Top Ad 728x90

Pelajar Kelas Pertama perlu mohon pengecualian bayaran balik PTPTN

Seramai 4,000 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mendapat kelas pertama belum memohon bagi pengecualian bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, sehubungan itu mereka diberi tempoh sehingga 31 Jun 2013 ini untuk berbuat demikian.

"Kegagalan berbuat demikian sehingga berakhir tarikh itu akan menyebabkan mereka perlu membayar balik pinjaman sepertimana yang termaktub dalam surat perjanjian pinjaman," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, pelajar berkenaan boleh melayari laman web PTPTN atau datang sendiri ke pejabat PTPTN bagi membuat permohonan pengecualian pinjaman.

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90