Rabu, Februari 27, 2013

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) - Tarikh Tutup : 5 Mac 2013

JAWATAN:
- Pekerja Awam Gred R1

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.perda.gov.my/

IKLAN JAWATAN:
http://www.perda.gov.my/pengumuman/2013/Pekerja%20Awam%20Feb%2013.pdf

BORANG PERMOHONAN:
http://www.perda.gov.my/pengumuman/2013/BORANG%20PERMOHONAN%20JAWATAN%20PERDA%202013.pdf

Tarikh Tutup : 5 Mac 2013


Jawatan Kosong Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) : Tarikh Tutup : 10 Mac 2013

JAWATAN:
1. Pegawai Undang-undang L48
2. Pegawai Laut A41
3. Pegawai Undang-undang L41
4. Pegawai Tadbir N41
5. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
6. Penolong Jurutera Mekanikal (Automotif) J29
7. Setiausaha Pejabat N27
8. Juruteknologi Pergigian U29
9. Jururawat Pergigian U29
10. Pegawai Kebudayaan B17
11. Juruteknik (Automotif) J17
12. Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) N17
13. Pegawai Khidmat Pelanggan N17
14. Pembantu Tadbir Kewangan W17

IKLAN JAWATAN:
http://erecruitment.upnm.edu.my/Iklan/2013-Feb-Mac%202013/Iklan%20Jawatan%20Kosong%202013.pdf

BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://erecruitment.upnm.edu.my/

Tarikh Tutup : 10 Mac 2013



Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) - Tarikh Tutup : 8 Mac 2013

JAWATAN:
1. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG
2. PENOLONG AKAUNTAN
3. PEMBANTU AKAUNTAN
4. PEMANDU KENDERAAN

IKLAN JAWATAN:
http://www.mpaj.gov.my/64

BORANG PERMOHONAN:
http://www.mpaj.gov.my/documents/10124/570ae0c5-82b3-46af-b7b8-9e91c363f34c

Tarikh Tutup : 8 Mac 2013


Skim Latihan Siswazah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) - Tarikh Tutup : 15 Mac 2013

PROGRAM:
- Skim Latihan Siswazah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA mempelawa graduan yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten untuk menjadi Pelatih bagi Skim Latihan Siswazah seperti berikut:
  1. TEMPOH LATIHAN
    Tempoh latihan adalah selama 12 bulan.
     
  2. ELAUN & KEMUDAHAN
    -
    Pelatih akan dibayar elaun sebanyak RM 750.00 setiap bulan.
    -
    Perlindungan perubatan sebagai pesakit luar di klinik panel dan hospital kerajaan.
     
  3. SYARAT KELAYAKAN
    -
    Masih belum mempunyai pekerjaan tidak lebih dari 12 bulan selepas graduasi dan tidak pernah mengikuti program Skim Latihan yang dianjurkan oleh mana-mana Badan Kerajaan atau organisasi lain.
    -
    Keutamaan adalah kepada calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Rekabentuk Multimedia, Grafik, Teknologi Maklumat (Multimedia), Sains Komputer atau mana-mana bidang lain yang berkaitan serta mempunyai kemahiran dalam reka bentuk grafik, susun atur dan visualisasi menggunakan Photoshop, Illustrator, Flash, Flash Action Script 2.0, HTML, XML, Camtasia CSS, Java Script.
     
  4. SKOP LATIHAN
    Membantu Pereka Kreatif, Pereka Multimedia dan Pembangun Kandungan dalam perancangan, pembangunan dan reka bentuk pengeluaran kandungan e-Pembelajaran dan bahan pengajaran melalui media digital menggunakan maklumat animasi, teks, gambar, video dan bunyi.
     
  5. CARA MEMOHON
    Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan menghantar resume, salinan Ijazah Sarjana Muda beserta transkrip lengkap, salinan sijil-sijil akademik, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran dan sekeping gambar berukuran pasport pada atau sebelum 15 MAC 2013 ke alamat e-mel berikut :
     
    skimlatihansiswazah@gmail.com
Hanya pemohon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi. Permohonan calon adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas dari KWSP 3 BULAN dari tarikh iklan ditutup.

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) - Tarikh Tutup : 3 Mac 2013

JAWATAN:
1. Pegawai Perancang Bandar Dan Desa
2. Pegawai Tadbir
3. Pegawai Undang Undang

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.lada.gov.my/v2/perjawatan.html

IKLAN JAWATAN:
http://www.lada.gov.my/v2/files/jawatan/iklan3Mac2013.pdf

BORANG PERMOHONAN:
http://www.lada.gov.my/v2/files/borangjk013.pdf

Tarikh Tutup : 3 Mac 2013


Jawatan Kosong Perbadanan Taman Negara Johor - Tarikh Tutup : 28 Feb 2013

JAWATAN:
1. Penolong Pemelihara Hutan Gred G27
2. Pemelihara Hutan Gred G41
3. Pekerja Awam Gred R1
4. Pembantu Penguatkuasa Gred N17

IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON:
http://johorparks.blogspot.com/p/jobs.html

Tarikh Tutup : 28 Februari 2013



Kahwin kurangkan risiko sakit jantung?

Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Finland, Januari lalu, menunjukkan bahawa individu yang tidak pernah berkahwin bakal meningkatkan risiko diserang sakit jantung sama ada lelaki mahupun wanita tidak kira berapa usia mereka.

Kajian terhadap sekumpulan penduduk di Finland itu dilakukan khususnya dalam kalangan pasangan pertengahan umur yang telah berkahwin.

Didapati kehidupan golongan itu lebih baik dari risiko terkena serangan jantung sama ada sebelum atau selepas dimasukkan ke hospital juga rendah.

Kajian tersebut disiarkan dalam European Journal of Preventive Cardiology baru-baru ini yang mana itu merupakan data-data yang telah didaftarkan berasaskan FINAMI Myocordial Infarction dari tahun 1993 sehingga 2002.

Kajian berkenaan melibatkan maklumat orang ramai yang berusia 35 tahun ke atas di empat kawasan geografi di Finland.

Dalam satu keadaan yang dikenali sebagai Sindrom Jantung Akut (ACS), pengarangnya berkata, sasaran pihaknya adalah menjalankan kajian berdasarkan ramalan terhadap ACS yang dikaitkan dengan sosio-karakteristik demografi, status perkahwinan dan saiz isi rumah.

Pendaftaran itu juga merekodkan lebih 15,300 kes ACS direkodkan dalam jangka masa 10 tahun iaitu lebih separuh (7,703) daripada penghidapnya akan meninggal dunia dalam tempoh 28 hari.

Keadaan ini menimpa kebanyakan lelaki dan wanita secara sama rata. Bagaimanapun analisa ini juga menunjukkan standard umur insiden kes ACS dianggarkan 58-66 peratus lebih tinggi dalam kalangan lelaki yang tidak berkahwin.

Manakala 60-65 peratus lebih tinggi dalam kalangan wanita yang tidak berkahwin.

Sementara kebarangkalian pengidap ACS akan meninggal dunia dalam tempoh 28 hari pula didapati 60 hingga 168 peratus lebih tinggi bagi lelaki yang tidak berumah tangga dan 71 hingga 175 peratus lebih tinggi dalam kalangan wanita tidak berkahwin.

Biasanya, ramalan kematian dalam kalangan warga emas yang berusia 65 hingga 74 tahun adalah 247 orang dalam setiap 100,000 orang setiap tahun.

Tetapi meningkat kepada 493 orang dalam setiap 100,000 orang dalam kalangan wanita yang tidak berkahwin.

Secara statistik angka-angka itu menunjukkan angka kematian dalam tempoh 28 hari akibat ACS dalam kalangan lelaki pula, kadarnya adalah 26 peratus bagi lelaki berkahwin yang berusia antara 35 hingga 64 tahun dan 42 peratus bagi lelaki yang baru mendirikan rumah tangga, manakala 51 peratus bagi lelaki yang tidak pernah berkahwin.

Berdasarkan penemuan itu, juga didapati beberapa kes yang melibatkan kematian dalam kalangan lelaki dan wanita bujang adalah lebih tinggi dalam kalangan mereka yang tinggal dengan seorang atau lebih ramai teman.

Beberapa kemungkinan mengapa individu bujang dikaitkan dengan risiko penyakit berkaitan koronari terutama yang boleh membawa maut.

Antaranya, kemungkinan individu yang mempunyai tahap kesihatan yang rendah mungkin lebih terdorong untuk kekal tidak berkahwin atau bercerai sehingga mereka meninggal dunia.

Pasangan berkahwin mungkin mempunyai keadaan kesihatan yang lebih baik dan menikmati sokongan sosial yang lebih tinggi berbanding mereka yang bujang berdasarkan kelangsungan hidup mereka yang mengutamakan rumah tangga.

Keadaan ini akan mempengaruhi keadaan kesihatan mereka secara keseluruhan.

Sumber : UTUSAN

Presiden Filipina Beri Amaran Kepada Sultan Sulu, Penceroboh Masih Ingkar


Presiden Filipina Benigno Aquino memberi amaran kepada Sultan Sulu pada Selasa bahawa beliau akan berdepan tindakan undang-undang sekiranya tidak menamatkan pencerobohan pengikutnya di Sabah.

Aquino memberitahu Sultan Jamalul Kiram III untuk memanggil pulang 180 pengikutnya supaya meninggalkan sebuah perkampungan nelayan dekat Lahad Datu yang diceroboh masuk sejak 9 Februari lalu.

"Sekiranya anda memilih untuk tidak bekerjasama, tindakan undang-undang negara ini akan digunakan untuk mencapai keadilan bagi semua.

"Keadaan seperti ini tidak boleh berterusan. Jika anda seorang pemimpin sebenar pengikut anda, anda perlu bekerjasama dengan kami dalam mengarahkan mereka pulang secara aman," kata Aquino dalam satu kenyataan yang disiarkan sebuah stesen televisyen tempatan.

Penceroboh Bersenjata Sulu Masih Ingkar

Polis bersedia untuk menamatkan pencerobohan yang melibatkan kumpulan Sulu di kampung Tandou, kira-kira 165 kilometer dari sini, apabila penceroboh bersenjata pada saat akhir tidak mempedulikan cubaan pihak berkuasa Malaysia dan Filipina untuk membawa mereka meninggalkan Sabah dengan aman.

Kumpulan itu yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, yang mendakwa merupakan saudara kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, masih ingkar dan menolak permintaan terbaru oleh Presiden Filipina, Benigno Aquino dan wakil Malaysia walaupun tiga tarikh akhir diberikan kepada mereka telah dilanjutkan, di mana yang terakhir berakhir pada Selasa.

Dalam perbualan telefon dengan The Star, Azzimudie berkata, kumpulan itu bersedia untuk menghadapi serangan.

“Kami baik sahaja. Kami menjangkakan angkatan bersenjata Malaysia akan membuat serangan pada hari ini (Selasa). Kami sedia untuk mempertahankan diri, kami tidak takut,” katanya.

Ditanya mengapa memikirkan bahawa kumpulan itu akan diserang, beliau menjawab: “Kerana ditunjukkan di televisyen dan di radio bahawa tarikh akhir telah tamat. Kami tidak takut kerana kami tahu adalah benar. Ini adalah tanah kami.”

Ditanya sekiranya beliau tidak takut berikutan hanya mempunyai seramai 30 lelaki bersenjata, Azzimudie berkata: “Kami sudah bersedia, kami sedang menunggu. Kami tidak akan menyerang (tetapi) kami akan mempertahankan diri kami.”

Azzimuddie yang juga berhubung dengan saudaranya menerusi telefon, telah menyatakan bahawa beliau hanya akan mengambil pesanan daripada Jamalul Kiram.

Sementara itu, setiausaha agung kesultanan yang diperkatakan, iaitu Abraham Idjirani berkata, kumpulan itu menolak rayuan Aquino untuk kembali ke Filipina.

Setelah membiarkan pasukan Sulu mengepung selama hampir tiga minggu, pasukan keselamatan Malaysia, yang menunggu untuk mendapatkan satu perintah untuk menangani kumpulan bersenjata itu, dengan tampil di beberapa lokasi strategik di dalam dan di luar sekitar perladangan Felda pada Selasa.

Kerajaan dan pasukan perubatan tentera bersiap sedia bagi menunggu lampu hijau untuk mengusir kumpulan Sulu.

Ditanya sama ada langkah menentang penceroboh Sulu akan dibuat dalam tempoh 24 jam yang akan datang, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata: “Mungkin. Kami bersedia untuk menamatkan pencerobohan ini.”

Sumber : MSTAR




Lulus BI SPM: Guru Perlu Masa Lima Tahun

Sekurang-kurangnya lima tahun diperlukan untuk melatih kira-kira 60,000 guru bagi merealisasikan cadangan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Pada masa ini 5,000 orang guru telah dilatih dan kerajaan akan merekrut seramai lebih 9,000 lagi guru-guru Bahasa Inggeris," kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong kepada pemberita selepas melancarkan program pertandingan Star NiE di Petaling Jaya.

Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata Bahasa Inggeris akan dijadikan subjek wajib lulus dalam peperiksaan SPM apabila guru dan pelajar bersedia.

Muhyiddin berkata persediaan, ibu bapa, guru dan pelajar mesti bekerja bersama-sama untuk meningkatkan kualiti Bahasa Inggeris di negara ini.


Google lancar Chromebook Pixel


Google melancarkan komputer peribadi skrin sesentuh yang direka bagi pengguna mewah sekali gus memberikan persaingan kepada Apple MacBooks.

Google berkata komputer Chromebook Pixel yang menggabungkan teknologi laptop dan tablet, menawarkan cip intel yang berdaya tahan serta skrin yang dikhususkan bagi elemen grafik yang tinggi.
Ia dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) dan Britain pada harga permulaan AS$1,299 (RM4,026.90).


“Orang ramai akan berhenti memilih MacBook Air dan menggantikannya dengan yang ini,” kata Naib Presiden Kanan Google Chrome, Sundar Pichai.

Model Pixel yang mempunyai ciri seperti sambungan bina dalam kepada perkhidmatan Internet mudah alih Verizon yang akan berada di pasaran AS pada harga AS$1,449 (RM4,491.90).

Versi yang baru dilancarkan itu boleh mempunyai sambungan dalam talian dengan teknologi hotspot tanpa wayar atau kabel.

“Ia adalah sebuah produk yang hebat,” kata Om Malik dari laman web berita teknologi, GigaOm semasa kemunculan pertama Pixel di San Francisco.
“Namun Google mempunyai masalah dengan jualan, mereka perlu bersaing dengan harga asal dan mambina asas pemaju bagi produk mewah,” katanya.

Google berharap peminat akan mengelakkan perbandingan harga dengan pesaing seperti MacBooks atau komputer riba yang menggunakan perisian Windows 8 dan memfokuskan kepada ciri skrin sentuh Pixel dan penyimpanan data yang besar dalam Google Drive yang turut dimuatkan.

“Ia kelihatan seperti agak sukar dijual,” kata Penganalisis Forrester, James McQuivey.

“Saya berharap mereka tidak bercadang untuk membuat keuntungan daripadanya,” katanya.

Dalam pada Pixel kelihatan menyasar pasaran MacBook, ia turut berdepan dengan persaingan sengit daripada komputer riba skrin sentuh berasaskan perisian Windows 8.

“Ia seolah-olah lebih kepada pengeluaran produk simbolik dengan Google cuba menyatakan ia tidak lagi menjadi penyedia peranti yang tidak berkualiti,” kata McQuivey.

Penganalisis daripada Enderle Group, Rob Enderle menyifatkan langkah Pixel sebagai “bangkai kereta api” dengan menyatakan hujah seperti selalunya komputer riba yang berharga lebih AS$600 (RM1,860) tidak mencatatkan jualan yang bagus dan Apple juga bergelut untuk menjual model MacBook Air dengan harga AS$999 (RM3,096.90)

Populariti komputer tablet yang melonjak turut menghakis keseluruhan pasaran bagi komputer riba.

“Ia hanya memeranjatkan. Saya tidak mempunyai petunjuk apa yang sedang difikirkan Google,” kata Enderle.

Pengumuman itu menambah dimensi baru kepada persaingan antara dua gergasi teknologi yang terperangkap dalam saingan sengit pada telefon pintar dan tablet.

- AFP

 

Makan percuma setiap hari untuk golongan gelandangan

Golongan asnaf dan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur kini boleh menikmati juadah makan tengah hari percuma setiap hari di Kedai Makan Asnaf 1Malaysia yang baru diwujudkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata ia adalah kedai makan pertama seumpama diwujudkan dalam usaha membantu golongan sasaran yang kurang berkemampuan.

Katanya, sehingga kini lebih daripada 800 asnaf serta gelandangan mengunjungi kedai makan berkenaan setiap hari, membabitkan peruntukan RM1.2 juta untuk tempoh setahun.

“Dulu makanan ini diagihkan di sekitar masjid tiga kali seminggu, tetapi kini pendekatan itu diubah termasuk mewujudkan pendekatan berdakwah seperti solat berjemaah dan kuliah agama supaya mereka dapat mendengarnya ketika makan,” katanya ketika ditemui selepas perasmian kedai makan berkenaan, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim; Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Zainal Abidin Jaffar.

Kedai Makan Asnaf 1Malaysia itu adalah kerjasama antara MAIWP dan JAWI selain badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Yayasan Taqwa serta Persekutuan Seruan Islam (Jami’yah) Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Ia dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 4 petang.
Jamil berkata, menerusi pendekatan seperti itu, beliau berharap agensi terbabit serta masyarakat akan menjadi lebih dekat serta tidak menyifatkan mereka hanya bertindak membabitkan penguasaan undang-undang semata-mata.

“Setakat ini Baitulmal MAIWP menyediakan 28 skim bantuan pelbagai kepada asnaf dan ini adalah skim ke-29 bagi memastikan golongan sasar terbabit mendapat hak dan pembelaan sewajarnya,” katanya.

Sumber : BERITA HARIAN


Selasa, Februari 26, 2013

Graduan Kelas Pertama diberi Keutamaan berkhidmat dalam Sektor Awam - SPA

 Graduan yang memperoleh ijazah kelas pertama dari pusat pengajian tinggi luar negara diberi keutamaan untuk berkhidmat dalam sektor awam di negara ini, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya khidmatan Awam (SPA) Datuk R. Segarajah.

Beliau berkata lulusan cemerlang tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) atau kerajaan negeri juga diberi keutamaan untuk bekerja dalam sektor awam.

"Mereka (lulusan) akan melalui temuduga untuk membolehkan mereka membuat pilihan atau dilantik terus ke dalam perkhidmatan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sesi Interaksi SPA bersama ketua jabatan persekutuan, badan-badan berkanun dan badan bukan kerajaan (NGO) daerah Hilir Perak di Bagan Datoh, Selasa.

Sekiranya tidak mahu berkhidmat dalam sektor awam, mereka dibenarkan bekerja di sektor swasta melalui pengurusan Talent Corporation Malaysia Berhad, katanya.

Katanya, setakat ini seramai 100 lulusan cemerlang dari pusat pengajian tinggi luar negara ditawarkan untuk berkhidmat dalam sektor awam.

Beliau berkata perkhidmatan sektor awam di negara ini tidak banyak kekosongan kerana umur pesaraan telah dilanjutkan dari 58 tahun kepada 60 tahun dan ini sekali gus mengurangkan jumlah mereka yang bersara.

"Berikutan itu, mereka yang ingin bekerja di sektor awam hanya untuk jawatan baharu yang ditawarkan sahaja bukannya untuk mengisi kekosongan penjawat awam yang telah bersara," katanya.

Sumber : BERNAMA


Perbuatan ukur keimanan

Oleh Imam Muda Muhammad Aysraf

Sesungguhnya Islam menggalakkan umatnya berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran yang dimaksudkan meliputi pelbagai keadaan sama ada dengan hati, percakapan mahupun tindakan. Malah kita disuruh oleh Allah SWT memohon ditunjukkan jalan kebenaran iaitu jalan mereka yang berjaya di sisi Allah SWT dan beroleh nikmat daripada-Nya.
Nikmat yang cukup besar bagi manusia apabila dia berada dalam cara hidup Islam. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT: “Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus (benar), iaitu jalan-jalan yang Engkau berikan kepada mereka nikmat-nikmat dan bukanlah jalan mereka yang dibenci dan juga bukan pula jalan mereka yang sesat.” (Surah al-Fatihah, ayat 6-7)

    Wahai orang yang beriman, mengapakah kamu berkata-kata tetapi kamu tidak melaksanakannya? Sesungguhnya amat besar kebencian Allah bagi mereka yang berkata-kata namun tidak melakukannya" Surah al-Saff (ayat 2-3)


Bagi umat manusia kebenaran itu diukur oleh neraca agama iaitu syariat Islam. Jika sesuatu tindakan itu bertepatan dengan kehendak syariat maka seseorang itu berada di atas jalan kebenaran.

Namun jika seseorang itu melakukan sesuatu yang dilarang Allah SWT dan juga Rasul-Nya maka dia sebenarnya telah menjerumuskan dirinya kepada kebencian di sisi Allah SWT. Maka pada ketika itu manusia hidup dalam kegelapan dan kesesatan.

Zahirkan keimanan

Tahap keimanan seseorang itu kepada Allah SWT adalah garis ukuran utama dalam menentukan seseorang berada di atas jalan kebenaran mahupun sebaliknya. Perlulah kita sedari iman bukan hanya dengan keyakinan dalam hati, malah wajib dizahirkan melalui tindakan.
Imam Hasan al-Basri menyebut: “Iman itu bukanlah hanya dengan angan-angan dan bukan pula hanya dengan perhiasan, tetapi iman itu adalah sesuatu yang diyakini dengan hati dan dibenarkan dengan tindakan.”

Angan-angan di sini adalah seseorang itu masih dikira lemah imannya jika hanya mengaku dengan hati bahawa dia beriman sedangkan keimanan yang hadir dalam jiwanya itu tidak mampu dilahirkan dalam bentuk amalan.

Contoh termudah ialah seseorang yang berbangga dan mendabik dada dialah manusia yang beriman namun tindakannya tidak langsung menunjukkan ciri-ciri orang beriman. Individu sebegini hanyalah manusia sesat yang bercakap di atas ‘tiket kejahilan’.

Golongan kedua yang masih tidak dikira beriman ialah mereka menganggap iman itu sekadar suatu perhiasan. Menzahirkan sifat keimanan secara luaran saja namun pada hakikatnya hati dan jiwa mereka tidak yakin kepada sesuatu yang dibawa oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.

Mereka ini juga disebut sebagai golongan munafik menzahirkan Islam secara luaran namun mereka menolak Islam daripada hati-hati mereka.

Firman Allah SWT: “Dan apabila kamu melihat mereka, kamu akan tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, kamu akan (tertarik hati) mendengar tutur kata mereka, walaupun begitu mereka hanyalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki).” (Surah al-Munafiqun, ayat 4)

Benar dalam beriman kepada Allah SWT mestilah meliputi tiga perkara utama iaitu keyakinan dengan hati. Perkara pokok dan asas dalam keimanan kepada Allah SWT ialah pengakuan dengan hati, yakin segala diturunkan Allah SWT iaitu al-Quran dan juga sunnah Nabi SAW.

Pengakuan dengan hati tidak akan sempurna jika kita menolak apa saja yang dibawa oleh al-Quran dan sunnah Nabi SAW. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT: “Apakah kamu hanya beriman dengan sebahagian Kitab dan menolak sebahagian yang lain? Dan tiadalah pembalasan yang setimpal bagi mereka yang melakukan perbuatan sedemikian kecuali kehinaan dalam kehidupan di dunia dan pada hari akhirat mereka akan dilemparkan ke dalam seksaan yang paling pedih; dan Allah tidak akan melupakan sesuatu yang telah kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 85)

Kata-kata berbaur maksiat

Dalam membuktikan keyakinan dan keimanan kepada Allah SWT maka perlulah ia hadir dalam tutur kata. Seseorang itu masih tidak dikira sebagai seorang yang beragama Islam melainkan setelah mana dia melafazkan kalimah tauhid iaitu dua kalimah syahadah.

Percakapan adalah cermin yang menceritakan identiti iman seseorang. Percakapan baik adalah peribadi golongan yang beriman, manakala kata-kata berbaur maksiat adalah dosa yang perlu diminta keampunan daripada Allah SWT.

Percakapan yang baik dalam Islam disebut sebagai ‘al-Nasihah’. Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Deen (Islam) itu adalah ‘al-Nasihah’ (sebanyak tiga kali). Maka sahabat bertanya: Untuk siapakah wahai Rasulullah? Jawab Baginda: Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin umat Islam dan seluruh masyarakat.” (Riwayat Abu Daud)

Maksud seruan kepada Allah, Kitab dan Rasul-Nya ialah segala seruan kebaikan di atas matlamat keredaan Allah SWT dengan membenarkan apa saja yang disuruh oleh-Nya melalui al-Quran al-Karim dan sunnah Nabi SAW.

Manakala seruan kebaikan kepada pemimpin dan masyarakat pula ialah memberi nasihat dan peringatan ke arah kebaikan supaya mampu mengubah serta memperbaiki segala ketempangan atau kekurangan yang ada.

Seseorang itu masih belum lengkap iman jika tidak mempraktikkan syariat Islam dalam kehidupan hariannya. Firman Allah SWT: “Wahai orang yang beriman, mengapakah kamu berkata-kata tetapi kamu tidak melaksanakannya? Sesungguhnya amat besar kebencian Allah bagi mereka yang berkata-kata namun tidak melakukannya.” (Surah al-Saff, ayat 2-3)

Allah SWT menerangkan bahawa ketaatan dan keimanan kepada Allah SWT itu wajib hadir dalam bentuk perbuatan. Dalam al-Quran Allah SWT meletakkan sifat keimanan bersama amalan soleh. Hal ini menunjukkan amalan atau perbuatan itu termasuk dalam kategori iman.

Istilah benar dalam Islam apabila seseorang itu melakukan tindakan yang bertepatan dengan syariat Islam. Maka ukuran utamanya di sisi Allah SWT adalah melalui tahap keimanan seseorang itu yang lahir daripada pengakuan hati, lisan dan perbuatannya.

- BERITA HARIAN

Dana RM10 Juta untuk Usahawan Muda

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) meningkatkan had pembiayaan Skim Prosper Usahawan Muda (PUMA) kepada RM100,000 daripada RM50,000 sebelum ini bagi menggalakkan lagi penyertaan Bumiputera dalam sektor peruncitan dan pengedaran.

Bagi tujuan itu, Ketua Eksekutifnya, Dzulkifli Fadzilah (gambar), berkata PUNB memperuntukkan dana RM10 juta tahun ini dengan sasaran membantu lebih 200 usahawan muda dan siswazah, yang merancang memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.

Katanya, agensi itu menawarkan pembiayaan antaranya kepada bidang perniagaan telekomunikasi dan peralatan komputer, pendidikan, pengedaran dan pasar basah, pakaian, kosmetik dan servis kecantikan, alatan logam dan perkhidmatan kejuruteraan, perhiasan rumah serta automotif.

“Sebagai inisiatif berterusan PUNB untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam peruncitan dan pengedaran, terutama dalam sektor strategik, kami pada Ogos tahun lalu menaikkan had umur penyertaan PUMA yang dulunya dikenali sebagai Skim Prosper Siswazah kepada 33 tahun.

“Baru-baru ini kami meningkatkan pula had pembiayaan kepada RM100,000 bergantung kepada keperluan projek atau perniagaan yang diusahakan oleh usahawan dan perlu berdaya maju,” katanya ketika ditemui BH di sini, baru-baru ini.

Dzulkifli berkata, PUNB tahun lalu sudah meluluskan pembiayaan berjumlah RM4.5 juta yang disalurkan kepada 109 perniagaan daripada RM10 juta yang diperuntukkan.

Beliau berkata, bagi meningkatkan penyaluran dana itu, peminjam kini boleh membuat permohonan di lima cawangan PUNB iaitu di Kuala Terengganu, Johor Bahru, Cawangan UTC Ipoh, Butterworth dan Cawangan UTC di Melaka.
Sebelum ini, katanya, semua urusan permohonan dibuat di Ibu Pejabat PUNB di Plaza Sentral, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, kemudahan pembiayaan yang ditawarkan bagi skim itu adalah dari RM5,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga tujuh tahun.

Tiada cagaran diperlukan, bagaimanapun katanya, peminjam perlu menyediakan sebanyak RM500 sebagai modal permulaan perniagaan.

“PUNB turut menyediakan perkhidmatan perniagaan yang merangkumi khidmat pra operasi perniagaan, pemantauan akaun dan khidmat nasihat perniagaan. Selain itu, PUNB turut menganjurkan kursus berkaitan seperti motivasi perniagaan, pembangunan pengurusan dan tadbir urus korporat,” katanya.

Mengenai pelaburan PUNB dalam sektor hartanah, Dzulkifli berkata, agensi itu memperuntukkan sebanyak RM30 juta tahun ini bagi pembelian premis dan unit perniagaan di kawasan strategik terutama di Johor Bahru, Pulau Pinang dan Lembah Klang untuk disewakan kepada usahawan Bumiputera.

Katanya, ketika ini PUNB memiliki lebih 80 unit perniagaan di seluruh negara yang sebahagian besarnya disewakan kepada usahawan pada kadar yang kompetitif.

“Segmen hartanah pada masa ini menyumbang kurang lima peratus kepada pendapatan PUNB dan kami menyasarkan meningkatkannya kepada 10 peratus menjelang 2015 menerusi langkah meningkatkan pembelian unit hartanah,” katanya.

- BERITA HARIAN


Individu kaya di Malaysia seramai 68,000 pada 2015

Bilangan individu kaya di Malaysia akan meningkat lebih sekali ganda daripada 32,000 orang sekarang kepada 68,000 orang pada 2015, dengan nilai bersih masing-masing meningkat sebanyak US$140 bilion hingga US$330 bilion.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata bilangan yang mengagumkan ini memberikan keyakinan terhadap keteguhan dan kelestarian pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Beliau juga berkata negara ini mestilah membangunkan industri pengurusan pelaburan domestiknya yang boleh mengurus bukan sahaja kekayaan domestik, malah juga kekayaan di peringkat rantau Asia Pasifik.

Ahmad Husni berkata industri pengurusan kekayaan adalah sektor perkhidmatan kewangan paling pantas berkembang di Malaysia dan Asia Tenggara.

Dalam hubungan ini, penetapan 2013 sebagai tahun pengurusan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) adalah tepat pada masanya, kata beliau pada pelancaran Pengurusan Kekayaan Labuan IBFC 2013 hari ini.

Beliau berkata, inisiatif ini akan menyokong pertumbuhan industri pengurusan pelaburan domestik.

Mengenai satu perkara berkaitan, Ahmad Husni berkata Malaysia akan dapat mengekalkan pertumbuhan tinggi tahun ini kerana ia menerima banyak pelaburan.

"Dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar, pengguna domestik sebenarnya amat kukuh, sumber utama sebenarnya adalah daripada pelaburan orang ramai dan juga pelaburan kerajaan.

"Jadi, bagi masa depan, kita yakin kita boleh mengekalkan pertumbuhan tahun ini," kata beliau, sambil menambah bahawa kerajaan yakin dalam berhati-hati bahawa pertumbuhan ekonomi akan berlegar sekitar 4.5 peratus hingga lima peratus.

- BERNAMA


Google lancar Chromebook Pixel

Google melancarkan komputer peribadi skrin sesentuh yang direka bagi pengguna mewah sekali gus memberikan persaingan kepada Apple MacBooks.

Google berkata komputer Chromebook Pixel yang menggabungkan teknologi laptop dan tablet, menawarkan cip intel yang berdaya tahan serta skrin yang dikhususkan bagi elemen grafik yang tinggi.
Ia dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) dan Britain pada harga permulaan AS$1,299 (RM4,026.90).

“Orang ramai akan berhenti memilih MacBook Air dan menggantikannya dengan yang ini,” kata Naib Presiden Kanan Google Chrome, Sundar Pichai.

Model Pixel yang mempunyai ciri seperti sambungan bina dalam kepada perkhidmatan Internet mudah alih Verizon yang akan berada di pasaran AS pada harga AS$1,449 (RM4,491.90).

Versi yang baru dilancarkan itu boleh mempunyai sambungan dalam talian dengan teknologi hotspot tanpa wayar atau kabel.

“Ia adalah sebuah produk yang hebat,” kata Om Malik dari laman web berita teknologi, GigaOm semasa kemunculan pertama Pixel di San Francisco.

“Namun Google mempunyai masalah dengan jualan, mereka perlu bersaing dengan harga asal dan mambina asas pemaju bagi produk mewah,” katanya.

Google berharap peminat akan mengelakkan perbandingan harga dengan pesaing seperti MacBooks atau komputer riba yang menggunakan perisian Windows 8 dan memfokuskan kepada ciri skrin sentuh Pixel dan penyimpanan data yang besar dalam Google Drive yang turut dimuatkan.

“Ia kelihatan seperti agak sukar dijual,” kata Penganalisis Forrester, James McQuivey.

“Saya berharap mereka tidak bercadang untuk membuat keuntungan daripadanya,” katanya.

Dalam pada Pixel kelihatan menyasar pasaran MacBook, ia turut berdepan dengan persaingan sengit daripada komputer riba skrin sentuh berasaskan perisian Windows 8.

“Ia seolah-olah lebih kepada pengeluaran produk simbolik dengan Google cuba menyatakan ia tidak lagi menjadi penyedia peranti yang tidak berkualiti,” kata McQuivey.

Penganalisis daripada Enderle Group, Rob Enderle menyifatkan langkah Pixel sebagai “bangkai kereta api” dengan menyatakan hujah seperti selalunya komputer riba yang berharga lebih AS$600 (RM1,860) tidak mencatatkan jualan yang bagus dan Apple juga bergelut untuk menjual model MacBook Air dengan harga AS$999 (RM3,096.90)

Populariti komputer tablet yang melonjak turut menghakis keseluruhan pasaran bagi komputer riba.

“Ia hanya memeranjatkan. Saya tidak mempunyai petunjuk apa yang sedang difikirkan Google,” kata Enderle.

Pengumuman itu menambah dimensi baru kepada persaingan antara dua gergasi teknologi yang terperangkap dalam saingan sengit pada telefon pintar dan tablet.

Sumber : AFP 


Isnin, Februari 25, 2013

1.5 Juta peniaga kecil perlu daftar SSM

Sebanyak 1.5 juta penjaja dan peniaga kecil diminta mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi melayakkan mereka dilindungi di bawah skim insurans berkelompok Pelan Insurans 1Malaysia Penjaja dan Peniaga Kecil Nasional (Pimpin).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mana-mana penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan SSM secara automatik dilindungi skim insurans berkenaan dan akan menerima manfaat jika ditimpa musibah.

"Selain kemudahan insurans, penjaja dan peniaga kecil turut menerima insentif pengurangan yuran pendaftaran perniagaan daripada RM30 setahun kepada RM50 untuk tempoh lima tahun," katanya selepas melancarkan Program Penjaja 1Malaysia (PP1M) di Medan Selera Triang, Pahang.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, kerajaan memperuntukkan RM50 juta tahun ini di bawah Skim Pembiayaan Mikro bagi membantu golongan penjaja dan peniaga kecil menambah modal perniagaan.

Katanya, selain pinjaman kerajaan turut meluluskan peruntukan RM7 juta bagi kerja penambahbaikan pusat perniagaan menerusi program tersebut supaya kawasan berkenaan lebih ceria dan menarik.

"Langkah transformasi ini bertujuan menambah lagi bidang perniagaan di kalangan peniaga serta penjaja kerana golongan tersebut turut membantu meningkatkan kadar ekonomi dan hasil negara," katanya.

Sumber : UTUSAN


Melaka Bakal Miliki Jurassic Park Pertama Di Asia

Melaka bakal mempunyai sebuah taman haiwan purba dikenali sebagai 'Jurassic Park' bernilai RM200 juta yang dirancang dibina bersama beberapa projek pelancongan lain di Dataran 1Malaysia.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata destinasi pelancongan yang pertama seumpamanya di Asia itu akan mempamerkan 200 spesies dinosaur melalui kaedah hidrolik dan elektronik.

Beliau berkata Jurassic Park itu akan dibina bersebelahan dengan sebuah lagi taman tema iaitu Melaka Sea World, melibatkan kawasan seluas 12.1 hektar yang akan dilaksanakan secara usahasama oleh Yayasan Melaka dan syarikat swasta, Eden Incorporation Berhad.

"Perbincangan mengenai projek ini berjalan lancar dan memorandum persefahaman (MoU) dijangka ditandatangani pada Mac depan," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai projek tersebut di Seri Negeri, Isnin.

Katanya Jurassic Park itu dijangka siap dibina dalam tempoh dua tahun selepas MoU tersebut ditandatangani.

Mohd Ali berkata Jurassic Park itu dijangka mampu menarik lebih satu juta pelancong setahun.

Sementara itu, beliau berkata kawasan Dataran 1Malaysia turut akan menempatkan Melaka Sea World yang akan dilengkapi galeri ikan paus terbesar di negara ini di atas tapak berkeluasan 60.7 hektar.

Beliau berkata projek lain yang turut dibina di kawasan tersebut termasuk Dataran Peta Malaysia bernilai RM2 juta, 21 restoran bas dan 20 chalet bas bernilai RM2.7 juta serta tiga padang bola bernilai RM1.4 juta.

- BERNAMA


Sabtu, Februari 23, 2013

68,000 individu kaya di Malaysia pada 2015

Bilangan individu kaya di Malaysia akan meningkat lebih sekali ganda daripada 32,000 orang sekarang kepada 68,000 orang pada 2015, dengan nilai bersih masing-masing meningkat sebanyak AS$140 bilion (RM434 bilion) hingga AS$330 bilion (RM1,023 bilion).

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, bilangan yang mengkagumkan itu memberikan keyakinan terhadap keteguhan dan kelestarian pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Beliau juga berkata, negara ini mestilah membangunkan industri pengurusan pelaburan domestiknya yang boleh mengurus bukan sahaja kekayaan domestik, malah juga kekayaan di peringkat rantau Asia Pasifik.

Ahmad Husni berkata, industri pengurusan kekayaan adalah sektor perkhidmatan kewangan paling pantas berkembang di Malaysia dan Asia Tenggara.

Dalam hubungan ini, penetapan 2013 sebagai tahun pengurusan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) adalah tepat pada masanya, kata beliau pada pelancaran Pengurusan Kekayaan Labuan IBFC 2013.

Beliau berkata, inisiatif ini akan menyokong pertumbuhan industri pengurusan pelaburan domestik.

Mengenai satu perkara berkaitan, Ahmad Husni berkata, Malaysia akan dapat mengekalkan pertumbuhan tinggi tahun ini kerana ia menerima banyak pelaburan.

"Dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar, pengguna domestik sebenarnya amat kukuh, sumber utama sebenarnya adalah daripada pelaburan orang ramai dan juga pelaburan kerajaan.

"Jadi, bagi masa depan, kita yakin kita boleh mengekalkan pertumbuhan tahun ini," kata beliau.

- BERNAMA

Jumaat, Februari 22, 2013

13,291,385 orang pemilih layak mengundi PRU-13

Seramai 13,291,385 pemilih layak mengundi jika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan pada Mac atau April ini.

Seramai 2,369,246 daripada jumlah itu pemilih baru berusia 21 hingga 35 tahun, selain sebahagian kecil berusia melebihi 35 tahun tetapi tidak pernah mendaftar sebagai pemilih.

Daripada keseluruhan jumlah itu, 13,014,973 pengundi biasa, 276,412 pengundi pos, iaitu anggota tentera (161,662), polis (111,767) dan luar negara (2,983).

Jumlah itu adalah mereka yang mendaftar bagi tempoh suku keempat tahun lalu berakhir 31 Disember 2012 dan sudah menjalani proses pembersihan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak Januari lalu sebelum diwartakan. Pewartaan senarai daftar pemilih terkini akan dibuat hari ini.

Jumlah pemilih itu meningkat 2,369,246 orang atau 21.69 peratus berbanding 10,922,139 pemilih pada pilihan raya umum Mac 2008.

Selangor mencatat jumlah pemilih paling tinggi iaitu seramai 2,051,708 orang, diikuti Johor (1,608,326) dan Perak (1,409,772).

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata lebih dua juta rakyat Malaysia masih belum mendaftar sebagai pemilih, iaitu kurang 20 peratus daripada keseluruhan 16 juta yang layak mengundi.

“Proses pembersihan senarai daftar pemilih dilakukan dari semasa ke semasa kerana setiap hari ada pengundi yang meninggal dunia,” katanya kepada BH di sini, semalam.

Tempoh Parlimen sekarang berakhir pada 28 April ini dan SPR mempunyai 60 hari selepas dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya.

Sumber : BERITA HARIAN


Dr. Noor Hisham dilantik Ketua Pengarah Kesihatan



Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan mulai 1 Mac ini.

Pelantikan Dr Noor Hisham, 50, bagi menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan pada Khamis.

Ali berkata pelantikan Dr Noor Hisham, yang telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, dibuat berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya dalam bidang perubatan.

Beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) sejak 1 Februari 2008, merupakan Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya dan Pakar Perunding Bedah Kanan Hospital Putrajaya pada 2007, Pegawai Perubatan Pakar Bedah Umum Hospital Putrajaya pada 2004 dan Pakar Bedah Umum pada 1994.

Dr Noor Hisham, berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perubatan pada Ogos 1988.

"Saya percaya pengalaman, pengetahuan dan kepakaran serta kredibilitinya mampu memastikan matlamat dan agenda kesihatan negara dilaksanakan secara menyeluruh dan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik," kata Ali.

- BERNAMA

 

Khamis, Februari 21, 2013

PRU-13 mungkin diadakan pada April 2013


Parlimen mesti dibubarkan pada minggu ini sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan pada Mac depan.

Sumber berkata, PRU-13 mungkin diadakan pada bulan April walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat gigih untuk memastikan segalanya diselesaikan pada hujung Mac.

Sumber ahli parti berkata, tiga perkara penting yang sedang dilaksanakan dan memerlukan masa seminggu atau dua minggu untuk diselesaikan sebelum Najib boleh bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan untuk membubarkan Parlimen.

Beliau mengenal pasti tiga perkara yang belum selesai seperti manifesto Barisan Nasional (BN), senarai calon dan persiapan menyeluruh parti itu.

Difahamkan terdapat beberapa manifesto BN pada pilihan raya kali ini iaitu yang utama bagi negara, satu untuk wanita dan lain-lain untuk golongan muda.

Beberapa negeri penting yang cuba dirampas semula oleh BN turut mempunyai kertas kerja tersendiri yang masih menunggu kelulusan dari Najib.

Bagi senarai calon, Najib menghadapi kesukaran untuk melantik calon Menteri Besar untuk Kedah dan Selangor yang cuba dirampas semula BN.

"Tanpa nama calon MB yang dicadangkan sebelum pilihan raya, Najib akan berdepan kesukaran untuk meyakinkan pengundi bahawa BN serius untuk menawan kembali negeri itu," kata sumber lagi.

Ibu Pejabat BN hanya mula mengedarkan sepanduk, bunting, beberapa komputer dan peralatan sokongan lain pada minggu ini dan ia mengambil masa selama seminggu untuk diserahkan ke peringkat akar umbi.

Dua hari lalu, Najib berada di Singapura untuk menarik minat pelabur utama ke Johor.

Beliau akan berlepas ke Sarawak pada Rabu hingga Jumaat ini.

Pada Sabtu, beliau akan berada di Kuala Terengganu sebelum berkunjung ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan keesokan harinya.

Najib dijadualkan bertemu rakan sejawatannya, Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra di Putrajaya untuk membincangkan mengenai rancangan persempadanan bersama pada 28 Februari ini.

Ini bermaksud ia merupakan tempoh terakhir untuk Najib mengkaji semula isu penting iaitu pada minggu depan, menyebabkan beliau hanya memiliki minggu pertama Mac untuk bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan pihaknya akan mengambil masa sekurang-kurangnya empat minggu untuk mengadakan pilihan raya dan hanya SPR yang boleh menentukan tarikh untuk penamaan calon dan mengundi.

Pada kali ini seperti dijanjikan, tempoh berkempen akan berlangsung sekurang-kurangnya 10 hari dan beberapa laporan menyebut, ia mungkin dilanjutkan sehingga 14 hari terutamanya untuk menyelesaikan undi pos untuk rakyat Malaysia di luar negara dan pasukan keselamatan.

Beberapa pemimpin BN berkata Najib ingin mengelak untuk mengadakan pilihan raya pada 29 Mac hingga 4 April.

Ini kerana, kata mereka, tarikh tersebut jatuh pada cuti Good Friday (29 Mac) dan Easter (31 Mac) manakala Qing Ming (4 April).

Memandangkan 4 April jatuh pada hari Khamis, kebanyakan pengundi Cina memilih untuk membersihkan kubur nenek moyang mereka sepanjang hujung minggu iaitu 6 dan 7 April.

Kebanyakan kaum Cina pulang ke kampung halaman dan pilihan raya pada minggu tersebut mungkin tidak mendapat sambutan.

Sumber : MSTAR
 

 

Peraturan Perniagaan Dalam Talian berkuatkuasa 1 Julai 2013


Semua perniagaan dan perkhidmatan dalam talian diwajibkan mematuhi Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2013 ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bertujuan menjaga kepentingan pelanggan dan mengelak mereka daripada menjadi mangsa penipuan urus niaga secara elektronik.

Jelasnya, peraturan tersebut mewajibkan peniaga menyediakan maklumat seperti nama, nombor pendaftaran perniagaan, nombor telefon, alamat, e-mel dan ciri-ciri utama barang atau perkhidmatan kepada pelanggan.

“Kerajaan juga tidak benarkan sebarang kos tersembunyi, jadi peniaga perlu meletakkan harga penuh barangan atau perkhidmatan termasuk kos sampingan.

“Selain itu, kaedah pembayaran, terma dan syarat serta anggaran masa penghantaran pesanan pelanggan harus dinyatakan dengan jelas,” katanya pada sidang akhbar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lebih 1.1 juta rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM1.8 bilion dalam pelbagai transaksi dalam talian pada tahun 2010, dan nilai itu dijangka mencecah hampir tiga kali ganda kepada RM5 bilion pada tahun depan.

“Daripada 1.1 juta pembeli dalam talian, 67% mereka berusia antara 15 dan 39 tahun. Dalam tempoh 10 tahun lagi, kumpulan ini bertambah dewasa dan terus menggunakan internet, dan kumpulan baru juga akan mengikutinya.

“Segmen ini berkembang… sebab itulah kementerian berpandangan bahawa sekiranya peraturan terus longgar, lebih banyak penipuan akan berlaku,” katanya ketika mengumumkan pelaksanaan peraturan baru itu dalam satu sidang media di sini pada Rabu.

Sejajar dengan peraturan baru itu, kementerian turut memperkenalkan garis panduan perdagangan elektronik untuk para pengguna bagi mengelakkan daripada ditipu.

Garis panduan itu dijangka akan dipaparkan dalam laman web kementerian di www.kpdnkk.gov.my
 
Sumber : KOSMO!
 

 

Ekonomi Malaysia Berkembang 5.6 Peratus Pada 2012

Ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus tahun lepas berbanding 5.1 peratus pada 2011, demikian menurut Bank Negara Malaysia pada Rabu.

Bank pusat itu berkata meskipun persekitaran ekonomi global yang mencabar, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi sebanyak 6.4 peratus pada suku keempat tahun lepas.

Jumlah pelaburan kekal teguh dan menjadi pendorong utama pertumbuhan semasa suku berkenaan, demikian menurut kenyataan itu.

Menurut Bank Negara, pertumbuhan penggunaan swasta terus kukuh walaupun walaupun meningkat pada kadar yang lebih sederhana.

Pertumbuhan pada suku tersebut juga dibantu oleh eksport bersih yang mencatat kadar kemerosotan yang lebih kecil.

Dari segi penawaran, kebanyakan sektor ekonomi mencatat pertumbuhan yang bertambah baik pada suku keempat.

Permintaan dalam negeri terus berkembang pada kadar 7.5 peratus dengan pembentukan modal tetap kasar kekal kukuh, mencatat pertumbuhan dua angka sebanyak 15 peratus pada suku keempat.

Pelaburan sektor swasta meningkat sebanyak 20.2 peratus, disokong oleh perbelanjaan modal dalam subsektor perkilangan berorientasikan pasaran dalam negeri dan perkhidmatan berkaitan pengguna, iaitu telekomunikasi, harta tanah dan penerbangan serta projek dalam sektor minyak dan gas yang sedang dilaksanakan.

Pelaburan juga disokong oleh penambahan kapasiti dalam kelompok perkilangan berkaitan sumber dan perbelanjaan modal dalam bidang-bidang pertumbuhan baharu seperti peralatan perubatan dan komunikasi.

Pelaburan awam berkembang sebanyak 11.1 peratus, didorong oleh perbelanjaan modal perusahaan awam dalam sektor pengangkutan, utiliti, minyak dan gas serta komunikasi, kata Bank Negara.

Sementara itu, penggunaan swasta mencatat pertumbuhan 6.1 peratus pada suku keempat, disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang stabil dan sentimen pengguna yang bertambah baik.

Menurut bank pusat, pertumbuhan yang lebih kukuh pada separuh pertama tahun 2012 mencerminkan kesan daripada pelbagai bantuan kerajaan kepada sektor isi rumah yang diberikan pada tempoh tersebut.

Penggunaan awam meningkat sebanyak 1.1 peratus, berikutan perbelanjaan yang berterusan untuk emolumen meskipun perbelanjaan terhadap bekalan dan perkhidmatan lebih rendah.

Dari segi penawaran, pertumbuhan kebanyakan sektor ekonomi bertambah baik pada suku keempat.

Pertumbuhan dipacu oleh sektor perkilangan dan perkhidmatan selain disokong oleh permintaan dalam negeri dan persekitaran luaran yang beransur-ansur baik, kata bank pusat. Sektor pertanian berkembang dengan lebih cepat berikutan pengeluaran minyak sawit mentah dan hasil ternakan ayam itik yang lebih tinggi, manakala pertumbuhan sektor perlombongan pula kembali pulih berikutan pengeluaran gas asli yang meningkat semula.

Pertumbuhan sektor pembinaan pula terus kukuh, didorong oleh subsektor kejuruteraan awam dan kediaman.

Menurut Bank Negara, kadar inflasi keseluruhan, seperti yang diukur oleh perubahan tahunan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), terus menjadi sederhana kepada 1.3 peratus pada suku keempat, mencerminkan inflasi kategori makanan dan minuman tidak beralkohol yang lebih rendah.

Mengenai masa depan, terdapat tanda-tanda bahawa ekonomi global akan menjadi bertambah baik dengan penunjuk ekonomi terkini juga menggambarkan prestasi pertumbuhan Asia yang semakin stabil.

Namun, di sebalik perkembangan yang lebih menggalakkan ini, banyak lagi cabaran struktur yang masih wujud dalam ekonomi maju, yang boleh mengekang prospek pemulihan ekonomi yang lebih kukuh.

Menurut Bank Negara, khususnya, beberapa ekonomi maju akan terus berusaha untuk menangani isu-isu berkaitan dengan kemampanan fiskal dan keadaan pasaran pekerja yang berterusan lemah.

Bagi pasaran sedang pesat membangun, dasar monetari yang amat akomodatif yang terus dilaksanakan dalam ekonomi maju yang utama, memerlukan pengawasan teliti memandangkan kemungkinan terdapatnya kesan daripada lebihan mudah tunai global ke atas inflasi harga aset.

Bagi ekonomi Malaysia, aktiviti dalam negeri yang terus berkembang dijangka terus memacu pertumbuhan, disokong oleh pengembangan sektor swasta yang mampan.

Bank Negara berkata keadaan luaran yang semakin stabil juga dijangka menyokong prospek pertumbuhan ekonomi negara.

- BERNAMA


UiTM Cari 5,000 Pelajar Miskin Berkelayakan Di Seluruh Negara

 
 
Universiti Teknologi Mara (UiTM) memulakan misi penjelajahan ke seluruh negara bagi mencari 5,000 pelajar miskin yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti itu.

Naib Canselornya, Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata program Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) 1Malaysia 2013 itu diadakan secara besar-besaran dengan turut membabitkan 1,000 sukarelawan universiti berkenaan.

"Dalam penjelajahan ini kita akan mencari pelajar-pelajar daripada kalangan keluarga miskin tegar yang layak untuk memasuki universiti ini di peringkat pra diploma terlebih dahulu.

"Ini untuk merealisasikan hasrat UiTM bagi mengubah nasib anak Melayu dan bumiputera miskin menerusi suatu proses pemindahan ilmu secara formal di universiti ini," katanya selepas majlis makan malam bersama media di Kota Bharu malam Rabu.

Dr Sahol Hamid berkata sejak dilancarkan beberapa tahun lalu, seramai 16,000 pelajar telah diambil memasuki UiTM dan 87 peratus daripadanya telah diserap masuk ke program diploma.

"Kita telah mendapat dana sebanyak RM25 juta untuk membiayai pelajar-pelajar ini untuk menyambung pelajaran mereka dengan kerjasama pelbagai agensi seperti bank tempatan dan NGO," katanya.

Beliau berkata para pensyarah universiti itu juga sanggup membuat potongan gaji setiap bulan untuk disumbangkan kepada dana itu yang membuktikan komitmen tinggi UiTM.

Katanya selain penjelajahan JDAB, pihaknya juga turut mengadakan program Kesukarelawan Perdana UiTM 2013 yang membabitkan sukarelawan dan termasuk artis tempatan dalam memberikan khidmat bakti seperti mengadakan majlis ceramah dan gotong royong.

"Turut sama beberapa bas bagi memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di lokasi tertentu," katanya.

JDAB adalah dinaungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang program itu bertujuan untuk membantu anak-anak golongan kurang berkemampuan di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar untuk menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Pelajar yang terpilih itu perlu mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya tiga kredit di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan jika diterima masuk, mereka diberikan penginapan secara percuma termasuk wang saku.

Turut hadir beberapa artis tempatan seperti Adira AF, Danny XFactor dan Syed Aiman.

- BERNAMA

Hattan bakal nikah bekas isteri


Penyanyi Datuk Hattan memberitahu dia mungkin akan melangsungkan pernikahan dengan bekas isterinya iaitu Arianie pada Jun depan.

Menurut Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 49, dia merancang untuk mengadakan majlis itu serentak dengan perkahwinan adik lelakinya iaitu Achem.

"Adik saya akan kahwin pada Jun depan. Harap-harap kalau dapat buat sekali pun bagus juga.

"Lagi pun saya cuma buat majlis kecil-kecilan untuk keluarga dan rakan rapat sahaja," katanya.

Hattan ditemui selepas tayangan rakaman langsung konsert kumpulan rock legenda Led Zeppelin pada 2007 iaitu Celebration Day di GSC One Utama di sini, petang Rabu.

Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, di sini.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang sekarang berusia 14 tahun.

Penyanyi dari Seri Menanti, Negeri Sembilan ini juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah dua bulan kemudian.

Mengenai perancangan menikahi semula bekas isteri, Hattan berkata, perasaan sayang yang mendalam mempengaruhi keputusan berkenaan selepas bermuhasabah diri atas kesilapan lalu.

"Saya banyak bermuhasabah diri dan buang ego. Pada awalnya, Arianie berat hati (berkahwin semula) tetapi saya yakinkan dia bahawa saya sudah ubah kesilapan lepas yang garang terhadapnya.

"Setiap kali berjumpa dengan dia, saya rasa sangat bahagia dan seperti jatuh cinta. Insya-Allah saya akan putuskan keputusan ini (kahwin) selepas menunaikan umrah pada Mei depan," katanya.

Hattan berkata, anak tunggal mereka Adam Eiman bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang reaksi teruja mengenai perkara itu.

"Adam okey sahaja bila saya kata nak berkahwin semula dengan ibunya. Dia tidak tunjuk reaksi teruja langsung," katanya dalam nada bergurau.

Dalam perkembangan lain, Hattan yang dijemput menyaksikan rakaman konsert Led Zeppelin berkata, ia mengimbau semula kenangan di mana dia dan beberapa artis Warner Music pernah mengadakan persembahan tribute untuk kumpulan itu pada 1995.

"Ketika itu saya, Amy (Search), Ramli Sarip dan Maman (Teacher's Pet) pernah terlibat dalam pertunjukan tribute untuk Led Zeppelin di Hard Rock Cafe.

"Mungkin Led Zeppelin tidak begitu dekat dengan generasi sekarang tetapi mereka seperti godfather kepada penyanyi dan peminat muzik rock lama," katanya.

Album Celebration Day yang dirakam ketika konsert “reunion” kumpulan itu pada 10 Disember 2007 di Arena O2, England kini berada di pasaran.

Ia ditawarkan dalam empat set iaitu edisi standard - 1 DVD/2 CD, edisi deluxe (2 DVD/2 CD atau 1 Disk Blu Ray/1 DVD/2 CD), edisi audio versi Blu Ray dan edisi vinyl (3 piring hitam).

Sumber : MSTAR
 

 

Tips Kerjaya : Bagaimana memohon kerjaya di sektor kerajaan dan berjaya dipanggil temuduga

Oleh MUHABIR BIN IBRAHIM
Penulis Buku Kerjaya

Bagaimana memohon kerjaya di sektor kerajaan dan berjaya dipanggil temuduga.

1- Peka kepada setiap iklan jawatan kosong sama ada di akhbar, portal dan sebagainya. Walaupun mungkin anda sedang belajar, ia akan memberikan gambaran dan idea apakah kerjaya yang bakal anda ceburi.

2- Kenal pasti kerjaya apa yang relevan dengan kelayakan akademik, minat, pengalaman, kebolehan, keupayaan fizikal, penempatan dan keperluan peribadi. Ada keperluan yang sememangnya dinyatakan di dalam iklan. Manakala lebihnya atas inisatif sendiri.

3- Memohon apabila sesuatu jawatan itu diiklankan. Jjawatan itu sememangnya telah pun kosong. Ada juga sesetengah iklan menyatakan bilangan kekosongan, manakala ada juga yang tidak menyatakan jumlahnya.

4- Hantar permohonan hanya kepada Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan. Pihak Berkuasa Melantik ataupun ringkas PBM boleh terdiri dari 2 kategori sama ada suruhanjaya ataupun bukan suruhanjaya. Suruhanjaya seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang dan sebagainya. Contoh PBM bukan suruhanjaya pula seperti Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Majlis Perbandaran Jasin dan sebagainya.

5- Pastikan kerjaya yang dimohon melebihi kelayakan minimum yang diperlukan. Memohon kerjaya yang tidak mengikut keperluan yang dinyatakan hanya akan membuang masa. Manakala memohon kerjaya berasaskan memenuhi kelayakan akademik yang minimum mempunyai risiko gagal dalam saringan.

6- Tidak perlu memenuhkan jumlah kouta pilihan kerjaya dalam sistem jika tidak melepasi kelayakan yang diperlukan.

7- Jangan memohon kerjaya yang memerlukan kelayakan akademik yang dua tingkat lebih rendah dari kelayakan pemohon. Cotohnya pemohon berkelulusan ijazah sarjana muda memohon kerjaya di gred 41, dan pada masa yang sama memohon kerjaya di gred 17.



Bumbung Stadium Terengganu runtuh ketika dibaikpulih


Bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang sedang diperbaiki runtuh sekali lagi dalam satu kejadian yang mencederakan tiga orang pekerja tempatan pada Rabu, 20 Februari 2013.

Laporan Bernama petang ini menyebut, struktur besi untuk bumbung stadium tersebut runtuh dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi ini.

Kerangka lama bumbung stadium berkenaan, yang sedang dibaik pulih, runtuh dan mencederakan lima orang pekerja.

Tiga daripadanya cedera parah, menurut laporan itu lagi yang memetik kenyataan timbalan ketua polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil.

Katanya, runtuhan itu melibatkan sebahagian daripada struktur asal bumbung tersebut, dianggarkan sepanjang 137 meter.

Kejadian dipercayai akibat kelemahan struktur utama bumbung setelah melalui beberapa proses menurunkan kerangka di bahagian tengah bumbung, katanya.

Laporan itu turut memetik kenyataan menteri besar Datuk Seri Ahmad Said yang mahu kontraktor bertanggungjawab atas kejadian yang dipercayai berpunca daripada kecuaian pihak berkenaan.

Katanya, kontraktor itu bertanggungjawab untuk memastikan kerja baik pulih stadium itu dilakukan dengan selamat.

Menurut laporan itu, stadium berkenaan sedang dibaikpulik dengan kos RM15 juta.

Bumbung utamanya yang bernilai RM292 juta runtuh pada 2 Jun 2009 menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah, menurut laporan itu lagi.

Mangsa kejadian kini mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Tiga yang cedera parah itu dikenalpasti sebagai Mohd Nazirul Nizam Marzuki, 22, Mohd Saidi Ismail, 21, dan Safian Abdul Manaf, 21.

Dua lagi yang cedera ringan ialah ringan Wan Mohd Fajrulazmi Wan Ahmad, 26, dan Mohd Syukri Jusoh, 31.

Gambar yang merakamkan kejadian itu beredar pantas di ruang Internet hari ini dan menjadi bahan jenaka di kalangan pengguna media sosial.

Sumber : MALAYSIAKINI
 

 

Taman Tema Berkonsepkan 'Sea World' Dibina Di Melaka

Sebuah taman tema berkonsepkan 'dunia laut' (Sea World) akan dibina di kawasan Dataran 1Malaysia di sini, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata, projek pelancongan melibatkan kos kira-kira RM300 juta ditanah berkeluasan 60.7 hektar itu akan menempatkan galeri ikan paus terbesar di negara ini yang bakal menjadi ikon pelancongan baru di Malaysia.

"Taman tema ini akan mempamerkan pelbagai spesies hidupan laut di dalam sebuah akuarium yang besar mengatasi Underwater World Langkawi," katanya kepada pemberita ketika melawat tapak projek pelacongan itu di Melaka, Rabu.

Katanya, projek itu akan dilaksanakan secara usahasama oleh Yayasan Melaka dan syarikat swasta, Eden Incorporation Berhad.

Sementara itu, Mohd Ali berkata, kawasan Dataran 1Malaysia itu turut akanmenempatkan beberapa projek pelancongan lain termasuk pembinaan Dataran Peta Malaysia bernilai RM2 juta, 21 restoran bas dan 20 chalet bas bernilai RM2.7 juta serta tiga padang bola bernilai RM1.4 juta.

 - BERNAMA


Temuduga Perlantikan Guru bagi Siswazah Pendidikan

Seramai 7,824 siswazah pendidikan lulusan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang menamatkan pengajian selepas Jun 2012 sedang dipertimbangkan untuk pelantikan sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) gred DG41.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, daripada jumlah tersebut, 2,791 siswazah cemerlang yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.5 dan ke atas, mendapat keputusan A- dalam praktikum serta diperaku oleh IPTA dan IPGM, tidak perlu ditemu duga untuk pelantikan tetap.

"Mereka terdiri daripada 1,601 graduan IPTA dan 1,190 graduan IPGM hanya perlu menjalani sesi penilaian khas yang akan dilaksanakan oleh SPP.

"Baki 5,033 yang telah memohon jawatan PPPS gred DG41 akan melalui urusan temu duga yang dijalankan di seluruh negara mulai 19 Februari hingga 27 Mac 2013," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, semakan maklumat temuduga boleh dibuat oleh setiap siswazah di portal SPP mulai 15 Februari 2013.

Dalam perkembangan lain, berdasarkan maklumat pihak Kementerian Pelajaran, sejumlah 2,807 daripada siswazah tersebut akan dilantik sebagai guru interim mulai 1 Mac ini.

"Pelantikan ini adalah berdasarkan kepada opsyen kritikal yang amat diperlukan di sekolah iaitu 2,067 di sekolah menengah dan 740 di sekolah kebangsaan.

"Kementerian juga memaklumkan, oleh sebab tarikh dan tempat temu duga telah ditetapkan, guru interim ini dibenarkan menangguhkan urusan melapor diri bertugas sebagai sehingga 30 Mac 2013," jelas kenyataan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, baki siswazah berkenaan akan dilantik terus sebagai PPPS DG41 setelah mereka lulus temu duga dan waran perjawatan 2013 diluluskan oleh pihak agensi Pusat.

Sumber : UTUSAN

Samsung perkenal skrin telefon boleh lentur Youm


Samsung memperkenalkan telefon pintar dilengkapi skrin boleh lentur dikenali Youm, sekali gus membayangkan kemungkinan masa depan pengguna boleh menggulung peranti pintar mereka seperti sekeping peta.

Peranti itu diperkenalkan di Pameran Barangan Elektronik Pengguna (CES) yang lalu. Ia menunjukkan telefon pintar yang merangkumi bekas pejal sebesar kotak mancis dengan satu daripada hujungnya disambung sekeping skrin warna senipis kertas.

Skrin itu kelihatan tidak begitu fleksibel untuk dilipat separuh seperti sekeping kertas, tetapi ia boleh digulung ke dalam sebuah tiub. Samsung juga membayangkan sebuah peranti sebesar telefon pintar yang boleh dibuka seperti sebuah buku tetapi didalamnya ada skrin saiz tablet.

Skrin peranti berkenaan menggunakan diod pemancar cahaya organik atau OLED. Hanya satu lapisan nipis bahan kimia ini yang diperlukan untuk menghasilkan cahaya yang sangat terang dan berwarna-warni.

OLED sudah digunakan dalam rangkaian telefon Samsung sedia ada, tetapi disalut dengan skrin kaca. Untuk digunakan dengan telefon pintar boleh lentur, Samsung menyapu bahan kimia berkenaan di atas lapisan plastik tipis, sebagai ganti kepada kaca sebelum ini.

Orang ramai mungkin perlukan teknologi ini pada masa depan kerana mereka boleh membawa skrin yang lebih besar dalam kocek.

INFO: Youm

− Skrin peranti berkenaan menggunakan diod pemancar cahaya organik atau OLED.
− Merangkumi bekas pejal sebesar kotak mancis dengan satu daripada hujungnya disambung sekeping skrin warna senipis kertas.

Sumber : BERITA HARIAN


 

Kakitangan baru kerajaan perlu ambil surat pelantikan SPA

Kakitangan awam yang baru dilantik perlu hadir sendiri mengambil surat pelantikan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mulai tahun 2013 berbanding dihantar melalui pos sebelum ini.

Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam, berkata majlis pertama penyerahan surat pelantikan itu akan diadakan di ibu pejabat SPA di Putrajaya, Khamis ini (21 Februari), membabitkan kira-kira 200 jawatan.

“Dulu kita pakai pos saja, sekarang kita panggil pegawai serah sendiri dan beri ceramah sikit mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam perkhidmatan awam.

Bersemuka, mudah urusan

“Ini membolehkan kakitangan awam yang baru bersemuka dengan pegawai di SPA bagi memudahkan sebarang urusan pada masa depan kerana sudah saling mengenali,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Terdahulu, Mahmood mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan lebih 200 wakil kakitangan kontrak di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).

Dalam pada itu, beliau berkata, SPA yakin dapat selesaikan masalah membabitkan lebih 50,000 kakitangan kontrak dalam sektor awam di seluruh negara dalam tempoh terdekat.

Sumber : BERITA HARIAN

Meteor jadi meteorit bila sampai ke bumi, tetapi kekal sebagai tahi bintang

Oleh ZIN MAHMUD

Orang sekarang tidak lagi panggil batu-batu dari angkasa itu sebagai tahi bintang. Mereka memanggilnya meteor.

Seperti mana orang sekarang tidak memanggil astronomi sebagai kaji bintang.

Meteor adalah perkataan Inggeris yang telah diterima ke dalam Bahasa Malaysia. Asalnya meteor bermaksud kesan-kesan laluan meteoroid di langit yang di lihat dari bumi. Gumpalan asap dan cahaya seperti yang dilihat di sekitar pergunungan Ural di Rusia Jumaat lalu ialah meteor.

Tetapi batunya dipanggil meteoroid. Selalunya meteoroid tidak sampai ke bumi tetapi pecah dan hangus di ruang udara kerana geseran kuat yang dilaluinya.

Apabila meteoroid jatuh ke bumi, ia berubah nama menjadi meteorite dalam bahasa Inggeris, dan meteorit dalam Bahasa Malaysia.

Namun begitu, tahi bintang tidak berubah nama bila ia sampai ke bumi. Ia tetap dipanggil sebagai tahi bintang.

Ketiga-tiga perkataan meteor, meteoroid dan meteorit adalah tahi bintang.

Mengapakah ia disebut sebagai tahi bintang? Mungkin juga ia dianggap sebagai kotoran yang keluar daripada bintang.

Bintang-bintang dilihat indah dari bumi tetapi apabila serpihannya jatuh, didapati tidaklah cantik. Maka mungkin sebab itu ia dinamakan sebagai tahi bintang.

Tetapi ada satu perkataan yang lebih indah dan pernah digunakan untuk merujuk kepada tahi bintang. Perkataan itu ialah panah kelodan.

Dalam bahasa Inggeris, meteor juga disebut sebagai shooting stars atau bintang yang ditembak dan falling stars atau bintang jatuh.

Selain tahi bintang, ada juga digunakan perkataan bintang bergerak. Tetapi bintang bergerak ini bukan saja merujuk kepada tahi bintang tetapi juga bintang berekor dan asteroid.

Perkataan sekarang bagi bintang berekor ialah komet. Ia tidak jatuh ke bumi tetapi merentas sistem suria mengelilingi matahari mengikut orbitnya dan ada masanya dapat dilihat Asteroid pula merujuk kepada bongkah-bongkah batu besar yang juga mempunyai orbitnya mengelilingi matahari dalam lingkungan antaranya dengan planet Musytari.

Semalam, ada sebuah asteroid melintas dalam laluan yang hampir dengan bumi. Malah lebih hampir daripada satelit GPS. Jika asteroid ini terlalu hampir dan memasuki ruang tarikan bumi, maka ia boleh jatuh ke atasnya dan mendatangkan bencana besar.

Kalau di luar lingkungan orbit planet Musytari, maka ia dinamakan planetoid. Kalau lebih besar lagi, maka seperti bumi, batu itu dianggap sebagai planet.

Jadi jika dikira dari segi ukuran dari besar ke kecil, maka ia boleh diatur begini: planet, planetoid-asteroid dan meteoroid. Kalau lebih kecil daripada itu, seperti dalam bentuk debu-debu, maka ia disebut mikrometeoroid.

Tetapi pada zaman dahulu, selain daripada matahari dan bulan, semua benda-benda yang nampak di langit disebut sebagai bintang.

Planet juga disebut bintang. Sebab itulah planet Utarid atau Venus dalam bahasa Inggeris dipanggil oleh orang Melayu sebagai bintang Kejora. Satu-satunya bintang yang namanya ada dalam bahasa Melayu.

Nama-nama planet semuanya berasal sama ada dari bahasa Arab seperti Zuhrah, Utarid, Marikh, Zuhal dan Musytari atau pun Inggeris iaitu Uranus dan Neptune. Orang Arab pada zamannya tidak menemui planet Uranus dan Neptun.

Sanskrit

Malah perkataan Bumi pun berasal dari bahasa Sanskrit. Begitu juga dengan perkataan Suria bagi merujuk pada mata hari dan purnama bagi merujuk pada bulan adalah berasal dari bahasa Sanskrit.

Tetapi matahari, bulan dan bintang memang asalnya bahasa Melayu.

Apabila sains diperkenalkan ke dalam bahasa Melayu, barulah dibezakan antara planet dan bintang. Maka Kejora itu bukanlah bintang tetapi planet. Matahari pula adalah sebuah bintang. Sementara bulan bukan saja ada pada bumi tetapi di planet-planet lain.

Orang Melayu zaman dahulu mahir mengenal bintang kerana mereka adalah pelaut. Berada dalam perahu dan kapal di tengah-tengah malam, maka hanya bintang yang menjadi teman dan panduan.

Dengan bintanglah seseorang nakhoda dapat mengemudi kapal-kapal lautnya. Maka kerana bintang-bintanglah orang Melayu tersebar ke seluruh Nusantara, dari Kemboja hingga ke Papua. Dari Manila hingga ke Madagascar. Bukan saja orang Melayu, tetapi keseluruhan rumpun Austronesia dan Polinesia, yang menggunakan perahu serta kapal berlayar dari Taiwan hingga ke Hawaii, Fiji, Tahiti, Samoa, Polinesia dan pulau-pulau Pasifik yang lain termasuklah New Zealand.

Bintang paling disukai ialah Kejora yang muncul pada waktu pagi. Maka pada bendera Papua terdapat lambang bintang yang merujuk kepada Kejora.

Tetapi matahari, bulan dan bintang gemar dijadikan lambang pada bendera di banyak negara. Itulah besarnya pengaruh benda-benda di langit bagi manusia.

Bulan adalah penting bagi bangsa pelaut dan nelayan. Selain daripada ia menjadi punca air pasang dan surut, bulan yang mengambang akan memudahkan pelayaran pada waktu malam.

Selain menjadi pelaut dan nelayan, orang Melayu seperti bangsa-bangsa lain di dunia turut terlibat dengan pertanian.

Maka peredaran matahari yang menyebabkan perubahan musim menanam dan menuai tentu penting bagi masyarakat pertanian.

Orang zaman dahulu, sebelum adanya agama akan melihat matahari sebagai suatu benda yang memberikan kehidupan. Bukan saja ia memberikan cahaya dan haba, tetapi juga membawa kepada tumbuhnya tanam-tanaman.

Maka tidak hairanlah pada zaman purba, ada masyarakat yang menganggap matahari sebagai dewa. Dalam tradisi Hindu purba, khususnya mazhab Saura ada dewa matahari bernama Surya. Isterinya bernama dewi Cahya.

Kini kedua-dua perkataan suria dan cahaya adalah sebahagian daripada bahasa Melayu.

Apabila Islam datang ke Nusantara, bulan menjadi penting. Kerana kiraan awal bulan menjadi penentu kepada ibadah puasa dan haji. Kiraan pergerakan matahari masih juga penting untuk menentukan waktu sembahyang.

Pengetahuan mengira perjalanan matahari dan bulan ini disebut sebagai ilmu falak. Ilmu ini adalah sebahagian daripada amalan kehidupan beragama Islam.

Sementara antara ilmu yang dilarang Islam pula ialah tenung atau tilik-menilik. Dalam kategori ini ialah astrologi. Astro bermaksud bintang dan logi adalah ilmu. Tetapi astrologi menggunakan kedudukan bintang untuk menilik nasib seseorang.

Bukan saja agama Islam, sains juga menolak astrologi. Ilmu bintang yang sebenar dipanggil astronomi.

Tetapi kini ia sudah menjadi begitu luas meliputi astrofizik dan kosmologi atau kajian alam semesta.

- UTUSAN

Penerbit Reader's Digest fail muflis


WILMINGTON: RDA Holding Co, penerbit majalah Reader’s Digest yang berusia 91 tahun, memfailkan tuntutan muflis bagi mengurangkan hutangnya yang berjumlah AS$465 juta.

Syarikat itu juga akan memberi fokus kepada operasi di Amerika Utara susulan peralihan pengguna daripada media cetak kepada elektronik.

Syarikat itu adalah yang terbaru selepas beberapa perniagaan ikonik lain yang meminta perlindungan mahkamah, termasuk Hostess Brands Inc, pengeluar Twinkies dan Wonder Bread dan Eastman Kodak Co, syarikat yang mengeluarkan Kodachrome dan kamera Instamatic.

Reader’s Digest, yang ditubuhkan oleh DeWitt dan Lila Wallace, mula dipasarkan pada 1990.

Kumpulan pelabur yang diketuai oleh syarikat ekuiti persendirian, Ripplewood Holdings LLC membelinya pada harga AS$1.6 bilion pada 2007 dengan andaian hutang sebanyak AS$800 juta.

Syarikat berkenaan juga sudah memfailkan tuntutan muflis pada Ogos 2009, yang menegaskan penurunan dalam perbelanjaan pengiklanan dan beban hutang yang ditanggung menerusi pengambilalihan berkenaan.

Syarikat itu menyenaraikan masing-masing aset dan hutang lebih AS$1 bilion menerusi dokumen Bab 11 yang difailkan kepada Mahkamah Bankrapsi AS di White Plains, New York, kelmarin.

Di bawah perjanjian penstrukturan yang disokong oleh Wells Fargo & Co itu, baki AS$465 juta hutang berkenaan akan ditukar kepada dalam bentuk ekuiti.

Syarikat itu menjangkakan mempunyai hutang sebanyak AS$100 juta apabila ia keluar daripada Bab 11, iaitu pengurangan kira-kira 80 peratus.

Di kalangan syarikat terbesar pemberi hutang tidak bercagar yang disenaraikan dalam tuntutan mahkamah ialah Luxor Capital Group of New York, disenaraikan sebagai agensi pentadbiran membabitkan pinjaman AS$10 juta dan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan AS, dengan tuntutan sebanyak AS$8 juta.

“Kami telah melalui satu proses untuk memudahkan dan merasionalkan perniagaan antarabangsa kami dengan melesenkan pasaran tempatan kami kepada pihak ketiga, kepada penerbit yang lain, kepada pelabur lain dan ini menjadi sebahagian besar usaha untuk menstruktur syarikat dan mengurangkan kadar hutang,” kata Ketua Eksekutif Reader’s Digest, Robert Guth dalam satu temuramah kelmarin.

Reader’s Digest mempunyai lebih 25 juta pembaca, menurut laman webnya. Syarikat itu turut menerbitkan 75 majalah di seluruh dunia termasuk 49 edisi Reader’s Digest, Taste of Home, Family Handyman dan Birds & Blooms.

Sumber : Bloomberg 

 

Rabu, Februari 20, 2013

Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Tarikh Tutup : 28 Feb 2013

JAWATAN:
1. AHLI FOTOGRAFI B17
2. JURURAWAT U29
3. JURUTEKNIK J17
4. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
5. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR & DESA J17
6. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U29
7. PEGAWAI BELIA & SUKAN S41
8. PEGAWAI OPTOMETRI U41
9. PEGAWAI PSIKOLOGI S41
10. PEGAWAI SAINS C41
11. PEMANDU KENDERAAN R3
12. PEMBANTU MAKMAL C17
13. PEMBANTU PEMULIHARAAN S17
14. PEMBANTU TADBIR (P/O) N17
15. PENGURUS ASRAMA N41
16. PENOLONG PEGAWAI BELIA & SUKAN S27
17. PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
18. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
19. TUKANG K3 R9

IKLAN JAWATAN DAN BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm

Tarikh Tutup : 28 Februari 2013


Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) Johor - Tarikh Tutup : 28 Feb 2013

JAWATAN:
1. Penolong Akauntan Gred W27
2. Pembantu Penguatkuasa Gred N17
3. Pembantu Kesihatan Awam Gred U17

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.mppg.gov.my/web/guest/peluang_pekerjaan

IKLAN JAWATAN:
http://www.mppg.gov.my/documents/10124/633d1e01-7f24-4867-9ce1-f5289b54a8f0

BORANG PERMOHONAN:
http://www.mppg.gov.my/documents/10124/fd7ce11c-b8bf-4252-b0ed-10cf36cf3687

Tarikh Tutup : 28 Februari 2013


Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Dungun (MDD) - Tarikh Tutup : 2 Mac 2013

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor - Tarikh Tutup : 27 Feb 2013

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam - Tarikh Tutup : 25 Feb 2013

JAWATAN:
1. Arkitek
2. Jurutera (Awam)
3. Jurutera (Mekanikal)
4. Juruukur Bangunan

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.pembangunan.uitm.edu.my/home.html

IKLAN JAWATAN:
http://www.pembangunan.uitm.edu.my/images/stories/document/iklan_0213.doc

BORANG PERMOHONAN:
http://www.pembangunan.uitm.edu.my/images/stories/document/borang_0213.doc

Tarikh Tutup : 25 Februari 2013


Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) - Tarikh Tutup : 28 Feb 2013

Buku : Panduan Bisnes Mudah.my


Buku : Panduan Bisnes Mudah.my

Penulis : Umar Taib
ISBN-13: 978-967-0185-45-3
Tarikh Terbit: 8 Feb 2013
Jumlah Muka Surat : 120

Kategori: Komputer & Internet Umum

Penerbit: PTS Netmedia Sdn Bhd

Buku ini ditulis dengan penyampaian yang ringkas, padat, dan disertakan skrinsyot sebagai contoh. Semoga dengan penyampaian begini, mudah untuk pembaca mengikuti perkongsian yang ingin disampaikan. Tidak kira sama ada kita mahu berbisnes dengan Mudah.my secara sepenuh masa ataupun separuh masa, buku ini boleh dijadikan rujukan.


KANDUNGAN

Bab 1: Rahsia Bisnes dengan Mudah.my

Bab 2: Kelebihan Berbisnes dengan Mudah.my

Bab 3: Pro Niaga

Bab 4: Daftar Akaun Pro Niaga

Bab 5: Premium Services 

Bab 6: Memasukkan Iklan

Bab 7: Tajuk dan Kandungan Iklan Berkesan

Bab 8: Menguruskan Iklan

Bab 9: Terma dan Syarat

Bab 10: Satu Produk ataupun Servis untuk Satu Kedai PRO Niaga

Bab 11: Logo di PRO Niaga

Bab 12: Gambar yang Menjual

Bab 13: Membawa Pelawat ke Iklan

Bab 14: Tip Memilih Produk dan Servis 

Bab 15: Untung Lebih

Bab 16: Khidmat Pelanggan

Bab 17: Transaksi Bayaran Popular

Biodata Penulis

Bonus Percuma

Buku ini boleh dibeli secara on-line di: http://www.bookcafe.com.my/en/gadget-perisian-and-komputer/panduan-bisnes-mudah.my-en.html


 

 

Semakan Laporan Polis (SSO) Dalam Talian akan diperkenal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka memperkenalkan sistem semakan laporan polis secara talian (SSO) tidak lama lagi bagi memudahkan orang ramai menyemak status siasatan laporan yang dibuat.

Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Datuk Ayub Yaakob berkata, sistem yang dibangunkan dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) itu masih dalam prototaip dan akan diperkenalkan pertengahan tahun ini.

“Sistem itu (SSO) kini di peringkat kajian akhir dan insya-Allah kita akan laksanakan tahun 2013 ini juga. Bagaimanapun kaedahnya saya belum pasti lagi.

“Mungkin pengadu akan diberi satu kata laluan untuk memudahkan mereka menyemak laporan yang dibuat," katanya ketika ditemui di ibu pejabat polis kontinjen (IPK), di Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, Ayub berkata, cadangan untuk mewujudkan laporan polis secara dalam talian masih di peringkat kajian kerana melibatkan beberapa prosedur yang perlu dipatuhi khususnya dari segi perundangan.

“Kita tak mahu apabila siap sistem ini, akan disalahgunakan termasuk membuat laporan atau memberi maklumat palsu. “Kalau laporan secara manual, kita boleh minta mereka serahkan kad pengenalan sebelum buat laporan tapi tidak boleh dilakukan jika dibuat secara dalam talian.

“Justeru, kita perlu tingkatkan langkah-langkah keselamatan dengan sewajarnya sebelum melaksanakan sistem tersebut," katanya.

Disember lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, orang ramai dijangka boleh membuat laporan polis secara dalam talian melalui satu portal rasmi yang akan dilancarkan.

Beliau berkata, penggunaan sistem tersebut diperkenalkan seiring dengan kemajuan teknologi serta kemudahan internet yang lebih pantas dan mudah digunakan.

Sumber : BERNAMA

Selasa, Februari 19, 2013

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) diperkenal

Kementerian  Pelajaran telah membangunkan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang bukan sahaja dapat mengurangkan beban tugas guru malah memudahkan capaian kepada maklumat murid dari peringkat prasekolah hingga kolej matrikulasi.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pelajaran, Datuk Sufa'at Tumin berkata, APDM mengelakkan guru melakukan kemasukan data berulang kali dalam pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di kementerian termasuklah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan sistem lain yang berkaitan.

''APDM dijadikan pangkalan data utama dan tunggal untuk menyediakan data bersepadu murid yang boleh diguna sama oleh pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di kementerian pada masa akan datang.

''Pengurusan data murid dalam APDM akan bermula seawal murid memasuki prasekolah sehingga tamat tingkatan enam atau kolej matrikulasi," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Murid dan guru boleh mengakses sistem APDM yang dibangunkan Bahagian Pengurusan Maklumat ini di http://sekolahmalaysia.com.

Menurut Sufa'at, APDM juga dapat menangani kesukaran guru memasuki laman sesawang SPPBS.

"Sistem APDM memudahkan 412,000 guru sekolah rendah dan menengah seluruh negara yang menggunakan sistem PBS," ujarnya.

Sebanyak 5,272,478 pelajar terdiri daripada 2,804,405 murid sekolah rendah dan 2,281,775 pelajar sekolah menengah terlibat dalam perlaksanaan sistem PBS membabitkan 7,723 sekolah rendah dan 2,296 sekolah menengah.

Selain itu kata Sufa'at, menerusi data kelahiran dan data murid yang mendaftar ke tahun satu, kementerian dapat mengenal pasti murid yang cicir daripada memasuki persekolahan sekali gus membantu merealisasikan dasar pendidikan wajib dan pendidikan untuk semua.

Ujarnya, data murid ini diteruskan penggunaannya ke peringkat sekolah menengah menerusi eDaftar Menengah dan proses penetapan sekolah feeder, manakala data murid dari sekolah rendah pula terus dipindahkan ke sekolah menengah yang menempatkan murid tersebut.

''Tindakan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan beban tugas guru dan e-Kehadiran yang diperkenalkan akan menggunakan data murid yang terdapat dalam APDM dan pembantu tadbir yang dilantik akan mengunci masuk kehadiran murid setiap hari.

''Data kehadiran berkenaan digunakan oleh Portal Dasboard PPD yang akan digunakan sepenuhnya bermula tahun ini, jadi, semua data murid tersebut diguna sama oleh semua sistem lain yang terdapat di kementerian,'' jelas beliau.

Malah, ujarnya, data dan maklumat murid turut digunakan bagi tujuan rasmi seperti pendaftaran peperiksaan awam, latihan khidmat negara, bantuan dan perkara berkaitan dengannya.

Bagi memastikan kelancaran penggunaan sistem itu, beliau meminta semua pihak termasuk guru besar, pengetua dan pejabat pelajaran di setiap daerah melaksanakan tugas masing-masing demi menjayakan perlaksanaannya.

''Guru kelas hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya kepada data dan maklumat murid, ibu bapa atau penjaga serta perlu mengemas kini semua data dan maklumat murid yang berada di dalam kelasnya dari semasa ke semasa,'' katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa kata laluan sistem tersebut tidak boleh didedahkan kepada pihak lain bagi mengelakkan berlakunya pencerobohan terhadap APDM sehingga boleh mengganggu data yang terdapat di dalamnya.

Kata beliau, selain guru dan pengetua, peranan pejabat pelajaran daerah juga perlu digerakkan bagi memastikan perlaksanaannya berjalan lancar dan paling utama menepati inspirasi pendidikan berkualiti secara menyeluruh oleh kerajaan.

Sumber : UTUSAN



Recent Posts