Top Ad 728x90

,

Tujuh juta isi rumah dan individu bujang dapat BR1M 2.0 mulai 1 Februari 2013

Sebanyak tujuh juta isi rumah dan individu bujang bakal memperoleh bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, mulai 1 Februari 2013 ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, bagi tujuan itu, sebanyak RM3 bilion diperuntukkan untuk membolehkan pembayaran dibuat melalui Pejabat Daerah dan Pejabat Pegawai Pembangunan Zon di seluruh negara.

"Tahun 2012 kita sudah mengagihkan BR1M kepada 4.1 juta isi rumah dan mereka masih layak untuk diberikan BR1M 2.0. Jumlah ini akan dicampur dengan pemohon baru yang terdiri daripada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah dan juga orang bujang.

"Jadi kita jangkakan seramai tujuh juta orang akan dapat manfaat BR1M 2.0,'' katanya selepas merasmikan Menara Hasil Sungai Petani di Bandar Amanjaya, di Sungai Petani, Kedah.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90