Top Ad 728x90

AirAsia promosi 2 juta tempat duduk percuma (Penerbangan 1 Mac - 31 Julai 2013)

AirAsia promosi 2 juta tempat duduk percuma (Penerbangan 1 Mac - 31 Julai 2013)



SEPANG 17 Feb. 2013 - AirAsia Bhd. (AirAsia) menawarkan dua juta tempat duduk promosi ke pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa melalui promosi terbaru yang bermula 18 Februari sehingga 24 Februari 2013.

Promosi ini juga merangkumi 200,000 tempat duduk percuma ke pelbagai destinasi seperti Johor Bahru, Kota Bharu, Bali, Singapura, Krabi, Hatyai dan Surat Thani.

AirAsia juga memberikan 1.8 juta tempat duduk promosi serendah RM39 sehala ke pelbagai destinasi.

AirAsia dalam kenyataannya berkata, promosi tempat duduk percuma hanya memerlukan penumpang membayar cukai lapangan terbang dan fi yang dikenakan.

"Para tetamu boleh menempah tempat duduk percuma bagi tempoh perjalanan segera dari 1 Mac sehingga 31 Julai 2013, termasuk musim cuti sekolah yang bakal menjelma.

"Selain dari tempat duduk percuma, promosi ini menawarkan tempat duduk serendah RM39 sehala ke Terengganu, Alor Setar, Kota Kinabalu, Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan banyak lagi," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

AirAsia berkata, tempat duduk percuma dan promosi itu juga boleh ditempah melalui platform tempahan mudah alih AirAsia di mobile.airasia.com bagi pengguna iPhone dan Android.

Ketua Pegawai Kumpulan Komersial AirAsia, Siegtraund Teh berkata, promosi tempat duduk percuma AirAsia kembali sekali lagi dan kali ini kami menawarkan pelbagai destinasi menarik seperti Bali, Krabi, Singapura dan lain-lain.

"Ini merupakan peluang baik bagi mereka yang merancang untuk bercuti dalam tempoh terdekat ini," ujarnya.

AirAsia X, syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh, juga menawarkan tambang promosi serendah MYR279 sehala ke pelbagai destinasi di Australia, Taipei, Beijing, Seoul dan Osaka.

Untuk perkembangan terkini mengenai inovasi terbaru AirAsia serta promosi, aktiviti dan peraduan, maklumat boleh diperoleh di twitter.com/AirAsia atau facebook.com/AirAsia.

Tempahan boleh dibuat di : http://www.airasia.com

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90