran program A-Level di MRSM ini bukan saja membuka peluang kepada pelajar setempat dan daerah berdekatan seperti Kunak, Lahad Datu serta Semporna melanjutkan pelajaran, malah meringankan beban ibu bapa terutama dalam menyediakan pembiayaan dan tambang jika belajar di bandar atau luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan MRSM berkenaan, di sini, semalam. Turut hadir, Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Ghapur Salleh; Pembantu Menteri Kewangan negeri, Datuk Taufiq Abu Bakar Titingan dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad.

MRSM itu yang beroperasi sejak 2008 kini dikenali MRSM Tun Mustapha sempena negarawan Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun yang banyak menyumbang kepada negara dan negeri ini.

Pencapaian cemerlang

Mohd Shafie berkata, pelajar MRSM boleh memohon melanjutkan pengajian A-Level di MRSM Tun Mustapha yang dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang dan mendapat keputusan terbaik di Borneo.

“Kemudahan termasuk makmal untuk program ini disediakan secukupnya bagi memenuhi keperluan pelajar. Kita jangka 150 tempat disediakan tahun depan,” katanya.

- BERITA HARIAN MRSM Tawau tawar A-Level

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran